15

333 4 0
                                    

Aiman meletakkan talipon bimbitnya di atas meja. Hatinya merasa lebih lega apabila kedukaan dan keresahan dihati telah pun diluahkan. Aiman sangat bersyukur kerana Aisyah sudi mendengar dan memberikan penyelesaian kepada kekusutan yang dihalaminya.

Aiman tiba-tiba teringatkan adegan yang dilihatnya siang tadi. Dia masih lagi tidak puas hati dengan Julia. Hatinya merasakan Julia melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan dibelakangnya. Aiman semakin resah. Namun dia cuba untuk menjadi positif. Dia cuba berfikiran seperti mana yang dikatakan Aisyah. Mungkin lelaki yang bersama dengan Julia hanyalah kliennya atau kawannya. Aiman tidak patut menilai yang buruk tentang teman wanitanya dan harus mempercayai Julia. Itu lah cinta. Aiman hapuskan perasaan murungnya dan menalipon Julia.

"Hello sayang. Buat apa tu?" Aiman berkata sebaik sahaja Julia menjawab panggilannya.

"Kenapa you call? I masih kat luar ni.. err.. maksud i.. kat office," Julia memberitahu Aiman. Aiman seolah-olah dapat merasakan bahawa Julia tidak senang dengan panggilannya malam ini.

"I tak boleh call ke? You busy? Lambat balik?" Aiman menanya dengan nada yang tenang. Dia sedang cuba sedaya upaya untuk tidak menimbulkan tajuk tentang apa yang disaksikannya siang tadi.

"I busy. Ada banyak sangat kat office ni. You call, tak bilang. Why didn't you SMS me first before calling?" Julia mula meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Aiman.

Aiman semakin hampa dengan soalan Julia. Dia merasakan bahawa dirinya itu seolah-olah tidak dihargai Julia. Dia hanya satu mainan kepada Julia. Bila perlu, Julia akan mencarinya. Jika tidak perlu, Julia akan menepikannya. Aiman merasakan dirinya sangat kecil.

"Tak akan nak call girlfriend sendiri pun kena SMS dulu kan? I just want to talk, Julia. I miss you," Aiman masih lagi mengelakkan diri dari menanyakan Julia tentang peristiwa siang tadi. Dia tidak mahu mengecewakan Julia atau membuat teman wanitanya marah. Aiman mengalah.

"Alah Aiman, i busy lah. I call you nanti. Bye." Julia mematikan talian.

Aiman kecewa. Aiman terasa kesal menalipon Julia malam itu. Hatinya semakin rapuh. Perasaanya semakin pilu. Julia memang tidak menghargainya mahupun menghormatinya. Namun, Aiman masih tidak mahu menyuarakan perasaannya. Dia tidak mahu kehilangan Julia. Julia adalah dunianya. Julia adalah buah hatinya. Aiman sangat menyayangi Julia. Dia tidak dapat bayangkan hidupnya tanpa Julia.

Malam itu sunyi terasa. Aiman inginkan Julia berada disisinya tetapi apakan daya Aiman, Julia tidak menghiraukannya. Sedih rasa hatinya. Kadang-kala Aiman ingin sahaja meninggalkan Julia buat seketika untuk menguji kekuatan cinta Julia. Dia hanya inginkan Julia mengerti bahawa dirinya sangat mencintai Julia. Dia mahu Julia memahami perasaan dan cintanya. Aiman tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi untuk membuat Julia melihat semua ini. Aiman menjadi semakin buntu dan tidak tentu arah. Aiman kecewa dengan sikap Julia. Tiba-tiba Aiman teringatkan peristiwa yang sangat memalukannya namun kerana cintanya kepada Julia, Aiman ketepikan perasaan malunya. Dia hanya membiarkan Julia memperkecilkan dan memalukannya.

"Apa? You want to work at another company? What is wrong with you?!" Julia tidak puas hati apabila Aiman menyatakan kepadanya bahawa Aiman ingin berdikari dan bekerja di pejabat lain. Aiman tidak mahu bekerja bersama ayahnya. Ayahnya pasti akan memberinya kedudukan yang paling tinggi. Itu yang Aiman tidak mahu. Aiman ingin memula dari bawah untuk mendapatkan pengalaman. Aiman tidak mahu dikatakan hanya mengambil kesempatan kejayaan ayahnya. Walaupun mempunyai sijil degree, Aiman tidak peduli jika harus bekerja dari bawah asalkan dia dapat merasakan pahit manis dan kesusahan untuk berjaya. Aiman inginkan dia berjaya dengan titik peluhnya sendiri bukan kerana kejayaan dan kekayaan ayahnya.

"Salah ke Julia? Salah ke i nak berdikari dan berjaya atas kerja keras i sendiri? You tak bangga ke dengan i?" Aiman cuba memberitahu Julia niatnya.

"NO! I think you are stupid. Ayah you elok-elok aja bagi you kerja and then you tolak. Dah kenapa? You ingat kat Singapore ni, senang nak cari kerja? Think about it Aiman. You dah ada peluang kat depan mata, why ignore? Aiman, you ni memang bodoh. Nama aja ada degree tapi you cannot think for yourself," Julia masih lagi tidak puas hati dengan keputusan Aiman dan memperkecilkan Aiman.

"Sayang, I cuma nak berdikari aja. I bukannya tak nak kerja langsung. I mean i still can get a job and get what you want. I will try," Aiman cuba menenangkan Julia dan masih lagi dengan keputusannya. Aiman mengambil tangan Julia dan meramas-ramas jari jemari Julia. Orang ramai yang lalu lalang di esplanade melihat Julia dan Aiman. Ada beberapa orang yang lalu dihadapan mereka berbisik-bisik apabila melihat Aiman yang sedang memujuk dan menenangkan Julia yang bermuka masam itu. Aiman hanya mampu menunduk bila dapat mengesan bahawa ada yang sedang mencerita tentang mereka. 

Julia tiba-tiba bingkas bangun dan berdiri di depan aiman dan menunjukkan jarinya ke muka aiman, "AIMAN! You ni dah kenapa?! Your father kaya and you?! You want to be someone at a low class? Please wake up Aiman! Kenapa bodoh sangat ni? Kenapa mesti you nak berdikari bagai? You tahukan you boleh mintak aja duit father you bila-bila masa? Kesenangan dah ada depan you! Why bother working hard on your own?! Stupid! You are stupid Aiman! Stupid! I kecewa dengan you! Kecewa dengan keputusan you! Apa you buat sekarang bukan membuat i bangga tapi buat i kecewa!"

Julia terus meninggalkan Aiman sendirian. Aiman ingin mengejar Julia tetapi dia tahu kekasihnya itu tidak akan hiraukan dirinya. Dia tidak berniat langsung ingin membuat Julia marah. Niat hatinya ingin membanggakan Julia dengan keputusannya tetapi dia gagal. Dia rasa dirinya tidak berguna. Semua mata tertumpu kepada Aiman. Ada yang mengeleng kepala dan ada yang mampu tersenyum dan memberi riak wajah yang seolah-olah menyokong keputusan Aiman. Bila dilihat disebelah kirinya, terlihat seorang wanita yang anggun berpakaian dress panjang yang berwarna merah sedang bersendirian. Gadis itu memberi Aiman satu senyuman yang ikhlas dan meletakkan tangannya dihatinya dan menganggukkan kepalanya sedikit. Aiman tidak begitu mengerti maksud gadis itu. Dia hanya melemparkan satu senyuman dan gadis itu memberi isyarat 'okay' kepada Aiman. Mungkin gadis itu ingin menanya kan keadaan Aiman. Aiman melemparkan senyuman sekali lagi dan memberi isyarat bahawa dirinya baik . Gadis itu senyum dan terus berlalu pergi.

Aiman tersentak apabila pintu biliknya diketuk, "Masuk lah."

Puan Maimunah memasuki bilik anaknya dan duduk diatas katil, "Kenapa tidak tidur lagi Aiman?"

"Baru nak tidur, ummi dah masuk. Macam mana nak tidur?" Aiman sahaja ingin mengusik umminya. Aiman tertawa melihat umminya menjelingnya, "Tidak ummi. Sebenarnya Aiman baru sahaja habis talipon Julia."

"Talipon Julia malam-malam ni buat apa? Aiman patutnya rehat. Satu hari dah bekerja. Bukannya Julia kisah pun Aiman call dia ke tak," Puan Maimunah terus merasa tidak puas hati apabila nama Julia disebut.

"Ye lah Ummi. Aiman nak tidur ni. Ummi?" Aiman tidak mahu memanjangkan cerita lagi. Kekusutan dikepalanya sudah banyak. Dia tidak mahu menambah lagi kekusutan. 

"Ummi hendak tidur. Tapi tadi Ummi ternampak lampu bilik Aiman belum ditutup. Itu yang ummi ketuk pintu. Dah lah Aiman, ummi tidur dulu," Puan Maimunah meminta diri. 

"Baik lah Ummi. Selamat malam. Assalamualaikum," Aiman mengucapkan selamat malam kepada umminya dan menyalam tangan umminya.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now