6

347 5 0
                                    

Puan Maimunah melepaskan keluhan kecil. Hatinya sebagai seorang ibu tahu bahawa anaknya sedang kecewa dan hampa. Namun, anaknya yang degil masih lagi mahu hidup dalam kekecewaan dan kehampaan kerana cinta. Dia tidak mahu memaksa anaknya dia hanya mampu menasihati anaknya dan berdoa agar satu hari anaknya berhenti melukai hatinya sendiri.

“Abang, saya dah tak tahu dah apa nak buat dengan Aiman tentang Julia,” Puan Maimunah meluahkan perasaan bimbangnya kepada suaminya, Tuan Halim.

“Apa maksud awak? Bukan ke budak-budak tu sedang bercinta? Biarlah,” Tuan Halim cuba menenangkan hati isterinya,

“Ish abang ni. Saya tahu lah Aiman tu cintakan Julia separuh mati, tapi Julia? Pernah ke abang dengar si Aiman tu balik cerita apa-apa pasal Julia?” Puan Maimunah masih lagi meluahkan kebimbangannya.

“Awak ni. Mungkin dah memang tak ada benda nak dicerita. Kalau dah takde cerita, kenapa si Aiman kena buat cerita pula kan?” Tuan Halim cuba lagi untuk menenangkan isterinya. Sesungguhnya, Tuan Halim tahu perasaan isterinya. Dia sedar isterinya tidak mahu anaknya yang satu itu kecewa dan terluka hanya kerana cinta. Dia tahu betapa sayangnya isterinya kepada Aiman. Dia juga terlalu sayangkan Aiman.

Aiman adalah satu-satunya anak yang mereka punya. Hancurnya hati Aiman, hancur juga lah hati mereka. Kedua-duanya hanya inginkan yang terbaik buat Aiman asalkan Aiman bahagia.

“Dah lah, awak jangan fikirkan sangat. Kalau Julia lah jodohnya, Julia lah yang akan bahagiakannya. Kalau bukan, sedarlah Aiman satu hari nanti,” Tuan Halim memujuk isterinya yang kelihatan bimbang dan resah.

“Entah lah bang. Saya hanya mendoakan yang terbaik buat anak kita.”

Tuan Halim mengucup dahi isterinya dan puan maimunah melemparkan satu senyuman. Bahagia sungguh dia disisi suami. Walaupun sudah berkahwin selama 24 tahun, suaminya tetap menyayanginya sepenuh hati dan kadang-kala memanjakannya. Kepada yang Esa dia bersyukur.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now