7

356 5 0
                                    

“Aisyah! Bangun. Cepat, dah pukul 7 ni. Pukul berapa nanti nak sampai ofis? Lambat nanti!” Terdengar suara ibu menjerit mengejutku dari tidur. Liat sungguh badan pagi ini. Terasa malas untuk ke pejabat. Aku tidak tahu. Hendak atau tidak aku bangun juga.

Selesai siap aku keluar untuk bersarapan bersama keluarga. Rutin pagi ini sama seperti pagi-pagi yang lain. Ayah sibuk melayan suratkhabarnya, adik pula kalau dah makan orang lain disekelilingnya tidak diendahkan. Ibu seperti biasa keluar masuk dari dapur walaupun kami mempunyai bibik untuk melakukan tugas harian, ibu tetap membantu.

Selepas sarapan, ayah menghantar adik ke sekolah dan menghantar aku ke ofis. Ini lah rutin ayah setiap pagi sebelum ke tempat kerjanya. Ayah memang seorang ayah yang bertanggungjawab dan seorang yang penyayang. Ayah jarang sekali menaikkan tangan ke atas aku dan adik walaupun semasa kami kecil. Ayah lah heroku. Aku sangat menyayangi ayah.

Ibu pula seorang suri rumah sepenuh masa. Aku kagum dengan ibu walaupun sudah berusia ibu masih lagi kuat menjaga keluarga terutama sekali kami, anak-anaknya. Aku pernah menanya ibu jika ibu penat menjaga kami. Ibu hanya menjawab, “Keluarga ibu ada lah segalanya. Ibu harus menjaganya.”

Ibu tidak pernah membelah-bagikan kasih sayangnya. Kasih sayangnya buat ayah adalah yang satu. Kasih sayangnya buat kami, anak-anaknya, adalah semua. Kadang-kadang dalam diam aku cemburu dengan kisah cinta ibu dan ayah. Kalau lah aku punya suami, aku mahukan yang seperti ayah dan aku akan janji untuk menjadi seperti ibu.

“Aisyah! Jauh mengelamun!” Ayah menepuk bahuku. Lamunan ku tadi terhenti. Aku hanya tersenyum bila ayah menegurku. Ayah membalas senyumanku. Kacaknya ayahku, patut lah ibu jatuh cinta dengan ayah. Kalau lah aku ibu, mungkin aku juga jatuh cinta dengan ayah.

Tiba-tiba Aiman menjelma diingatanku. Alahai, kenapa lah kau datang pagi-pagi ni? Aku tak sanggup nak fikirkan pasal kau. Senyuman kau, tutur bahasa kau. Aduh, Aiman kenapa lah kau ni macam lain dari anak muda yang diluar sana tu? Terasa hati ini ingin mengenali lebih dalam lagi tentang dirimu walaupun aku tahu ini baru sahaja hari kedua kau dan aku menjadi rakan sepejabat. Miangnya aku! Alah, takpe. Berkawan je bukannya bercinta kan? Aku tergelak kecil.

“Aisyah ni, dari tadi ayah tengok senyum sendiri, ketawa sendiri. Dah tak betul anak ayah ni?” Ayah mula bergurau. Ayah memang suka bergurau. Orangnya nampak sahaja garang tapi hatinya lembut sekali.

“Ish ayah ni. Tak ada apa-apa lah. Aisyah cuma teringatkan sesuatu je,” aku sengaja tidak memberitahu ayah yang aku sedang fikirkan Aiman. Nanti ada aja yang ayah tanya. Malas aku nak menjawab.

Tiba sahaja di bangunan pejabat aku menyalam tangan ayah dan terus melangkah ke pejabat. Hatiiku tiba-tiba berdebar seperti ini hari pertama aku bekerja. Ya allah! Dah kenapa dengan aku ni? Aku sendiri tidak tahu. Malas aku hendak melayan ini semua.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now