12

324 5 0
                                    

Rahimah yang dari tadi sibuk didapur membantu pembantunya ke ruang tamu untuk berehat. Dia amat penat hari ini. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia begitu penat. Rahimah hanya duduk diruang tamu dan memikirkan tentang anaknya yang pertama. Aisyah yang sudah berusia 25 tahun tetapi masih belum lagi berkahwin. Jangan katakan kahwin, teman lelaki pun belum punya.

Rahimah hanya inginkan Aisyah bahagia dan tidak mahu Aisyah kesepian. Dia tahu anaknya itu sedang mencari cinta yang sudah lama terkubur dihati. Walaupun pernah terluka kerana cinta bertahun yang lalu tetapi anaknya itu tetap tidak putus asa dan tidak pernah tunjuk kesedihannya. Anaknya memang pandai menyembunyikan kesedihan dan kekecewaan yang dialaminya.

Rahimah teringat peristiwa 3 tahun yang lalu.  Akmal dan Aisyah sudah bercinta selama 4 tahun. Aisyah sangat menyayangi Akmal. Cuma Akmal sahaja yang tidak pernah dapat melihat betapa sayangnya Aisyah kepada dirinya. Dia sering mementingkan dirinya tanpa hiraukan hati dan perasaan Aisyah. Namun, Aisyah tetap bertahan demi cinta kerana Aisyah yakin Akmal lah cintanya. Rahimah dan keluarga juga senang dengan Akmal. Sangka mereka Akmal mampu menjaga Aisyah kerana yang diceritakan kepada keluarga tentang Akmal hanyalah yang baik. Yang buruk Aisyah sembunyikan dari pengetahuan sesiapa. Akmal pula didepan mereka sangat baik. Pijak semut pun tidak mati. Mereka hanya tahu perangai Akmal yang buruk hanya ketika Aisyah dan Akmal putus hubungan. Dihari pertunangan, Akmal memilih untuk putuskan hubungan.

Semasa berita pertunangan diputuskan Akmal sampai ke Aisyah, Rahimah tahu anaknya sedang merintih. Pedihnya hati anaknya itu lah dirasa Rahimah ketika itu. Malunya Aisyah malu lagi dia. Namun, apa yang mampu dilakukan? Akmal yang memutuskan perhubungan di hari pertunangan mereka.

Rahimah mengaku Aisyah seorang gadis yang kuat. Sedikit airmata tidak digugurkan Aisyah walaupun kesedihan dialaminya sangat mendalam ketika itu. Aisyah tidak mahu menunjukkan kesedihannya kepada para tamu dan keluarganya. Aisyah hanya mampu menjawab, “Ibu, Aisyah okay aja. Kalau dah ditakdirkan untuk terluka biarlah Aisyah sendiri menanggungnya. Ini sudah takdir. Ibu dan ayah jangan bimbang. Aisyah terima segalanya. Maafkan Aisyah ibu, maafkan Aisyah ayah kerana telah memalukan ibu dan ayah.”

Rahimah tidak mampu menahan lagi. Gugur airmatanya dan terus memeluk Aisyah. Suaminya yang sedang dari tadi hanya mampu melihat kesedihan anaknya turut menitiskan airmata. Aisyah hanya tersenyum dan menenangkan kedua ibu dan ayahnya. Aisyah pasrah ketika itu.

Lamunan Rahimah terhenti apabila terasa bahunya disentuh seseorang.

“Ibu! Kenapa menangis?” Alisa menyapa ibunya.

“Eh, adik! Dah balik sekolah dah. Asal tak beri salam?” Rahimah yang tidak sedar dia sedang menangis, kesat airmatanya dan menghulurkan tangan ke anak bongsunya.

Alisa menyambut tangan ibunya dan mencium tangan ibunya. Alisa sebenarnya tahu apa yang sedang difikirkan ibunya. Pasti tentang kakaknya yang satu itu. Walaupun baru berumur 16 tahun, Alisa sudah matang. Dia belajar dari pengalaman kehidupan kakaknya dan juga kehidupan dirinya sendiri.

“Ibu teringat kan apa yang terjadi pada kakak ye?” Alisa menanya ibunya sambil memeluk ibunya.

“Alisa, ibu sedih tengok kakak. Ibu tahu kakak kesepian. Kakak mahukan teman tapi dia takut untuk bercinta kerana apa yang berlaku,” Rahimah memberitahu keresahan hatinya kepada Alisa.

“Ibu, kakak tu okay aja. Ibu jangan lah risau sangat. Alisa tahu kakak, seorang gadis yang kuat. Kalau Alisa pun mungkin Alisa takut bu. 4 tahun bercinta tapi tiba-tiba that jerk decided to putus kan hubungan masa hari pertunangan tanpa alasan yang munasabah. Apa alasan dia? Dia belum ready,” Alisa cuba menenangkan ibunya. Dia tahu ibunya sangat sedih kerana nasib kakaknya. Dia juga kadang-kadang sedih dengan apa yang berlaku kepada kakaknya. Kakaknya gadis yang lembut, baik hati dan pandai membahagiakan orang lain. Namun, tidak ada insan yang dapat membahagiakan kakaknya selain daripada keluarganya sendiri.

“Ibu, Alisa rasa yang penting sekarang, kakak ada kita ibu. Kita masih sayangkan dia and adik yakin kakak sangat sayangkan kita. Kita kena kuat seperti mana kakak kuat ibu. Kita doakan kakak ye ibu?” Alisa masih lagi menenangkan ibunya.

Rahimah hanya mengangguk tanda setuju dengan kata-kata anaknya itu. Namun, di dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia apabila melihat nasib anaknya, Aisyah.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now