8

347 5 0
                                    

“Nanti! Jangan tutup. Jangan tutup,” aku berlari mengejar lif. Aku malas hengak menunggu lif yang lagi satu lagi pagi-pagi macam ini.

“Erm, maaf.. ma.. maaf Aisyah,” terdengar suara Aiman meminta maaf.

“Maaf? Kenapa you minta maaf?” Aku kehairanan. Apa yang Aiman dah buat sampai harus meminta maaf? Tetapi pagi ini Aiman memang sangat handsome. He is so charming.

Aiman hanya menunjuk ke arah bawah. Aku tidak mengerti. Tiba-tiba aku terperasan aku terpijak kakinya. Aduh! Malunya aku! Tapi aku tidak dapat bergerak. Lif sangat sesak. Aku hanya melemparkan senyuman yang hambar kerana aku tidak dapat membuat apa-apa. Aku berasa sangat malu dan kesian kepada Aiman yang sedang menahan sakit. Kasut aku ni tumit tinggi, tajam.

Aiman hanya mampu menahan sakit. Dia tahu Aisyah tidak mampu bergerak lagi kerana kesesakan lif. Dalam hati Aiman hanya inginkan cepat sampai ke lantai pejabatnya.

Kasut apa dia pakai ni? Desis hati Aiman. Sakitnya. Ya allah!

Sampai sahaja di lantai pejabat, aku kelam-kabut keluar dari lif. Aiman hanya mampu melemparkan senyuman walaupun aku tahu dia sedang menahan sakit. Aku melihat kakinya dan aku melihat kasutku. Berulang-ulang kali aku lakukan itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bersalahnya aku rasa.

“Jangan bimbang. Sikit je. Nasib pakai kasut, kalau tak dah tembus dah tumit awak tu kat kaki saya,” Aiman cuba menenangkan aku.

Aku hanya tersenyum kelat dan meminta diri. Aku berjalan ke pejabat dengan pantas. Aiman masih lagi jalan perlahan-lahan di belakang. Aku tidak sanggup untuk melihat dirinya lagi.

“Ni kenapa ni? Kelam-kabut je? Muka pun merah semacam,” kak Jumi menegurku sebaik sahaja aku sampai di pejabat. Tidak lama kemudian Aiman pula masuk ke pejabat.

“Ah, yang ni kenapa pula? Muka macam orang tengah tahan sakit nak beranak? Yang terenjut-enjut ni kenapa?” Kak Jumi menyoal siasat Aiman pula.

Aiman dan aku hanya mendiamkan diri dan meminta diri. Kak Jumi hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu apa yang telah berlaku.

Sampai di meja kerjaku, aku ternampak satu nota buatku. Dari gayanya nampak macam dari encik Ismail. Aku mengambil nota itu dan mengeluh kecil. Alah, encik Ismail ni masa-masa macam ini lah dia harus ke kuala lumpur. Aku pula dipertanggungjawabkan untuk menjaga Aiman memandangkan ini hanya hari kedua Aiman bertugas. Mana hendak aku letakkan muka aku? Dah lah semalam aku berangan pasal Aiman didepan dirinya sendiri, pagi ini pula aku terpijak kakinya. Terpaksalah aku menebalkan muka. Aku menyepak-nyepak mukaku untuk membuang rasa malu.

“Aiman..” aku memanggilnya dari meja kerjaku.

“Ye?” Aiman menoleh memandangku dari meja kerjanya.

Aku menerangkan bahawa jika ada yang perlu aku sentiasa ada untuk membantu. Encik Ismail terpaksa ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan. Dia sudah berangkat pagi tadi dan aku rasa Encik Ismail tidak sempat untuk memberitahu sesiapa dan selama 3 hari encik ilham tidak ada, Aiman akan berada dibawa jagaanku kerana Encik Ismail telah memberikan aku tanggungjawab itu.

Aiman hanya tersenyum dan berkata,”Saya sudah tahu. Encik Ismail sendiri memberitahu saya. Sepatutnya saya beritahu Aisyah semalam tapi semasa saya keluar dari pejabat Encik Ismail, Aisyah sudah tiada.”

Ya allah! Encik Ismail ni kan! Aku hanya tersenyum. Heran, kenapa Aiman diberitahunya dulu sebelum aku? Ah, lantaklah. Aku tersenyum sendiri di dalam hati terasa gembira kerana aku akan dapat mengenali Aiman dengan lebih mendalam dalam tempoh 3 hari ini. Entah mengapa tetapi terasa bahagianya.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now