9

325 4 0
                                    

“Aiman is a jerk. Kenapa dia kerja tempat macam tu?” Julia meluahkan perasaan tidak senangnya terhadap tindakan Aiman kepada Anne. Julia memang tidak menanyakan Aiman soal ini kerana dia tidak mahu Aiman menyangka yang bukan-bukan tentang dirinya.

Julia memang tidak suka bila Aiman memberitahunya bahawa Aiman mahu berdikari dan tidak mahu hidup dalam kekayaan ayahnya. Menurut Aiman kekayaan itu milik ayahnya bukan dirinya sebab itu lah Aiman mahu bermula dari peringkat bawah. Aiman sanggup walaupun bermula dari bertugas sebagai kerani biasa.

“What is wrong? At least, Aiman tu pandai berdikari. Dia tak hipokrit macam orang lain. Berlagak sana sini dengan kereta besar, duit banyak, barang jenama tapi itu semua bukan mereka yang punya. Semua hidup atas hasil kekayaan ibu bapa mereka,” Anne cuba mempertahankan Aiman. Anne faham niat Aiman dan dia sangat kagum dengan kecekalan dan keperibadian Aiman.

“You tak faham Anne. Kalau dia bekerja di pejabat tu, berapa aja gaji yang dia dapat. Padahal, kalau dia bekerja di pejabat ayahnya, besar pangkatnya! Besar pangkat besar gaji,” Julia menerangkan kepada Anne mengapa dia tidak setuju dengan tindakan Aiman.

Anne hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap teman baiknya itu. Anne sedar Julia sememangnya inginkan hidup senang apabila dia bersama Aiman. Cinta ditolak tepi. Soal hati dan perasaan dibuang jauh-jauh. Puas Anne menasihatkan Julia tetapi Julia tidak mahu mendengar. Julia sangat mementingkan kesenangan dirinya.

“Julia, aku rasa Aiman tu dah manjakan kau lebih dari yang sepatutnya. Kau ni jangan melampau sangat. Aiman tu pun punya perasaan. He is a human being too you know. He is not your ATM,” Anne masih lagi mempertahankan Aiman dengan harapan Julia mengerti mengapa Aiman lakukan semua itu, ”Look at yourself. Branded goods from head to toe. Aiman paid for all that. He bought them for you. Appreciate lah dia. Sikit pun pasti Aiman gembira. Besides, you also got to learn the hard way to live.”

“Aiman yang bodoh. Apa i nak buat Anne? I tak boleh tolak pemberian orang kan?,” Julia masih mempertahankan diri. Sebenarnya, sedikit pun tiada rasa cinta terhadap Aiman. Bagi Julia, Aiman hanya seorang lelaki yang sangat mencintainya dan sanggup lakukan apa sahaja buat dirinya. Julia akui dia sedang memperalatkan Aiman sahaja. Kehidupan yang mewa dan senang itu sahaja yang diinginkan dari Aiman.

“Don’t regret what you are doing. Itu aja aku mampu nasihatkan kau, Julia,” Anne mampu menasihatkan kawannya sahaja dengan harapan Julia akan berubah satu hari nanti.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now