JAUH Eirene termenung memikirkan hal malam semalam. Entah sampai bila lah dia mampu bertahan dengan perangai abangnya itu. Tak sudah-sudah memeras ugut, memintanya wang. Kalau seringgit dua tak apa, ini beratus. Eirene pun ada komitmen lain juga.Keadaan Ezrin bukan makin baik. Malah makin hari makin menjadi-jadi 'gila' nya itu. Kesan daripada dadah yang diambil mungkin.
"Mommy?"
"Hah?" Lamunan Eirene terhenti serta-merta. Dia memandang Helena yang terkebil-kebil memandang wajahnya.
"Why baby?"
"Mommy look sad. Mommy, are you okay?" Soal Helena Malaiga comel saja nadanya.
"Of course. Mommy okay je sayang. Sorry, mommy buat sayang risau ya?" Helena menyua iPad pada Eirene.
"Mommy,this cake look so yummy. Mommy tahu tak buat cake?" Tanya Helena. Kebetulan dia ada lihat video youtuber membuat kek coklat lembab. Nampak sedap sangat.
"This chocolate cake? Sayang mommy teringin nak makan ea?" Helena menjatuhkan kepalanya lagi.
"Okay lets go. Kita pergi dapur. Tengok ada tak bahan-bahan nak buat dia. Sayang nak tolong mommy tak?"
EIRENE membuka ikatan tali apron yang dipakainya. Helena masih lagi duduk bersantai di atas island table itu sambil mengintai kek yang dibuat bersama mommynya sebentar tadi di dalam oven. Kemudian barulah Eirene menurunkan Helena.
Nampak sangat si comel itu teruja sebab dah berjaya membuat kek harini. Kata mommy, jadi anak girl kena rajin masuk dapur.
"Nanti dah siap bakar kita tengok jadi ke tak ya? Lepastu baru kita buat ganache dia tau"
"Ganache? Apa tu?"
"The melted chocolate we usually put on the top layer of the cake as topping. The yummy one" terang Eirene.
"Oh wahhh. I want to help you mommy!" Lompat Helena yang tidak sabar mahu memasak chocolate lagi.
"Okay babygirl mommy. Sekarang kita tinggal dulu. Jom kita ke depan" ajak Eirene.
PENUH fokus Tengku Helena Malaiqa menabur chocolate rice satu persatu di atas kek yang sudah disiram dengan chocolate ganache itu. Eirene hanya duduk tepi memerhatikan saja sambil tersenyum puas. Puas dapat membeli jiwa si kecil itu.
"Oh my God mommy, we did it. Cantiknya Helena buat!" Sorak Helena gembira yang tak terkata.
"Ya, anak mommy dah pandai deco cake la. Tepuk tangan" masing-masing pun menepuk tangan seperti memenangi acara masak-memasak dah.
Chup!
Pipi Eirene dicium ikhlas oleh Helena. Anak kecil itu tersenyum suka sambil memandang wajahnya. Eirene ketawa perlahan.
"Kenapa tengok mommy macamtu shayang?"
"Sebab mommy Helena baik sangat-sangat. Mommy sayang Helena kan? So Helena sayang mommy juga. Banyak-banyak" dalam pelat Helena cuba mengatur ayat mahu bercakap dalam bahasa melayu.
"I love you more more and more baby. Helena jadi goodgirl selalu okay?" Balas Eirene lantas mencium pelipis Helena lama.
Helena anak dia.
Walaupun tidak mempunyai apa-apa pertalian, dia akan tetap menyayangi si kecil itu sepenuh hati. Itu janji Eirene Anfisa.
"Okay mommy. Eh mommy, what happen with your hand? Are you hurt?" Soal Helena saat terperasankan kesan jerutan membiru di pergelangan tangan Eirene.
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...