B A B 31

42.1K 1.4K 24
                                    















              EIRENE memberhentikan keretanya di hadapan rumah banglo usang di atas bukit yang agak terpencil. Ikutkan lokasi yang diberikan Cailey padanya, maknya dia sudah sampai. Eirene menggenggam kemas stereng kereta. Sempat dia berdoa semoga Helena di dalam tidak diapa-apakan.

Dia turun dan masuk ke dalam rumah sehelai sepinggang. Telefon ditinggalkan di dalam kereta. Tetapi dia tidak menutup data.

Teragak-agak Eirene menolak tombol pintu rumah tersebut. Sebaik menolak, ada yang menariknya dari dalam. Terkejut juga Eirene dibuatnya.

"Awwww babygirl, look at this. Your mommy is here darling...." Cailey membuka luas daun pintu mahu mempersembahkan Eirene pada Helena.

"Mommy...." Teresak-esak Helena menangis ketakutan. Tangannya diikat dengan tali guni yang kasar. Habis berbirat merah pergelangan tangan anakmya itu.

Kalut Eirene menerpa ke arah Helena yang didudukkan di atas bangku kayu kecil itu. Tangan Helena dibelek penuh teliti. Rambut halus yang kusut itu diusap lembut ke belakang.

"Shayang okay? Dia ada pukul Helena tak?" Tanya Eirene risau.

"Tak. Tapi Helena takut" adu Helena sambil menangis.

"Cailey, you nak apa sampai culik dia? Dia tak tahu apa-apa!"

"Biarlah! Bapak dia tu sengaja cabar I. Tahulah I nak ajar dia macam mana. Alang-alang dua-dua dah dekat sini. Mudah betul kerja I nanti"

"Hey-hey! Siapa bagi you buka ikatan dekat tangan dia hm? Ada I suruh? Tak ada kan? Jangan la memandai-mandai!" Tempik Cailey tiba-tiba seperti orang tidak siuman.

"Ini anak I dan I takkan biarkan anak I sakit macam ni. Kita boleh settle masalah kita ni berdua" jawab Eirene pula.

"Shayang, kalau aunty ni buat apa-apa dekat mommy, shayang pejam mata tau? Jangan tengok mommy. Dengar cakap mommy okay?" Bisik Eirene perlahan di tepi telinga Helena.

Helena mengangguk faham. Dalam rasa takut, dia perhatikan perempuan jahat yang memarahi mommynya tadi.

"You all bisik-bisik apa?"

"Arghhhhh sa—kit!!!" Raung Eirene bila rambut disebalik tudung yang dipakai direntap kasar dan kuat. Rasa nak tercabut kulit kepalanya tika itu.

"Cailey stop it!" Rayu Eirene.

Serta-merta rentapan tersebut dilepaskan. Kepala Eirene ditolak kasar ke hadapan. Mujur Eirene sempat menahan perutnya dari terkena bongkah kayu yang ada di atas lantai marmar yang kotor itu.

"Mommy!" Jerit Helena. Si kecil itu semakin takut mendengar suara mommynya tadi.

"Shhh sayang, mommy okay. Mommy kan kuat" pujuk Eirene yang sedaya-upaya mengawal nafasnya yang kian termengah-mengah.

Semedan Cailey sudah nampak perut Eirene yang sudah berbendul. Bibirnya menyenget senyuman menakutkan.

"Awwww, mommy to be ya?" Cailey menyebekkan wajahnya memberi pandangan simpati pada Eirene.

Setapak demi setapak Eirene terundur ke belakang. Wajah Cailey tika itu agak menakutkan. Akhirnya sudah tiada ruang lagi untuk Eirene bergerak menjauhkan diri dari wanita di hadapannya itu.

"Kenapa? You takut ke dengan I?" Tanya Cailey.

"Y-you nak buat apa Cailey?" Eirene sudah tak sedap hati.

Cailey memegang perut Eirene yang sudah menampakkan bentuk itu. Dia tersenyum suka tetapi sekejap saja sebelum wajah itu berubah menggerunkan.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now