EIRENE ANFISA menapak menghampiri suaminya yang sedang rancak mempersembahkan skill renangnya di dalam kolam renang yang ada di bahagian rooftop villa mewah itu. Dengan tidak berbajunya mendedahkan badan yang separuh bogel itu membuatkan Eirene mengucap panjang.Dia dah pakai cantik-cantik ni. Kalau tak dah lama dia turun masuk sama berenang pergi menerkam suaminya itu. Ganas tak?
Haruslah...
Satin slip dress berwarna merah hati itu terletak cantik pada tubuhnya. Belahan tepi kain sehingga paras paha menambahkan lagi keseksian. Tulang selangkanya juga menonjol jelas. Eirene duduk bersilang kaki di atas pool bench sambil memerhati perbuatan Tengku Ferhad.
Masing-masing mengucap panjang melihat sesama sendiri. Jatuh rahang Tengku Ferhad saat melihat isterinya sudah bahagia duduk bersilang kaki di atas sana tu. Dengan kain terselak mendedahkan pahanya yang gebu itu.
"No! Abang jangan pegang Eirene. Abang basah kuyup, nah ambil towel ni pergi masuk dalam" Eirene pura-pura tegas.
Tengku Ferhad berdiri sambil bercekak pinggang. Jarang mereka dalam sedepa. Bibir nipis itu menyenget membentuk sebuah senyuman mengejek dan sinis.
"Well, larangan adalah suruhan milady—"
"Abangggg!" Jerit Eirene tak puas hati bila Tengku Ferhad selamba sahaja mendukung dirinya masuk ke dalam bilik mereka. Punggung Eirene di tampar membuatkan si isteri semakin mengganas menggelupur.
"Shut, save your energy milady...."
Saat ingin menuju ke bilik air, Eirene kalut bangun semula dari pembaringan dan terus menerpa ke arah Tengku Ferhad. Belakang badan yang berketak itu dikucup meninggalkan tanda.
"Dah takpayah mandi. Alang- alang Eirene pun dah basah, Eirene dah tak ada mood nak keluar dinner" Eirene menarik tubuh tegap itu supaya menghadapnya. Wajah itu berubah muram. Tetapi tangan masih lagi gatal merayap sana sini. Tengku Ferhad menangkap kemas tangan yang semakin melampaui batas itu.
"Sorry, but nanti sayang akan lapar. I have another dress for you. A perfect one. How?" Tawar Tengku Ferhad mahu memunuk semula si belahan hati itu.
"Tak apa, makan ajelah apa yang ada" kata Eirene dengan riak wajahnya yang redup itu.
"Apa je makanan yang ada? Kena order dulu lah sayang" Tengku Ferhad masih belum dapat tangkap udang yang berada disebalik batu.
"Makan abang?" Kening Eirene terangkat sebelah tanpa rasa bersalah.
Innocent.
Crap...
Tengku Ferhad terngadah. Tangan yang memegang tangan runcing itu dilepaskan perlahan-lahan. Tengku Ferhad masih tergamam.
"Ke....tak boleh?" Sambung Eirene yang melarikan jemarinya di dada bidang suaminya.
"Y-yes sure. Wow, what a great dinner!"
Eirene tersenyum sipu sebelum tubuhnya dihimpit sehingga dia terbaring di atas katil semula. Diiluti dengan Tengku Ferhad yang berada di atasnya.
"Shall we proceed for the next menu?"
"Okay—"
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...