B A B 5

41.2K 1.5K 18
                                    












EIRENE ANFISA termenung sendirian di taman bunga. Helena sedang tidur. Dia pula sudah mula kebosanan. Telefon bimbit yang dipegang itu dibuka.Nombor Dhurah didail. Sengaja mahu mengacau hari wanita itu. Tak sah kalau tak mengusik.

"Hello assalamualaikum,"

"Ya walaikumsalam. Ada apa sahabatku? Kena buli dengan anak pak tengku ke?" Soal Dhurah risau.

Eirene ketawa senang.

"Banyak la kau kena buli. Anak aku sedap tidur sampai bulan dah sana. Saja je call kau, aku bosan. Rindu nak bau bunga hm" cerita Eirene.

"Amboi, bukan main kau ek tak kahwin dah ada anak. Untunglaa," Dhurah membuat nada iri hati.

Berdekah Eirene tertawakan sahabatnya seorang itu. Kalau bab dengki nombor satu. Tanpa dia sedar, sedang rancak bersembang Tengku Ferhad sudah lama tercegat berdiri di belakang Eirene.

"Bosan lah lah kau. Aku gurau je. Macam mana kedai? Kau dengan kedai kita okay ke?" Tanya Eirene.

"Okay je, lately ni pelanggan makin ramai, kau bila nak habis contract?"

Eirene diam sebentar. Jatuh kasihan pula dia pada Dhurah yang terpaksa menjaga kedai bunga mereka tu sorang-sorang. Macam tak adil pula. Eirene tunduk bermain dengan kain seluar jeansnya sendiri.

"Lagi dua bulan contract aku habis. Kesian kau" Suara Eirene bertukar sedih.

"Ehem. Kenapa you tak bagitahu I yang you kerja?" Sergah Tengku Ferhad dari belakang.

"Err babe, nanti aku call kau balik. Pak singa belakang aku" bisik Eirene sebelum mematikan talian.

Matanya sudah membulat memandang Tengku Ferhad terkejut. Kalau tak silap, jam baru pukul 11:30 pagi. Awalnya bosnya itu balik kerja. Eirene mempamerkan senyum kerang busuknya pada Tengku Ferhad.

"Selamat pagi Tengku. Err dah lama ke tunggu belakang saya?"

Amboi Eirene, soalan kau nampak sangat menyindir tu. Tengku Ferhad pun memandang Eirene macam nak terkam je. Eirene garu kening sambil memandang ke arah lain.

"10 minit juga. Puas boleh kutuk I?" Sinis nada Tengku Ferhad.

"Eh mana ada saya kutuk tengku. Saya sembang kosong je la dengan kawan saya" tangkis Eirene Anfisa.

"Kenapa tak bagitahu I dari awal yang you ada buka business? Kalau ada business sendiri takkanlah tak ada duit kan. Ke you ada agenda lain nak kerja dengan I?" Soal Tengku Ferhad serius.

Eirene melopong lagi dengan tuduhan serkap jarang tersebut. Sangatlah tidak benar. Kalau dia ada duit sudah lama dia duduk di kedai sedang gubah bunga sekarang ni. Masalahnya dia takda duit cash masa tu dan terpaksalah dia berkerja dengan Tengku Ferhad.

"Business saya tak macam business tengku.
Pendapatan pun cukup-cukup makan je. Dah haritu tengku minta cash RM8500 tu manalah saya ada. Saya mintak bayar ansuran tengku taknak lepastu tengku tuduh saya kerja dengan tengku sebab nak ambil kesempatan? Hesh! Ada lagi orang macam tengku ni rupanya. Buruk sangka"

Bagai disambar petir Tengku Ferhad rasakan saat Eirene menyemburnya sedemikian. Tidak takutkah gadis itu padanya. Tak pernah lagi dia kena sound dengan perempuan begini.

"Jadi, you nak salahkan I lah? Erm okay, kalau I suruh you bayar duit tu sekarang you ada duit dah ke?" Cabar Tengku Ferhad.

Eirene diam sebentar untuk mencongak mengira duit. Sekali dengan jari-jari naik mengira.

"Inshaallah cukup. Kalau tengku nak saya berhenti saya boleh berhenti. Kita cancel perjanjian tu okay?Lagipun, saya kesian business partner saya jaga kedai kami sorang-sorang" Jawab Eirene berani.

"Mana Helena?" Selamba saja Tengku Ferhad menukar siaran perbualan.

"Tengku, kita tengah cakap pasal la—"

"I tanya mana anak I?" Suara Tengku Ferhad sedikit meninggi memotong percakapan Eirene Anfisa.

Eirene mengeluh perlahan. Kena marah pula. Hadap saja lah. Singa period Eirene mana tahu nak handle. Karang mengamuk mengaum mampus dia.

"Helena tidur di bilik dia"

Tidak berkata banyak, Tengku Ferhad berlalu pergi begitu sahaja. Eirene Anfisa pula apa lagi. Macam-macam aksi dia buat menunjukkan yang dia meluat dengan Tengku Ferhad. Paling tak boleh tahan siap lucutkan selipar acah mahu baling pada Tengku Ferhad dan tiba-tiba lelaki itu menoleh.

"Kenapa cik Anfisa? Tak puas hati dengan I ke? Baling lah kalau berani" kata Tengku Ferhad mencabar.

Dengan perasaan geram yang berbuku di hati, Eirene melontar selipar cabuknya itu ke rumput sahaja. Wajah sebal berserta rengusan dia berikan. Sumpah dia geram dengan majikannya itu. Macam mak lampir!

Tengku Ferhad tersenyum di dalam hati selepas melihat riak tidak puas hati Eirene sebentar tadi. Bukan dia tak nampak, biasan di cermin pintu gelongsor itu jelas sekali menunjukkan tindak laku Eirene yang nakal itu. Comel.

Eh terpuji pula.

Senyumannya hilang saat teringatkan kata-kata Eirene yang mahu menamatkan perjanjian tersebut.

"Huh,"

Satu keluhan berat dia lepaskan kemudian dia berlalu menuju ke bilik anaknya Helena Malaiqa.





















To be continued....

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now