B A B 24

48.1K 1.6K 47
                                    















DHURAH menekap tangan di dahi Eirene yang sedang berselera membantal roti canai telur 3 keping itu. Makan macam tak ada hari esok. Selalunya Eirene bukan jenis yang makan banyak sangat tapi dia kerap makan.

"Kau okay tak ni Rinrin? Nak kata demam, sihat. Kau membela ke?" Soal Dhurah seriau.

"Sedap mulutnya cakap aku macamtu..." Eirene mengecilkan matanya memandang Dhurah tak puas hati.

"Takdela, ini dah roti canai ketiga kau bedal. Kau biar betul. Tengok pipi kau, mengembang semacam, perangai kau pun pelik lately ni. Kau pregnant ke?" Lancar soalan diaju pada sahabatnya.

"Takde maknanya. Haritu aku check dah doktor kata negative" jawab Eirene sedikit muram.

"Haritu tu bila?"

"Hujung bulan lepas,"

"Dahtu, kau tak pergi check pulak ke? Aku rasa betul lah kau pregnant" teka Dhurah yang sudah mengesyaki sesuatu.

"Jangan bagi aku fakehope Dhurah, aku taknak berharap lagi. Aku yakin aku tak pregnant" bangkang Eirene tidak suka isu kehamilan dibangkitkan. Dia kesal dengan dirinya sendiri.

"Yakin kau tu setara mana sangat Rinrin? Kau bukannya doktor. Kalau nak aku temankan, aku takde masalah. Klinik hujung sana tu je. Jom kita pergi nak?" Ajak Dhurah bersemangat waja.

Terbantut selera Eirene mahu menjamu selera.

"Taknak lah Dhurah" Eirene masih berdegil.

"Inilah kata kawan...." Dhurah sudah mula karang ayat.

"Haih yelah, yelah! Jom. Kalau aku tak pregnant, esok kau kena kahwin juga dengan Farris. Siap kau" ugut Eirene sebal sambil mencapai beg tangannya malas.

"Okay, tak ada masalah" jawab Dhurah yang berani mengambil risiko.

Keluar dari bilik pemeriksaan, Eirene menuju ke kaunter ubat sebentar mahu mengambil ubat yang dipesan doktor.

"Macam mana? Esok aku kena kahwin dengan Farris ke tak?" Tanya Dhurah teruja.

Eirene menjeling sahabatnya itu tajam. Plastik ubat tadi disua pada Dhurah. Satu per satu Dhurah membaca nama ubat-ubatan yang Eirene dapat.

"Ikut suka kaulah nak kahwin bila pun" jawab Eirene malas sambil berjalan keluar dari klinik.

"Wah! Yeay! Kan aku dah agak dah. Congrats Rinrin. Suburnya kawan aku. Baru stop ubat dah terus lekat. Syabas" Dhurah memeluk Eirene erat. Gembiranya dia.

"Thankyou Dhurah" Eirene senyum bahagia. Dia sendiri tidak sangka yang dia sekarang sedang membawa satu nyawa bersamanya. Sudah sebulan lebih dia ada peneman.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.










TENGKU FERHAD MATEEN ralit memandang wajah Eirene yang sedang lena diulit mimpi itu. Selimut yang melorot sedikit ke bawah itu, dia tarikkan ke atas semula menutupi badan masing-masing yang terdedah tanpa seurat benang. Eirene mula merengek kecil bila tidurnya diganggu.

"No, it's fine sayang. Sleep" bisik Tengku Ferhad seperti mendodoikan seorang budak. Pipi Eirene dielus perlahan dengan jarinya.

Dia sambung kerjanya yang tergendala tadi. Eirene mempunyai wajah yang sempurna. Alis mata yang lentik, kening terbentuk, hidung tidak mancung tapi terletak cantik, bibir merah merekah bak delima, kulit pun bersih tanpa cela. Dan sekarang dia rasa wajah Eirene semakin berseri walaupun tengah marah.

Entah mengapa, Tengku Ferhad rasa, isterinya itu ada menyembunyikan sesuatu darinya tetapi dia tak pasti apa. Tadi pun, Eirene nampak takut-takut dan risau.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now