LULUH hati Eirene melihat keadaan suaminya yang lemah baru sahaja keluar dari bilik air itu. Sudah kali ke berapa Eirene pun malas dah nak kira kekerapan suaminya itu masuk ke dalam bilik air muntah.Tengku Ferhad hanya duduk di atas lantai sambil bersamdar di birai katil. Tekaknya benar-benar mual sekarang.
"Abang, Eirene minta maaf. Sebab Eirene abang yang sakit"
Eirene Anfisa merangkang dari atas kati mendekati suaminya yang sedang keletihan itu. Kepala Tengku Ferhad diusap. Rambut beralun cantik itu dibetulkan semula. Leher si suami dirangkul dari belakang dan Eirene tidak malu mahu mencium pipi suaminya itu.
Tengku Ferhad tersenyum meskipun sudah tidak bermaya lagi. Eirene yang sedang dibelakangnya itu dibelai manja.
"It's okay sayang. Sama-sama buat sama-sama kita tanggung. Baru adil" jawab Tengku Ferhad lemah.
"Hm, sayang abang"
"I love you too" balas Tengku Ferhad.
"Sayang..."
"Ya abang?"
"I teringin nak makan chocolate cake yang sayang buat. Sayang larat tak? Kalau tak larat ta—"
"Okay Eirene buatkan untuk abang sekarang" potong Eirene laju. Dia pantas turun dari katil.
"Anfisa wait, I nak ikut sayang" panggil Tengku Ferhad yang bersusah payah mahu bangun.
Tidak dapat menahan, Eirene melepaskan tawanya kuat. Comelnya Tengku Ferhad berperangai manja begini. Pembawakan baby jugak ke?
Sampai di bawah semua memandang ke arah mereka berdua yang baru turun. Eirene denagn wajah ceria seperti selalu. Tengku Ferhad pila seperti ayam berak kapur.
"Aik? Hero dah kenapa lembik semacam dah tu? Buat apa hah?" Usik Tengku Firhaz berlapis makna.
Disebabkan jarak mereka dekat Tengku Hazzar mengetuk kepala anaknya itu dengan remote tv kuat. Berbunyi.
"Jangan sibuklah ngah" marah Tengku Zahira. Tengku Firhas mengusap kepalanya yang mungkin sudah keluar bintang.
"Err bonda, nak pinjam dapur boleh? Eirene nak buat kek chocolate. Abang teringin nak makan" Eirene meminta izin Tengku Zahira.
"Anfisa, ini rumah kamu juga. Kesian bapak budak tu terkena alahan, sabar ajelah ya" Tengku Zahira tersenyum ke arah Tengku Ferhad yang tidak bermaya itu.
"Okay thankyou bonda"
TENGKU FERHAD yang sedang menopang dagu di atas meja itu terus terliur melihat Eirene menyiram kek chocolate dengan chocolate ganache cair itu. Bergerak-gerak halkumnya. Ya Allah...
Sedapnya.
"Abang nak rasa sekarang ke?" Tengku Ferhad mengangguk laju.
"Sekejap ya, Eirene nak ambik piring"
Tengku Ferhad berselera sekali menjamah kek coklat hasil air tangan isterinya itu. Sedap. Rasa cair di dalam mulut.
"Sayang, you tak makan?" Tanya Tengku Ferhad pada Eirene yang sedang ralit memandang dia bersama senyuman.
"Tak apa, Eirene dah kenyang tengok abang makan. Sedap tak abang?" Tengku Ferhad mengangguk laju. Serasa dia, air tangan Eirene Anfisa tak pernah menghampakan tekaknya. Semua sedap.
Belikat Tengku Ferhad diusap.
"Abang sabar tau, inshaallah nanti dah takda dah morning sickness ni" pujuk Eirene.
"Told you, I'm okay. I just hate vomiting" Tengku Ferhad mempamer riak tidak selesa. Eirene senyum lagi. Kenapa dia rasa sisi suaminya yang ini comel sangat. Eirene rasa nak gigit.
Perut Eirene Tengku Ferhad usap sambil makan.
"Mommy! Helena dah balik school!" Sorak Helena yang terus menuju ke dapur. Melihat mommy dan daddynya memang ada di dapur sedang makan kek.
"Whoahhh! Chocolate cake!" Usah tanya siapa yang buat, Helena tahu itu air tangan mommynya.
Selamba Eirene mendukung anaknya itu lalu didudukan di atas ribanya. Tengku Ferhad geram saja melihat.
"Sayang, Helena berat kan?" Tanya Tengku Ferhad serius.
"O-oh mommy sorry. Adik baby...." Helena pula dilanda rasa bersalah.
"Tak apa sayang. Mommy okay. Daddy risau sikit je" pujuk Eirene.
"Sorry sweetheart, daddy tak sihat nak ambilkan you balik school" ujar Tengku Ferhad.
"It's okay daddy. Ashu Isha ada. Daddy get well soon okay" bahu daddynya ditepuk manja.
"Thanks sweetheart"
"Mommy I want chocolate cake" pinta Helena manja.
"Okay boleh. Tapi jom, kita tukar baju dulu ya sayang. Kotor baju sekolah ni tak tahu lah" Eirene menurunkan Helena semula kemudian dia meninggalkan suaminya sebentar mahu melayan peel si anak pula.
MERAH padam wajah seketul Eirene Anfisa bila diminta menyelak baju separas dada sebab si bapak budak tengah mengidam nak belai perut ibu mengandung. Eirene tutup wajahnya dengan bantal. Takut dirinya termakan dengan godaan suaminya itu.
"Sayang please, I do nothing. Just having a little chit-chat with my sugarbaby. Please" rayu Tengku Ferhad benar-benar teringin.
"Abang usap bual je la tak payah selak baju Eirene. Malulah. Perut Eirene bukan besar lagi" kata Eirene dengan wajah yang panas.
"Sayang please....ke nak I buat sendiri? I buat sendiri you better watch out" kata Tengku Ferhad yang sudah duduk bersila.
Baby T yang dipakai Eirene cuba diselak pantas ditahan Eirene.
"Abang jangan!!!" Jerit Eirene.
"Abang tengok lah perut abang. Sama je dengan Eirene, masih rata lagi. Perut abang lagi sexy, ketul-ketul tu haa" Eirene menunjuk six pax suaminya pula.
"There's no baby in me Anfisa. I'm craving right now. Please lah" rayu Tengku Ferhad buat kesekian kalinya.
"Ish ye lah-ye lah. Sekejap je tau. Habis abang borak, abang tutup balik" Pesan Eirene yang lambat-lambat mahu menyelak bajunya.
"I've been exploring you more than this sayang. You're pregnant already. Jangan kedekut sangat dengan I" bebel Tengku Ferhad tak puas hati seolah dia yang bertepuk sebelah tangan dalam hal ni.
Melihat perut Eirene yang sudah terdedah itu, Tengku Ferhad mula tersenyum. Mula-mula diusap manja, lepastu dicium, ditekapkan telinga di perut Eirene lepastu barulah dia berborak manja dengan anak di dalam perut tu.
Eirene jatuhkan lengan di dahi sambil memandang siling. Rambut beralun Tengku Ferhad mencucuk-cucuk kulit perutnya membuatkan dia kegelian. Dalam masa yang sama dia bahagia membdengar perbualan suaminya itu.
"Be a good boy okay? Mommy dah banyak sangat berkorban untuk kita. You should be proud of her. I love you sugar" pesan Tengku Ferhad lalu menitiskan air matanya.
Eirene tersenyum tika itu.
Sahih keluar nanti terus jadi anak daddy.
Ralit membelai perut Eirene, Tengku Ferhad tertidur dengan sendirinya. Eirene tidak sampai hati mahu mengejut. Rambut Tengku Ferhad diusap perlahan.
Sudahnya, Eirene pun tertidur sama tanpa Tengku Ferhad di sebelah. Mereka bertukar tugas pula. Malam ini, Eirene yang mendodoikan suaminya yang keletihan menghadap morning sickness itu.
•to be continued•
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...