RINGKAS saja oufit Eirene malam itu. Hanya mengenakan dress berwarna cream, tudung bawal satin bercorak dan juga beg tangan. Kali ini, dia nampak Tengku Ferhad sudah siap menunggunya di depan pintu masuk restaurant bertaraf 5 bintang, NOBU."Susah-susah je tengku sambut saya bagai ni. Nanti apa pula kata girlfriend tengku" Jantung Eirene semakin tak keruan.
"It's okay let her be" balas Tengku Ferhad tanpa rasa bersalah.
Eirene berkerut resah.
Kejamnya.
Tak ramai pun pelanggan tika Eirene sampai. Nama pun restaurant 5 bintang, nak ramai kedai mamak je lah. Eirene mencari mana ahli keluarga Tengku Ferhad yang lain. Dia tak nampak sesiapa pun dekat situ. Hanya mereka berdua saja.
"Mana yang lain? Takkan kita je?" Tanya Eirene lagi.
"Lupa nak bagitahu. They might be late"
"Helena?"
"Helena dengan—"
"Oh lupa, mesti dengan mommy dia kan. Tak apa ke kita berdua aje ni?"
"I okay je. Kenapa, you nak I call sekampung ke datang sini Anfisa?" Soal Tengku Ferhad agak sarkastik.
"Bukan macamtu, cuma nanti apa pula kata..."
"Nah menu, tengok lah dulu" Laju Tengku Ferhad mematikan pertanyaan Eirene dengan menyua buku menu pada gadis itu.
Eirene tak tengok makanan, malah dia tengok harga untuk setiap hidangan. Mak aiii! Potion sikit harga tak ramah betul. Orang kaya makan macam ni ke? Patut kurus.
EIRENE mencucuk hirisan daging wagyu yang terakhir. Sedap tu sedap dah dengan flaky saltnya, dengan lembutnya. Masalahnya daging tu tak sampai sepuluh hiris. Haihh tak mengenyangkan. Balik nanti dia kena singgah Mc Donalds pula rasanya.
"Kenapa tengku senyum? Ada benda kelakar ke kat muka saya? Oufit saya pelik ek harini?" Eirene sudah rasa serba tak kena bila Tengku Ferhad mula bereaksi aneh dihadapannya.
"Makan ikut mulut Anfisa, buka ikut pipi. Nah tissue lap pipi tu. Ada sos" terus sehelai tisu disua ke arahnya.
"Erk mana semua orang ni tengku? Saya dah habis makan dah" soal Eirene yang mula rasa tak sedap hati.
"Diorang on the way. Kalau you tak kenyang order la lagi"
"Eh tak apa tak apa. Saya tengok harga wagyu tadi pun dah gayat dah. Terima kasih ajelah tengku" Eirene sengih dek rasa segan yang menggunung.
"I yang bayar. Wait, waiter!"
"Tengku Ferhad, it's okay saya takn—"
Tiba-tiba pelayan lelaki tersebut meletakkan jambangan bunga di hadapannya. Bunga lili, sepuluh kuntum, sebiji bunga yang dia buat siang tadi. Ada diselit kad dan juga tambahan kotak cincin baldu di celahan bunga lili tersebut.
Eirene sudah tidak tentu arah. Wajahnya terus berbahang. Dia memandang Tengku Ferhad dan tiba-tiba saja lelaki itu bangun.
"Ten-tengku nak pergi mana pula?"
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...