MAHUNYA berangin satu badan bila cutinya diganggu oleh surat perletakan jawatan dengan notis 24 jam oleh PA nya sendiri. Isteri pula, asyik positivekan dia dengan alasan 'tak apa, kat rumah pun boleh honeymoon lagi'. Geram, tapi tak tahu nak salahkan siapa. Tengku Fehad duduk memencilkan diri di dalam pejabatnya."Abang...." Panggil Eirene.
Tengku Ferhad menyepi.
"Suami Eirene mana suami Eirene?" Tanya Eirene.
Tengku Ferhad bangun ingin keluar dari pejabatnya itu. Di pertengahan jalan, suara lunak manja itu menyeru memanggilnya lagi.
"Tak apa, sombong dengan Eirene malam ni tak ada hadiah" Eirene mengangkat sebelah keningnya beberapa kali.
Tak jadi melangkah keluar, Tengku Ferhad berpatah balik semula mendapatkan isterinya yang semakin nakal itu. Riak wajahnya langsung tidak bersalah. Eirene lantas bangun mendepakan tangannya dan juga bibir dimuncungkan meminta bibir nipis itu disinggahkan pada bibirnya.
Tengku Ferhad turutkan.
Eirene jengket sedikit lalu menarik belakang leher Tengku Ferhad mendalamkan lagi ciuman mereka.
"Along—oh okay sorry" Laju Tengku Ferisha berpusing semula 360 darjah selepas melihat aksi halal suami isteri itu.
Kalut Eirene meleraikan ciuman mereka itu lalu menolak Tengku Ferhad ke belakang. Suaminya itu selamba ketawa macho lalu merangkul pinggang ramping itu merapatinya semula. Empat mata itu saling bersabung.
"Yes, ada apa Sha?" Soal Tengku Ferhad sambil mata tak lepas dari menatap wajah berseri isterinya penuh minat.
"We're busted already milady..." bisik Tengku Ferhad perlahan seolah memberi pesanan pada isterinya itu.
"Tadi...orang parking kereta, orang nampak ada lelaki duk marah-marah kak Leena. Kak Leena nampak takut. Barang-barang kak Leena dia ragut kasar lepastu dia lempar dalam kereta. Kesian kak Leena" adu Tengku Ferisha berdasarkan apa yang dia lihat di bawah tadi.
Tengku Ferhad bercekak pinggang lalu menoleh menghadap adik bongsunya itu.
"Pergi office ngah bagitahu dia. Ngah tahu lah macam mana nak handle" arah Tengku Ferhad senada.
"Okay! Sorry kacau along and kaklong, ngeee—"
pamit Tengku Ferisha sebelum mencicit pergi menuju ke pejabat abang nombor dua pula.Tengku Ferhad menoleh semula memandang Eirene yang sudah duduk di atas sofa itu dengan pandangan pemangsa ingin membuat serangan pada si mangsa.
"Apa?!" Soal Eirene tak puas hati.
"I'm still in a holiday mood sayang. Jom balik rumah. Abang nak tuntut hadiah awal"
"Tapi Leena?"
"Abang taknak tengok lagi surat resign dia. Biarlah abang bagi dia cuti tenangkan diri dulu. KuFir punya hal lah ni. Tak pasal kita tak boleh berlama dekat sana" muka Tengku Firhaz serius semula.
"Tak apa, tak ada rezeki" pujuk Eirene positif.
"Jom balik rumah" ajak Tengku Firhaz lagi sekali dan Eirene terus angkat punggung.
PETANG itu, Helena sudah dihantar pulang oleh Tengku Hazzar dan Tengku Zahira. Jadi orang tua Tengku Ferhad sudah berada di rumah mereka manakala tuan rumah pula sedang bahagia melayari bahtera percintaan mereka sehingga tertidur. Pintu bilik yang tidak berkunci itu, Helena buka.
"Wah daddy dengan mommy dah balik?" Bergema suara Helena di segenap ruangan bilik tersebut.
Pantas Tengku Ferhad mencelikkan matanya lalu memandang si isteri yang terkebil-kebil memandang ke arahnya juga. Tengku Ferhad terkumat-kamit memberi isyarat pada Eirene berkenaan dengan pakaian mereka yang bertaburan di atas lantai tadi.
"Ish daddy, mommy. Kenapa sepahkan baju dalam bilik? Kalau Helena buat sepah daddy marah pula" bebel Helena Malaiqa sambil memandang keadaan bilik orang tuanya yang agak kelibut.
Tengku Ferhad mengeliat sebelum mula beralasan.
"Hye sweetheart, siapa hantar balik ni hm?" Tanya Tengku Ferhad. Eirene di sebelah terpaksa pura-pura tidur demi mengelak ditanya lebih oleh tuan puteri itu.
"Tok dada dengan nenda. Diorang ada dekat bawah tu" beritahu Helena yang berura-ura mahu naik ke atas katil sama.
"Eh sweetheart wait. Erm, tunggu dekat bawah dengan nenda boleh? Daddy dengan mommy nak kemas bilik ni dulu. Look, so messy right?" Kata Tengku Ferhad.
"Alright daddy. Jangan lupa kejut mommy. Helena ada banyak story ni" jawab Helena tanpa fikir panjang.
"Okay good girl"
Selepas tuan puteri itu keluar dan menutup pintu bilik. Barulah dua laki bini itu turun daripada katil dan terus menuju ke bilik air. Dalam kekalutan tersebut, Tengku Ferhad sempat tersenyum. Itulah padah tak menyempat.
MASING- masing turun ke bawah dalam keadaan yang segar bugar. Mereka tunduk bersalaman dengan pasangan separuh abad itu sebelum masing-masing berpecah berbahagi tugas. Tengku Ferhad melayan kedua orang tuanya, dan Eirene ke dapur mahu menyediakan air.
Tengku Hazzar memandang anak menantunya curiga. Lagi-lagi kesan di tulang selangka anaknya itu jelas kelihatan.
"Ehem, tak puas bercuti ke?" Tanya Tengku Hazzar selamba. Tengku Zahira di sebelah sudah tersenyum misteri.
Tengku Ferhad senyum nipis. Belakang tengkuknya diusap mahu menghilangkan rasa segan yang bertandang.
"Erm ingat nak pergi ambil Helena esok. Kesian pula ayah dengan bonda kena hantar ke sini pula" kata Tengku Ferhad melarikan topik sedikit.
"Saja la nak kacau pengantin lama kat rumah ni" kata Tengku Zahira. Tengku Hazzar tersenyum sama.
Eirene datang ke ruang tamu bersama dulang air. Dia menghidangkan kepada ibu dan bapa mertuanya itu.
"Jemput minum ayah, bonda"
"Baik-baik, terima kasih" angguk Tengku Hazzar.
"Susah-susah aje menantu bonda ni" ujar Tengku Zahira pula.
"Eh mana ada susah bonda, air je" jawab Eirene sambil mengundur beberapa tapak kebelakang lalu mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.
"Mommy!" Helena bangun dari tempatnya lalu mara ke arah Eirene. Tengku Ferhad menjarakkan sedikit duduknya untuk memberi ruang Helena duduk di antara mereka.
Saat mata mereka saling memandang, mata Eirene lebih cepat menangkap kesan merah akibat perbuatannya tadi di leher suaminya itu. Terus dia mengetap bibir dan mengalihkan pandangan menghadap carpet gebu di lantai pula.
Sahih, kalau dia nampak mesti mertuanya juga nampak. Sebab jelas sangat.
Aduhaiii....
Nanti apa pulak kata orang tua Tengku Ferhad. Dapat menantu rakus.
Hmmmph !
Sorry abang....
•to be continued•
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...