B A B 9

41K 1.6K 34
                                    
















TENGKU ZAHIRA memotong lagi kek coklat lembab yang dibawa anak sulungnya itu. Sudah masuk potongan ketiga. Masih lagi tidak puas makan. Kata cucunya Helena, mommy yang ajar dia buat. Mommy manalah yang dimaksudkan cucu bertuahnya itu. Tapi tak tipu, sedap betul kek coklat ini. Rasanya tidak terlalu manis seperti kek yang kebiasaan di jual di luar sana.

"Wah, bonda buat kek ke?" Sapa Tengku Ferisha yang baru turun ke dapur.

"Lah, kamu wirid apa yang lambat sangat turunnya. Tengok ni, bonda dah makan dessert dah. Sedap"

"Wirid apanya. Orang lepas isyak kena update sales. Itu yang lambat tu. Sedap sangat ke cake tu bonda? Sini nak rasa sikit" Tengku Ferisha mencubit sedikit kek tersebut untuk dirasa.

"Eh sedapnya. Air tangan bonda tak pernah mengecewakan. 10 over 10!" puji Tengku Ferish siao mengangkat tangat isyarat thumbs up lagi.

"Kan sedap kan? Tapi bukan bonda yang buat. Mommy Helena yang buatkan. Along yang bawa ke mari. Katanya tak ada orang habiskan kalau duduk dekat rumah sana" cerita Tengku Zahira.

"Oh ek? Sejak bila Helena ada mommy? Entah-entah orang rasa betul la apa yang ngah cakap dekat office haritu" Tengku Ferisha mengetuk dagunya dengan jari sambil membuat reaksi curiga.

"Ngah cakap apa Ferisha? Ada apa-apa yang bonda tak tahu ke?" Tanya Tengku Zahira kalut.

"Ngah ada cakap along nak kahwin lagi. Tapi along pulak  cakap ngah mengarut. Entah- entah betul. Helena siap ada mommy bagai ni" gosip Tengku Ferisha.

"Mommy tu pengasuh baru Helena ye tak?" Teka Tengku Zahira.

"Rasanya lah. Tapi kalau pengasuh pun, Helena dah sampai panggil mommy. Mesti ada something special dengan mommy dia tu. Anak buah orang tu bukannya mudah mesra sangat dengan orang luar. Dah berapa kali along tukar pengasuh"

"Betul. Bonda setuju. Doa-doakanlah abang kamu tu terbuka hati cari mommy baru untuk Helena. Kesian cucu bonda tu. Tak tahu nak menumpang kasih pada siapa" Tengku Ferisha mengangguk setuju.

Tapi ada ke orang nakkan abangnya yang workaholic dan garang tu?

"Aamiinn"









KALI ketiga loceng rumah ditekan, barulah pintu rumah itu terbuka dari dalam. Tercegat Dhurah berdiri memandang keadaan sahabatnya itu. Bapaklah, Eirene dah macam mak budak. Siap dukung Helena lagi. Tak dapat tahan tawanya, Dhurah lepas tawanya di situ juga.

"Waalaikumsalam, weh sikit-sikit dah la" tegur Eirene dengan wajah seriusnya.

"Yaa assalamualaikum. Hye cutie girl!" Sapa Dhura teruja lalu mencuit manja pipi gebu Helena.

"Mommy, who is she? Your friend ke mommy?" Tanya Helena pada Eirene.

"Yea, ini kawan mommy. My bestfriend, aunty Dhurah"

"Oh. Masuk lah aunty" gamit Helena mengajak masuk ke dalam rumah.

"Lama betul tak jumpa kau Rinrin, dekat sebulan juga. Hm bosan aku sorang jaga kedai" adu Dhurah selaku sahabat kesepian.

"Hm kesian kau. Takpe, tak berapa minggu aje lagi contract aku dengan pakcik singa tu nak habis. Lepastu kita sambung business kita eh" pujuk Eirene.

"Okay la aku faham kerja kau. Hey, cutie girl how old are you?" Dhurah mencuba mendekati Helena yang nampak malu-malu dengannya.

"4 years old aunty" Helena mengangkat tiga jarinya yakin.

Eirene tergelak lucu.

"Babygirl, this is three shayang. Up one more finger. Ya this one baru jadi four" perbetul Eirene semula.

"Ouh sorry aunty. Salah" Dhurah tersenyum suka. Comel ini anak. Kalau aku mengasuh sampai besar pun tak ada masalah ni.














"JOMLAH Rinrin, dah lama pula aku kat sini. Aku balik dulu lah eh. Bye cutie girl" pamit Dhurah yang nampaknya sudah sekufu dengan anak majikan sahabatnya itu.

"Bye Dhurah, thankyou datang melawat aku. Nanti kita jumpa lagi"

"Bye aunty" tidak terlupa, Helena juga turut melambai kepergian Dhurah yang mulai meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.

Sebaik saja bayang kereta Nissan Almera itu hilang, kereta Rolls-Royce Tengku Ferhad pula tiba. Pakcik singa itu sudah pulang dari pejabat nampaknya.
Eirene tunggu saja di depan pintu memerhatikan cara majikannya itu dilayan oleh pemandu peribadi.

Siap ada orang bukakan pintu nok.

Aku pun takde.

"Daddy!"

"Selamat petang tengku" sapa Eirene bersahaja. Sekadar berbudi bahasa dengan majikan suara emas itu.

"Hm. Anfisa, in my office now" tegas suara Tengku Ferhad memberi arahan.

"Tapi Helena..."

"Arahan I susah ke untuk you patuh?" Jeling Tengku Ferhad garang.

"Erk baik tengku" Eirene menunduk sedikit. Dapat dirasa aura-aura bahaya di sekitarnya.

Eirene diam membatukan diri di hadapan meja kayu kukuh bertentangan dengan kedudukan Tengku Ferhad itu. Lelaki tajam merenung ke arahnya.

"Siapa yang datang waktu I tak ada dekat rumah tadi?" Soal Tengku Ferhad.

"Erk kawan saya?"

"To let you know, this is my house. You have no right to bring outsiders into my house. Ayat I susah tak untuk you faham?" Keras sekali nada Tengku Ferhad.

"Fa-faham. Tapi tadi tu kawan perempuan saya dan dia datang mel—"

"I dont fu*cking care who is she!" Cantas Tengku Ferhad garang.

"Fine! Kalau macam tu saya pun orang luar. Tengku taknak pula halau saya" bidas Eirene yang tak mampu bersabar lagi.

Apa masalah orang tua ni?

Kawan dia kut.

Kalau dia salah pun tak payah la sampai nak kena tinggikan suara.

"My house- my rules" tekan Tengku Ferhad.

"Okay fine. Kalau macam tu harini last saya kerja dekat sini. Dan sekarang waktu kerja saya pun dah tamat, esok saya datang semula settlekan apa yang belum selesai. Assalamualaikum!" terus Eirene cabut keluar dari pejabat lelaki itu.

Usai menutup pintu, Eirene menghentak-hentak kakinya geram. Datang bulan gamaknya. Berhangin semacam saja.

"Dasar singa pencen! Perangai diktator! Eeee malang betul lah!" Kutuk Eirene geram habis. Siap buat gaya mahu menumbuk orang lagi.

"Eeeeee!" Sebaik dia menoleh mahu mengacah nak tumbuk pintu, tiba-tiba tubuh Tengku Ferhad tercongok di belakangnya. Lelaki itu berwajah selamba tak berperasaan.

"Tumbuk lah kalau berani. Hidup yang tak berapa nak malang tu karang bertukar jadi malang seumur hidup" cabar Tengku Ferhad.

"Erghhh, susahla cakap dengan lelaki datang bulan ni! Anoyying!" Hambur Eirene sambil menuruni tangga.

Tote bag dicapai kasar. Tak betah dia mahu berlama dekat sini.

"Mommy? Are you leaving me?"

Mendengar suara comel itu, terus rasa amarah tadi bagai direntap pergi begitu saja. Eirene terus berhenti melangkah dan segera menoleh ke belakang.

"Babygirl mommy...."


















•to be continued•

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now