HAMPIR 2 jam dia menunggu di ruangan menunggu sementara Eirene sedang berada di bilik bedah. Tengku Zahira datang dengan Tengku Hazzar bersama satu beg kertas yang terisi baju salin untuk anak sulung mereka itu. Habis kemeja Tengku Ferhad bertompok darah merata."Along, Anfisa dekat dalam lagi ke?" Tanya Tengku Hazzar bersama pandangan simpati.
Tengku Ferhad menjatuhkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan itu.
"Nah along, baju salin. Along pergi lah bersihkan diri dulu. Lepastu datang balik. Bonda boleh tunggu dekat sini"
"Tak apa bonda, along nak tunggu Anfisa. Nanti elok along pergi tukar baju takut doktor siap cari along pula" jawab Tengku Ferhad lemah.
"Helena mana?"
"Ada dengan ngah. Along suruh ngah bawa dia rujuk pakar pediatrik. Takut dia trauma dengan apa yang dah jadi harini"
Mata Tengku Ferhad sekejap-sekejap memandang lampu isyarat yang terdapat di pintu dewan bedah itu. Tiba-tiba lampu tersebut bertukar hijau. Keluar barisan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan isterinya di dalam.
"Suami Che Puan Eirene Anfisa?"
"Me. Is she okay doctor?" Tanya Tengku Ferhad laju.
"Alhamdulillah, che puan dah melepasi tahap kritikal. Cuma dia mengalami pendarahan dalaman dan juga keguguran. Kami terpaksa tempatkan dia di unit rawatan rapi terlebih dahulu untuk pemantauan. Pihak kami risau jika ada darah beku di bahagian kepala yang terhentak tu" maklum doktor wanita yang bertugas.
Wajah Tengku Ferhad tika itu kosong-sekosongnya. Dia tiada riaksi. Rasa takut masih ada selagi Eirene tidak bangun dan berbual dengannya seperti selalu. Sepanjang perkahwinan, dia tak pernah lihat Eirene sakit.
"Alright, thankyou doctor"
Sebaik saja 3 orang doktor yang bertugas itu pergi, Tengku Ferhad terduduk di atas lantai dengan riak wajah kosongnya itu. Murah sungguh air matanya tumpah hari ini.
"Along, sabar ya nak. Anfisa kuat. Bonda tahu dia kuat. Dia akan sedar tak lama lagi" pujuk Tengku Zahira memberi semangat pada anak sulungnya itu.
"Anak kami bonda, dengan isteri along dekat dalam tu tak sedarkan diri lagi. Along tak pernah tengok dia sakit. I'm scared if she can't bears with the pain" adu Tengku Ferhad.
"Doa. Doakan senjata kita. Along suami dia, along doakan yang terbaik untuk kesembuhan Anfisa ya nak. Bonda yakin, Anfisa boleh lawan sakit dia"
"Dah sekarang ni along pergi bersihkan diri solat apa dulu. Ayah dengan bonda tunggu dekat sini sementara kamu bersiap" arah Tengku Hazzar.
Tengku Ferhad akur juga. Tidak pernah mereka melihat anak mereka serapuh ini. Kali pertama selepas 34 tahun.
TENGKU FERHAD melangkah masuk ke dalam bilik unit rawatan rapi dengan lengkap berpakaian standard PPE untuk melawat isterinya. Luluh hatinya melihat Eirene yang berselirat dengan wayar pada tubuh. Tangan yang masih bengkak itu dicapai. Tengku Ferhad sulam jemarinya di celahan jemari Eirene.
"Sayang, I ada ni. Anfisa I kuat kan? I know you're strong milady. Fight for us okay? I'll wait for you sayang. I rindu you cakap banyak. I rindu nak cuddles dengan you, nak dating lepas hantar Helena pergi school, nak makan masakan you, nak jaga bunga lily sampai kembang dengan you. I'm so sorry sayang cause I'm late..."
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...