SETELAH puas bercuti, Eirene kembali menghadap kerjanya. Sekarang, dia dan Dhurah perlu mengurus kedai bunga dan juga cafe yang baru saja dibuka beberapa minggu lepas. Mujur Eirene suruh mengambil staf lebih. Tengoklah sekarang. Tak menang tangan dia dibuatnya.Dhurah pula sekarang sudah sedikit sibuk dengan hal majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mujur segala persiapan dia sudah mula buat dari awal. Jadi nak kata terlalu sibuk tu tidak la juga.
"Nah bunga lily untuk laki kau. Pergilah hantar kat office dia" Wajah Eirene sedikit berubah. Lintas saja bunga lily itu di depan muka, terus dahinya berkerut.
"Tak apalah, suruh budak delivery hantarkan boleh? Aku tak tahan bau dia"
"Hah sudah. Kau kenapa Rinrin? Tak ada angin, tak ada ribut, loya tekak pula. Kau mengandung lagi ek?" Teka Dhurah.
"Agak-agaklah kau ni. Aku baru je balik bercuti" marah Eirene yang teremosi tiba-tiba. Entah kenapa, dia pun tidak tahu.
Dhurah senyum.
"Memang dekat sana baru korang bercucuk tanam ke?" Soal Dhurah selamba.
Eirene jeling dari ekor matanya saja.
"Entah tak tahu. Lupa"
Dhurah terus menyembur tawanya. Bunga lily yang dipegang dilibas di depan wajah Eirene. Terus Eirene bangun dan berlari anak menuju ke tandas.
Bluekk!
Uwukkk!
Eirene memuntahkan air saja semata-mata. Sungguh, dia tak tahan dengan bau bunga lily. Perutnya terasa sebu seperti masuk angin.
"Kau kenapa Rinrin?" Muncul Dhurah yang membantu mengusap belakang Eirene. Merah padan wajah sahabatnya itu.
"Entah, aku tak tahu. Aku dah tak boleh bau bunga lily tu lagi. Aku rasa kembang tekak" rengek Eirene berair mata-mata.
"Jom pergi klinik? Aku rasa apa yang aku teka tu betul dah" Ajak Dhurah.
"A-aku takut lah Dhurah"
"Tak payah takut. Bukannya kau tak biasa mengandung" Dhurah menarik tangan Eirene keluar dari tandas. Sempat dia ke cafe sebelah meninggalkan pesanan pada staf mereka sebelum keluar.
"Last puan period bila?" Tanya doktor wanita yang bertudung labuh itu.
"Erm saya pernah kemalangan dan keguguran doctor. Lepas dari accident tu period saya dah tak teratur. Macam harini ada sikit, esok dah tak ada. Kadang sebulan tu tak datang pun period" ulas Eirene tentang masalah yang dialami.
"Okay faham. Puan pernah rujuk pakar sakit puan ke sebelum ni?"
"Pernah. Tapi doctor tu cakap masalah period itu biasa sebab saya pernah gugur. Rahim saya pun cedera sikit masa kemalangan tu"
"Kita scan sekejap boleh?" Soal doctor itu lagi.
"Bo-boleh doc"
Sejuk terasa bila gel mula diratakan di permukaan perutnya. Eirene fokus melihat skrin yang berada di hujung katil. Dhurah pun ikut teruja sekali. Dia nampak...
"Tengok ni ada dua bentuk macam kekacang dekat sini" Eirene mengangguk sambil mata meneropong ke arah yang ditunjuk.
"Na-nampak doktor. Apa tu?" Soal Eirene pelik.
"Itulah baby. Puan pregnant kembar ni. Subhanallah, tahniah puan" beritahu doktor itu lagi dan terus Dhurah melompat suka. Gembiranya dia dengan berita baik yang dia baru saja dengar.
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Sonstiges1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...