JATUH kasihan melihat seketul Tengku Helena Malaiqa yang sedang duduk bersandar di katil pesakit itu. Wajah anak kecil itu pucat. Tapi bila nampak kelibat Eirene yang masuk bersama Tengku Ferhad, terus Helena senyum suka."Mommy" panggil Helena manja.
"Babygirl mommy," terus Eirene menghampiri katil pesakit. Jambak bunga itu disua pada si bapa budak terlebih dahulu.
Terpinga-pinga Tengku Ferhad menyambutnya.
"Mommy mintak maaf shayang. Mommy tak ada niat nak tinggal babygirl mommy. Mommy mintak maaf" bicara Eirene yang sudah sedikit sebak.
"Mommy, don't be sad. Helena dah okay kalau mommy kena pergi work dan tak boleh jaga Helena lagi. Daddy cakap Helena kena adil dengan mommy"
Helena tersenyum memandang wajah sedih mommynya. Makin sedih, wajah mommynya nampak makin cantik. Muka merah-merah.
"Mommy looks beautiful today" puji Helena ikhlas.
"Thankyou shayang"
Walhal, Eirene cuma pakai abaya labuh sahaja. Nak kata beria sangat pun tidak. Itu saja yang mudah.
Tangan Eirene lekapkan di leher dan juga dahi Helena. Suhu badan masih lagi tinggi. Patutlah mata si comel itu berair dan suara pun lemah saja.
"Mommy, sakit..." adu Helena yang menunjuk drip air di tangan kanannya.
Allah...
"It's okay, anak mommy kan strong girl. Sakit sekejap je. Nanti dah baik demam doktor buang la. Cepat sihat okay?" Sekilas pelipis Helena dikucup sayang.
"Mommy stay sini teman Helena tau dengan daddy? Jangan balik lagi"
"Okay shayang, mommy teman Helena sampai petang okay?" Angguk Eirene tanpa berfikir panjang.
Selama itu juga, Tengku Ferhad hanya menjadi pemerhati setia. Dia pasang telinga saja mencuri dengar perbualan dua manusia itu. Nampaknya Helena lebih selesa bercerita dengan Eirene berbanding dia. Padahal tadi waktu dengan dia, Helena diam dan merengek tidak selesa saja.
Tak ada pula nak bagitahu sakit dekat mana-mana.
Tapi tak juga dinafikan, Eirene melayan anaknya itu tak ubah macam melayan anak sendiri. Eirene Anfisa pandai mengambil hati. Itu kelebihan yang ada pada gadis itu.
"DALAM ni ada black and white atau senang cakap notice yang saya dah berhenti bekerja dengan tengku. Ada juga duit baki yang perlu saya bayar sebagai ganti rugi kerosakan kereta tengku tempohari. Tengku ambil lah" Eirene menolak sekeping sampul bersaiz A4 itu ke arah Tengku Ferhad.
Tengku Ferhad Mateen hanya beriaksi kosong. Menyambut suaan tersebut pun tidak. Malah ditolak sampul itu kepada Eirene semula.
"Kalau you nak berhenti, okay that's it. I don't need all of this" ujar Tengku Ferhad tenang.
Eirene memandang sampul tersebut dengan wajah Tengku Ferhad silih berganti.
"Tapi kenapa tengku? Tengku nak hina saya ke? Tengku ingat saya tak ada duit nak bayar semula?" Selar Eirene.
"I taknak. Anggap saja duit tu as a reward sebab you dah jaga anak I dengan baik. And I've something for you too" Dahi Eirene sudah belapis memandang bakal mantan majikannya itu tidak percaya.
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
De Todo1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...