B A B 17

45.6K 1.6K 39
                                    











EIRENE ANFISA duduk di atas bangku di sebuah taman. Tidak menunggu lama, seseorang yang ditunggunya pun tiba. Ezrin Anais datang bersama senyuman yang tidak lekang dari wajahnya. Tak seperti selalu. Abangnya nampak sangat kemas kali ini. Tidak serabut seperti selalu.

"Ada apa abang nak jumpa Eirene ni?"

"Saja nak jumpa adik abang, takkan tak boleh?" Ezrin senyum lagi dan lagi.

Pelik.

"Bukan tak boleh. Tapi takkan saja-saja kita berjumpa aje? Baik abang datang rumah Eirene. Boleh kita makan-makan. Eirene boleh masakkan untuk abang" jawab Eirene pula.

"Tak apa, abang taknak menyusahkan adik abang lagi dah. Eirene Anfisa adik abang, lepasni kalau abang dah takda, Eirene jaga diri tau. Eirene kena kuat semangat jalani hari- hari Eirene macam selalu. Eirene kena happy. Abang tahu selama ni abang dah banyak menyusahkan Eirene. Abang dah malukan Eirene dengan sikap abang ni. Abang minta maaf tau" pesan Ezrin tenang sambil tersenyum.

"Kenapa abang cakap macamni? Abang nak pergi mana pula?"

"Saja abang cakap macamni, mana tahu nanti Allah tarik abang untuk balik semula pada dia. Waktu tu kurang-kurang Eirene dah tahu kemana abang pergi" jawab Ezrin sayu bunyinya.

"Abang jangan nak mengarut boleh tak?" Bentak Eirene yang dihurung rasa tidak sedap hati.

"Mana ada abang mengarut. Kita semua milik Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita akan pergi. Eirene, terima kasih tau dah banyak sangat Eirene tolong abang. Janji dengan abang ya? Eirene kena kuat, Eirene tak boleh sedih. Halalkan makan minum abang, duit ringgit yang Eirene beri pada abang. Abang mungkin tak sempat nak bayar semula pada Eirene" Ezrin mengusap kepala adiknya penuh kasih.

"Assalamualaikum, abang pergi dulu tau"

Dengan berat hati dia mula bangun dan berlalu pergi sambil menoleh memandang adiknya sambil tersenyum lebar.

"Abang tunggu! Abang tak cakap lagi dengan Eirene abang nak pergi mana. Abang Ezrin!" Makin lama banyangan itu semakin memudar. Suara Eirene pun kedengaran sayup-sayup sahaja.

"Abang..."

"Abang Ezrin nak pergi mana?"

"Anfisa bangun. Anfisa!" Kejut Tengku Ferhad bila mendengar Eirene sudah meracau dalam tidurnya.

"Eirene Anfisa! Bangun sekarang"

Tersedar dari mimpi, Eirene mula beristighfar panjang. Ada air mata mengalir membasahi pipinya Eirene seka kasar.

"Are you okay?" Soal Tengku Ferhad sedikit risau melihat isterinya begitu.

Eirene mengangguk perlahan.

"You mimpi apa?"

"Saya mimpi abang saya. Saya risau. Dia cakap dia nak pergi, dia suruh saya jaga diri. Petanda apa tu tengku?"

"Shhh, you don't think too much Anfisa. Inshaallah tak ada apa-apa. Mimpi saja kan?" Pujuk Tengku Ferhad mahu menyedapkan hati isterinya itu.

"Tapi dah lama saya tak jumpa abang saya. Seteruk-teruk dia pun saya masih risaukan dia. Dia satu-satunya abang dan keluarga yang saya ada tengku. Saya betul-betul takut" adu Eirene sambil tersedu.

"Doa yang baik- baik Anfisa. Semoga abang you selamat dekat luar sana"

Eirene cuma diam mempertimbangkan nasihat suaminya itu.

"Sekarang, tidur. Baca al-fatihah, tiga kul dengan doa sebelum tidur tu dulu. Nanti you mimpi buruk lagi" Eirene menurut tanpa banyak soal.

"Aamiinnn..." Eirene menyapu wajahnya dengan kedua belah tapak tangan.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now