B A B 20

51.5K 1.6K 35
                                    

















BEG beg sekolah berjenama Smiggle itu di ambil dan digalaskan di bahu Helena. Anak yang nak ke sekolah, mommy dia yang excited terlebih pula. Eirene menepuk tangan gembira. Comel betul Helena menggalas beg dan juga botol air itu. Semangat betul nak pergi sekolah.

"Helena tunggu sekejap tau, mommy nak tengok daddy pula" Eirene masuk ke bilik mereka pula. Tengku Ferhad sudah pun siap. Kot berwarna kelabu itu diambil lalu Eirene menyuruh suaminya menyarungkan tangan sahaja. Selebihnya biar Eirene yang kemaskan.

"Okay, abang pun dah siap! Jom" ajak Eirene ceria.

Tengku Ferhad senyum nipis sambil membuntuti langkah isterinya dari belakang. Ceria semacam saja isterinya itu pagi ini. Semangat nak hantar Helena pergi sekolah.

"Sweetheart daddy dah ready ke nak pergi school?" Rambut tocang dua itu dimain. Tahu dah itu hasil karya siapa. Kemas dan tak kusut macam yang dia ikatkan.

"Dah daddy" jawab Helena yakin.

"Okay let's go sweetheart, mommy let's go" ajak Tengku Ferhad yang menoleh ke sisi melihat Eirene sedang menggalas beg sambil membetulkan tudungnya.

"Nanti, dekat school babygirl jangan naughty-naughty tau. Kena friendly, dengar cakap teacher. Kalau babygirl lapar ke, nak ke toilet ke Helena inform dekat teacher tau. Babygirl mommy ni good girl kan?" Pesan Eirene panjang lebar.

Sindrom mak-mak sangat.

"Okay mommy" angguk Helena bersungguh.

"You can't have a boyfriend too sweetheart" tambah daddynya pula.

"Why daddy? But if I have many boyfriends it's okay right?"

"That's a big NO" pangkah Tengku Ferhad.

"But why?"

"Because daddy jealous, Helena ada kawan lelaki. Nanti daddy takda kawan" Eirene tolong jawabkan sambil tersenyum mengusik.

"Oh okay. Nanti Helena taknak rapat dengan lelaki dekat school" Helena tekadkan azamnya.

Eirene Anfisa lah yang paling emosi melihat Helena masuk ke dalam kelas. Comel saja si kecil itu melambai ke arahnya dan juga daddy dia. Setelah urusan pendaftaran semu selesai, dia menarik tangan Eirene mengajak isterinya itu pulang. Buatnya anaknya itu ubah fikiran taknak belajar kang naya pula.

"She's doing fine Anfisa. Stop crying. Buatnya dia nak ikut kita balik macam mana?" Pujuk Tengku Ferhad mengusap bahu Eirene.

"Saya rasa Helena membesar cepat sangat. Sekejap je dah 5 tahun. Sekejap je dah masuk sekolah. Sunyilah saya nanti" luah Eirene sayu rasa di hati.

"I ada—" terus Eirene menolak Tengku Ferhad menjauhinya.

"Abang buat lawak ke? Abang tu Eirene tanya sepatah, abang jawab sepatah. Tu tak kira lagi time abang kerja. Nyamuk pun takut nak lintas depan abang. Serius aja memanjang" kutuk Eirene macam bertih goreng.

Tengku Ferhad senyum pasrah.

"You kenal I dari awal, I ni seorang yang talkative macam you ke sayang?" Soal Tengku Ferhad pula.

"Tak, dulu abang macam singa. Sekarang dah ada improvement la sikit. Sikit je la tak banyak" jawab Eirene bersama gaya tangan 'sikit'nya itu.

Comel.









BUKU surah Yaasin ditutup. Tengku Ferhad mengusap batu nisan yang sedikit berlumut itu lantas dia menghadiahkan senyuman saat memandang nama yang terukir di batu nissan tersebut. Bulan Julai nanti, genap 5 tahun arwah pergi meninggalkannya.

Godaan Encik Suami [C]Where stories live. Discover now