EIRENE mengangkut anak dan suaminya sekali ke kedai bunga. Disebabkan Tengku Ferhad masih diberikan cuti sakit dan Helena pula dapat cuti peristiwa dari si bapa sendiri. Seronok lah tuan puteri sorang tu. Kebetulan, Dhurah mintak cuti hari ini untuk dia but persiapan perkahwinan. Jadi Eirene tak sunyi sangat dekat kedai.Tengku Ferhad duduk di sofa yang ada sambil menghadap tab nipis di tangan. Tubuhnya saja bercuti, tapi otaknya perlu bekerja. Laporan mingguan masih belum disemak. PA pula diberi cuti.
"Hi, you Eirene Anfisa right?"
Semedan Tengku Ferhad sudah panggung kepala melihat ada suara garau sumbanv yang menyapa isterinya. Dia duduk di situ dan perhati saja.
"Yes. Why, kenal saya ke?" Soal Eirene penuh kejanggalan. Mahunya tidak, lelaki tersebut duk buat muka macho macam tengah test market.
"You junior I masa dekat highschool dulu. I'm Fateh Aayad. Remember?"
"Oh I see... jadi bunga ni senior Fateh nak beri untuk siapa? Nak wish card tak?" Soal Eirene sambil tangan tangkas membuat kerja. Sekekap saja nak hampir siap.
"Oh that's for my mom. Don't worry I'm still single. How about you? Dah lama dah buat business?" Tanya si Fateh itu lagi. Ramah pula ajak boraknya sampai tak ingat orang belakang.
"Alhamdulillah, dah nak masuk tahun kedua I buka kedai ni. And cafe sebelah tak sampai setahun lagi" jawab Eirene.
"Oh, congrats then. You still single?"
Soalan kedua itu buatkan Eirene terpinga sekejap. Kemudian dia tersenyum. Helena nampaknya faham akan assignment mommynya terus dia datang memeluk Eirene.
"Mommy..."
"Yes shayang mommy?" Eirene mengusap kepala Helena penuh kasih. Giliran Fateh Aayad pula tergamam.
What mommy?
"Your daughter?" Soal Fateh terus. Eirene angguk laju sambil senyum.
"Yes, belakang tu husband I" Eirene menunjuk ke arah Tengku Ferhad yang sedang mencerun tajam ke arah lelaki sesat nak try bini dia itu. Dah la Eirene duk senyum.
Panas je dia.
Fateh tunduk sedikit kepada Tengku Ferhad. Mungkin kerana kesal sebab tersalah try bini orang.
"Oh sorry, I thought you still single. Sorry again" Fateh meminta maaf di atas sikap keterlaluannya itu.
"It's okay senior Fateh. Saya doakan senior saya dipertemukan jodoh yang baik- baik" balas Eirene pula.
"Aamin. Okaylah, I need to go now. Thanks Eirene, and mister, I'm sorry. My bad..." ujar Fateh sebelum keluar dari kedai itu. Tengku Ferhad mengangguk dengan reaksi wajah yang kosong.
Eirene menjeling Tengku Ferhad yang sedang tunduk menghadap tab nipis itu. Tadi sebaik seniornya itu keluar, Eirene nampak suaminya geleng kepala tak puas hati. Cemburukah?
DI DALAM kereta pun masing-masing melayan perasaan sendiri. Tengku Ferhad harini macam berat mulut pula. Dahla serius semacam saja. Terpaksalah Eirene berhibur dengan Helena saja. Sampai di rumah, Tengku Ferhad terus naik ke atas.
"What's wrong with daddy, mommy?" Soal Helena yang turut perasan melihat si bapa bagai tiada mood hari ini.
"Daddy jealous. Tak apa, shayang jangan risau okay? Nanti mommy pujuk daddy. Nanti daddy keluar bilik, daddy dah happy"
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...