AGAK struggle untuk Eirene berjalan dengan memakai dress labuh itu masuk ke dalam hotel. Sampai di depan grand ballroom, Eirene rasa berdebar tiba-tiba. Tak ada sorang pun yang dia kenal dekat sini. Dah la semua orang pakai cantik- cantik gila malam itu.Seketul Eirene Anfisa tengah insecure.
Dua tiga kali Eirene berfikir sama ada mahu keluar semula atau tebalkan muka masuk ke dalam dewan.
Ahhh! Malunya aku.
"Eirene Anfisa, is that you?" Seru seseorang yang memanggil nama penuhnya. Teragak-agak Eirene mahu menoleh ke belakang.
"Eh tengku"
"Kenapa you tak masuk?"
"Erk saya baru plan nak balik. Saya malulah tengku. Tadi tak malu sangat. Ini tak ada sorang staf pun yang saya kenal. Pishanglah saya" Ujar Eirene dengan wajah yang tidak selesa bila dirinya menjadi tumpuan orang yang lalu lalang.
"What? You ni pelik-peliklah Anfisa"
"Hm begitulah kira-kiranya tengku. Saya cuak ni" jawab Eirene.
"Come, follow me. Kita masuk sama-sama" ajak Tengku Ferhad bunyinya dingin tetapi wajahnya biasa saja.
Eirene pun mengekor dari belakang.
Rata-rata jemputan yang hadir semua memandang ke arah mereka berdua. Eirene berjalan sambil memandang carpet merah di lantai sehingga tak perasan yang Tengku Ferhad dah berhenti melangkah. Tiba-tiba saja dia dan nampak kasut kulit berkilat di atas karpet merah itu.
"E-ehhhh!" Eirene hilang pertimbangan saat mengelak dari mencium tubuh gagah lelaki itu.
Kasut tumit tingginya juga samgat tak menyelamatkan keadaan."Mommy!"
"Anfisa!" Mujur dia sempat memaut pinggang gadis itu. Kalau tak mungkin Eirene dah selamat jatuh disambut lantai marmar yang keras tak boleh bawak bincang itu.
Kalut Eirene menstabilkan tubuhnya semula. Dipandang sekeliling mujur staf-staf tengku Ferhad dah mula bangun pergi ambil makanan.
"Ya Allah, maaf tengku maaf! Saya tak sengaja" tuhan saja yang tahu malunya Eirene tika itu.
"It's okay, hm duduklah. Kejap lagi bonda dengan ayahanda I sampai" Eirene tegenap sebentar.
Bonda?
Ayahanda?
Maknanya Eirene makan semeja dengan keluarga Tengku Ferhad kah? Astaghfirullah ya Allah, janganlah kau debarkan hati hambaMu ini.
"Duduklah sis, situ sebelah Helena tu kosong" ajak Tengku Firhaz yang sememangnya terlajak ramah itu.
Dalam diam, dia memuji kecantikan bekas pekerja abangnya itu. Patutlah Tengku Ferisha cakap cun, dah jumpa depan-depan macamni memang cantik pun orangnya.
Beautiful beyond expectations.
"Yeay, my beautiful mommy dah datang" sorak Helena ceria.
"Yeayy! Cantiknya babygirl mommy malam ni. Siapa buat baju?" Tak segan lagi Eirene mahu mencium pipi Helena. Si kecik itu pun menyeringai suka.
"Daddy belikan" Helena menunjuk daddynya yang sedang berdiri menunggu kehadiran tetamu kehormat itu.
"Oh. Rindu mommy tak?" Sengaja Eirene menduga.
"Of course! Helena miss you so much mummy" selepas itu si kecil itu mula memeluk tubuh Eirene melepaskan rindu.
"Erk nak tanya, tak apa ke saya duduk sini? Saya kan cuma—"
"Tak apa sangat-sangat sis. Lagipun, kalau nak suruh duduk sana semua dah reserve cukup-cukup untuk staf" potong Tengku Ferisha sambil menguntum senyum.
YOU ARE READING
Godaan Encik Suami [C]
Random1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Mateen berfikir dua tiga kali juga untuk jatuh cinta semula. Perwatakan unik yang ada pada Eirene memb...