Special Chapter | LAR

58.8K 2.8K 1.3K
                                        

HARI demi hari berlalu dengan pantas. Kehidupan Nayra dan Aish semakin bahagia dengan kehadiran anak-anak mereka itu. Sudah 3 bulan berlalu sejak Nayra telah pun selamat melahirkan kedua orang anak kembar tidak seirasnya.

Anak pertama mereka adalah seorang bayi lelaki yang diberi nama Rafeeq Zafran manakala anak kedua mereka yang lahir selang beberapa minit adalah perempuan,Naisya Zafeeya.

Nayra bersyukur kerana sepanjang mereka menjadi ibu bapa, Aish menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah yang baik. Dia tidak pernah mengeluh walaupun dia terpaksa berjaga setiap malam untuk menjaga anak kembarnya itu.

Nayra mendukung Rafeeq dalam dakapannya sementara Aish pula menidurkan Naisya yang baru ingin terlelap di atas katil mereka. Setelah sudah menidurkan Naisya, Aish duduk di samping Nayra.

"Kalau sayang penat, sayang rehatlah lepas ni. Biar abang yang jaga Rafeeq dan Naisya." Aish menyuruh dengan tatapan layu. Dia pun tak cukup rehat sebenarnya.

"Takpa. Abang pun penat kan."

"Tak sepenat sayang. Sayang tu tak cukup rehat. Patutnya sayang kena jaga kesihatan." Sungguh Aish merisaukan keadaan isterinya itu. Apatah lagi lelah harus menjaga dua orang bayi sekaligus.

"Rafeeq ni tak nak lepas dari kena dukung. Kalau Nayra letak dia dekat bawah, mesti dia nangis."

"Alahai anak papa ni, kenapa manja sangat hm? Sian mama dia tak cukup rehat." Lembut saja nada suara Aish menegur anaknya itu.

Rafeeq memandang wajah papanya itu sambil tersenyum. Papa dia pun sama juga manja, nak mengata dia pula!

"Sini biar papa pula dukung." Aish mendepakan tangannya.

Nayra menyerahkan Rafeeq kepada Aish. Lekas Rafeeq merengek sambil memandang wajah Nayra seakan meminta untuk diambil semula.

"Aip,tak jantan lah anak papa ni.Lelaki mana boleh manja and kuat nangis." Aish mengusap lembut pipi anaknya itu untuk memujuk.

"Eleh papa dia pun sama juga. Ni kes ikut perangai papa dialah ni," perli Nayra sambil menggelengkan kepala.

"Papa dia takpa. Ni isteri papa bukan isteri Rafeeq. Kalau Rafeeq nak bermanja, Rafeeq carilah calon, lepas tu kahwin."

Nayra segera menampar lembut paha suaminya. Adakah patut dia suruh anaknya yang baru lahir itu untuk mencari calon isteri? Bertuah punya suami!

Semakin kuat tangisan Rafeeq kedengaran. Dia nak mama bukan papa! Akibat terlalu kasihan, Nayra mengambil semula Rafeeq ke dalam dakapannya. Automatik anak kecil itu diam dan tersenyum suka.

"Amboi banyak cantik muka kau eh.Dengan bini aku auto diam.Pilih kasih betul!" Terselit nada merajuk di dalam suara Aish.

"Hahaha abang ni pun. Biarlah dia nak bermanja dengan mama dia. Bukan salah pun." Nayra tersenyum lebar melihat wajah comel anaknya itu. Mengada dia sama macam papa dia!

"Salah! Abang nak juga bermanja dengan sayang. Rindu hmm." Rengek Aish sambil membuat muka comelnya.

"Elelee tak payah mengada."

Nayra mengucup sekilas pipi gebu anaknya itu. Comel sangat! Nanti dah besar mesti handsome macam papa dia.

"Sayang tidurkanlah dia cepat-cepat. Abang nak juga kena peluk," pinta Aish sambil menguis-guis kaki Nayra. Mula dah perangai manja dia datang.

"Tak nak."

"Alaaa sayang.Nak sayang dodoikan abang." Rengek Aish dengan manjanya.

"Abang dah besar kan, dah jadi papa orang dah pun. Tidurlah sendiri."

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang