USAI menunaikan solat Subuh, Aish membaringkan badannya di atas katil. Skrin telefon pintar ditatap. Nayra pula duduk di birai katil berhampiran dengannya.
"Saya rasa ada something yang awak kena bagi tahu saya." Nayra mulakan perbualan dengan riak wajah tidak berpuas hati.
"Apa?" soal Aish agak malas. Matanya masih setia menatap telefon.
"Betul ke apa yang Wana cakap tu? Awak model?" soal Nayra seakan tak percaya. Hairan bagaimana Aish boleh jadi model?
"Erm bekas model." Aish mengiyakan saja.
"Kenapa awak tak bagitahu saya?" Nayra merenung wajah Aish walaupun suaminya itu tidak memandangnya.
"Perlu ke? Kisah lama kan, lagipun buat apa aku nak cerita dekat kau?" balas Aish mendatar. Malas nak ungkit masa lalunya.
"Saya kan isteri awak?" kata Nayra perlahan. Agak malu juga dia ingin mengatakan hal itu.
"Isteri sementara ja pun." Mata Aish menikam tajam mata isterinya itu. Dia ingin ingatkan kenyataan itu agar Nayra tak lupa akan kesepakatan mereka.
Nayra diam seketika. Hatinya terasa namun dia sudah terbiasa. Dia ukirkan senyuman tipis menutupi luka di hati.
"Awak bagi tahu jelah."
"Tak penting pun kau tahu pasal kisah silam aku," balas Aish dingin.
"Tapi saya berhak tahu!" desak Nayra.
"Kau tak layak tahu!" Aish terduduk dari perbaringannya. Kesabarannya diuji lagi.
"Aish, saya tetap nak tahu juga! Kenapa awak berhenti jadi model?" Nayra hanya ingin mengetahui kebenaran. Salah ke?
"Aku dah cakap kau tak perlu tahu!" bentak Aish agak geram dengan Nayra.
"Macam mana boleh dari model tukar jadi chef?" soal Nayra tanpa menghiraukan bentakan suaminya itu.
"Nayra!" tengkingan Aish itu membuatkan Nayra sedikit tersentak namun dia sudah terbiasa.
"Betul lah kan apa yang saya nampak hari tu? Cover dekat majalah tu wajah awak?" soal Nayra tidak ingin menyerah.
"So?"
"Awak cerita lah sikit. Saya nak tahu," pujuk Nayra tanpa henti. Aish mengeluh kecil.
"Suatu hari nanti, tunggu aku dah ready. Waktu tu aku akan ceritakan semuanya pada kau." Aish memberi kata putus. Entah hari itu akan tiba atau tak, dia tak pasti.
"Erm yelah. Janji?" Nayra menghulurkan jari kelingkingnya.
"Janji." Aish memautkan jari kelingkingnya pada jari kelingking isterinya.
Setelah lama berdiam diri, Aish berdehem seketika sebelum kembali bersuara.
"Aku dah pernah cerita pasal masa lalu aku, apa kata kau cerita pasal ex kau yang semalam tu." Nayra terkedu mendengar permintaan Aish itu.
"Kenapa awak nak tahu?" soal Nayra agak tak suka.
"Tak boleh ke?"
"Awak tak perlu tahu lah. Masa lalu biarlah masa lalu, jangan dikenang," ucap Nayra dengan sedikit sindiran di situ.
"Tak adil lah. Cerita jelah alasan korang putus ke?" desak Aish pula sengaja ingin membalas semula perbuatan Nayra tadi.
"Saya tak nak sebarkan aib Nafis," ucap Nayra perlahan sambil menundukkan wajahnya. Kedua belah tangannya digenggam kuat.
"Hah? Maksud kau?"
"Awak tak perlu lah tahu ya?" pinta Nayra sedikit memujuk di situ.
"Bagi tahu aku sekarang!" Nada tegas mula digunakan oleh Aish. Perasaan ingin tahu kian membuak dan dia tak suka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Aish Rayhan | C
Romantika1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...
