BUTIK menjadi tempat pertemuan Nayra dan Aish. Mereka hanya ingin memilih baju nikah. Kedua belah pihak keluarga mereka sudah tahu akan pernikahan mengejut itu. Hubungan mereka juga direstui tanpa banyak songeh.
"Pilih jelah mana yang cantik. Lagipun nak pakai sekejap ja," ujar Aish setelah sekian lama Nayra membelek-belek pakaian di dalam butik itu. Letih menunggu.
"Masalahnya, semua cantik." Nayra menjuihkan bibirnya. Rambangnya mata melihat pakaian yang ada di sana.
"Belilah semua."
"Amboi nak beli terus untuk bakal madu saya ke apa?" perli Nayra dengan tatapan curiga. Tahulah bakal suaminya itu masih mencintai seseorang.
"Cuba pakai yang ni." Aish memilihkan sepasang baju pengantin untuk Nayra.
"Erm yelah. Tunggu sini." Nayra masuk ke dalam fitting room. Tak lama, dia keluar menghadap Aish yang membelek majalah.
"Aish!" Aish dongakkan kepalanya tatkala Nayra memanggil. Dia terpana melihat kecantikan bakal isterinya yang sedang memakai baju gaun pengantin itu. Rasa dejavu hadir.
"Ray!" Mendengar Reen memanggilnya, Aish terus menatap ke arah Reen yang memperagakan baju gaun pengantin yang dipakainya.
"Cantik tak? Aish? Aish!" soal Nayra sambil melambaikan tangan di mata Aish apabila perasan lelaki itu termenung.
"Hah? Haah oklah tu," jawab Aish lalu berdehem seketika. Kenapa dia harus teringat Reen sekarang?
"Saya nak baju ni."
Selepas membeli baju pengantin, mereka berjalan beriringan di dalam sebuah pusat beli belah untuk membeli cincin nikah.
"Lelaki tu masih kacau kau?" soal Aish sekadar basa basi.
"Lepas malam dia cuba langgar saya, dia tak ada munculkan diri." Nayra risau ke mana Khairul pergi menghilang tanpa jejak? Pandainya lelaki itu bersembunyi.
"Oh baguslah tu."
Aish menghentikan langkahnya di depan sebuah kedai buku. Kenangan bersama seseorang mula bermain di fikirannya.
"Ray, Reen nak beli majalah ni boleh tak?"
"Eh tak payahlah. Dekat rumah kan ada banyak majalah yang muka model tu." Aish merampas majalah dari tangan Reen lalu diletakkan semula ke tempat asal.
"Alaa nak tambah koleksi lagi."
"Reen, Ray tak suka Reen membazir duit untuk beli benda yang tak berfaedah."
"Erm okay fine!" Reen cebikkan bibir.
"Janganlah merajuk. Tak perlu tengok muka model tu. Aku kan lebih handsome daripada lelaki tu." Dengan selamba Aish memujuk. Dia memang yakin diri.
"Eleh perasan!" Tawa Reen terhambur. Tapi memang kacak pun.
"Betullah kan, cuba Reen tengok muka Ray yang handsome ni."
"Tak handsome pun."
Mereka tertawa bersama. Indahnya saat itu. Andai sekali lagi mereka diberi kesempatan untuk kembali bersama, Aish takkan sia-siakan peluang itu.
"Aish? Aish!" panggil Nayra separuh menjerit. Lekas Aish menoleh ke arahnya dan tersedar dari ingatan lama.
"Kenapa awak berhenti dekat sini? Nak singgah beli buku ke?" Nayra memandangnya hairan. Lama betul lelaki itu termenung.
"Err tak. Jom."
Nayra ikuti saja langkah Aish meski banyak tanda tanya. Sepanjang hari, raga lelaki itu ada tapi jiwanya seakan pergi ke tempat lain. Nampak sangat Aish masih belum move on dari sesorang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Aish Rayhan | C
Romantika1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...
