"Awak nak bawa saya pergi mana? Ni bukan jalan menuju restoran, kan?" Nayra memerhatikan jalan sebelum dia menatap sisi wajah Aish yang memandu. Tadi kata nak minta temankan buat kerja dekat restoran tapi sekarang melencong tempat lain pula.
"Tengok jelah nanti," balas Aish selamba.
Beberapa minit kemudian, Aish menghentikan keretanya di sebuah taman.
"Jom."
Mereka keluar dari kereta lalu berjalan beriringan menuju ke tempat untuk menyewa basikal.
"Kau pandai kayuh basikal tak?" soal Aish dalam perjalanan menuju ke tempat penyewaan itu.
"Pan--- Eh, tak pandai." Tapi bohong. Tak romantiklah kalau berbasikal sendiri-sendiri.
"Tak apa, kau tumpang aku ja." Mendengar ajakan Aish, Nayra mengangguk sambil menahan senyumannya.
Sebuah basikal disewa. Nayra duduk di tempat duduk penumpang belakang lalu dia meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu Aish.
"Pegang kuat-kuat," pesan Aish sebelum memulakan perjalanan mereka. Aish mengayuh basikalnya selaju yang mungkin. Sengaja nak mengusik isterinya itu.
"Aish, janganlah laju sangat!" jerit Nayra lalu dia merangkul pinggang Aish akibat takut terjatuh.
Aish biarkan saja. Angin sempoi-sempoi pada pagi itu sungguh menenangkan jiwa. Kelajuan basikal dikurangkan apabila isterinya itu tak berhenti membebel dari tadi.
"Kau okey tak?" soal Aish prihatin.
"Tak okey! Siapa suruh bawa laju sangat eee!" Nayra berasa geram tapi pada masa yang sama dia suka sebab dia boleh mengambil kesempatan memeluk badan sasa suaminya itu.
"Tak best lah kalau slow."
"Masalahnya, kalau saya jatuh tadi macam mana?" soal Nayra tegas.
"Masalah kau ke masalah aku?" balas Aish selamba.
"Aish!" Nayra mencubit perlahan perut suaminya itu. Aish mengerang kesakitan seketika. Boleh tahan kuat!
"Bawa laju lagi ke tak?" ugut Nayra dengan suara dibuat-buat marah.
"Bawa lajulah!" kata Aish tanpa takut.
"Aish!" Sekali lagi dia mencubit perut suaminya itu. Geram.
"Gurau je, gurau!" jerit Aish menahan sakit. Boleh tahan pedas juga cubitan sang isteri!
Kali ini, mereka menikmati pemandangan taman itu dengan lebih santai. Nayra tak melepaskan rangkulannya pada pinggang suaminya itu. Biarlah, bukan selalu dapat peluk free.
"Aish..."
"Hm?"
"Kenapa tiba-tiba ajak saya pergi sini?"
"Saja nak hiburkan kau, kesian kau bosan duduk kat rumah ja kan," jawab Aish jujur.
"Aww so sweet, I like I like hehe!" Nayra bersorak sambil tersenyum lebar. Makin jatuh cinta pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Aish Rayhan | C
Romantika1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...
