Nayraish | 55

49.9K 2.5K 1.3K
                                        

BERULANG-ALIK Nayra melangkah akibat merasa tidak sedap hati. Entah kenapa dia tidak tenang ketika itu. Fikirannya hanya dipenuhi dengan Aish. Dia risau akan keadaan suaminya itu.

Telefon pintar dihidupkan. Tiba-tiba ada nombor yang tidak dikenali mendail nombornya. Dia berfikir seketika sebelum mengangkat panggilan itu.

"Hello?"

"Puan ni ahli keluarga Encik Aish Rayhan ke?" soal seorang lelaki di hujung talian.

"Ya, dia suami saya. Kenapa ya?" agak berdebar Nayra ketika itu.

"Pihak kami ingin memaklumkan bahawa suami puan terlibat dalam kemalangan jalan raya."

"Ya Allah." Semakin berdebar jantung Nayra mendengar berita buruk itu.

"Maafkan kami tapi suami Puan tidak sempat diselamatkan kerana dia telah ditemui meninggal dunia di lokasi kemalangan."

"Hah?" Hampir jatuh pegangan telefonnya mendengar perkataan meninggal dunia itu.

"Boleh tak Puan datang ke hospital untuk pengurusan jenazah?"

Nayra tekup mulutnya tanda tidak percaya dengan kenyataan itu. Tubir matanya mula panas namun ditahan. Setelah mendapat lokasi hospital, Nayra memecut keretanya ke tempat itu.

Tiba di hospital, dia bergegas keluar dari keretanya. Kawasan bilik mayat menjadi tempat dia kunjungi. Kelihatan beberapa orang pekerja hospital berdiri di luar bilik itu. Nayra melangkah dengan lemahnya menghampiri pintu bilik mayat itu.

Seorang pekerja lelaki membukakan pintu untuknya lalu dia pun masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan sekujur tubuh telahpun terbaring di atas katil ditutupi dengan kain putih. Nayra cuba menahan air matanya. Dia masih tidak percaya mayat itu adalah Aish.

Nayra menghampiri katil itu lalu dia membuka kain putih itu secara perlahan-lahan.Melemah lututnya tatkala melihat wajah pucat suaminya itu.Air mata yang ditahan jatuh juga mengalir menghiasi pipinya.

"Ya Allah..." Sungguh Nayra tidak percaya.

Hatinya hancur berkecai melihat mayat Aish itu. Baru sahaja tadi dia melihat lelaki itu bernafas namun sekarang sudah tidak bernyawa. Begitu cepat Aish meninggalkannya tanpa berpamitan.

Benarlah bahawa kita tak tahu bila Allah akan ambil orang yang kita sayang. Boleh jadi hari ini kita tertawa bersama namun esok kita menangis meratapi pemergiannya.

Tangannya naik mengusap pipi Aish yang jelas tercalar itu. Terasa sejuk saja pipi Aish. Wajahnya kelihatan sungguh tenang. Mungkin dia pergi dalam keadaan yang baik.

"Aish..." Bergetar hebat suara Nayra menahan sebak. Ya Allah, dugaan apakah ini?

"Aish,maafkan saya..Please jangan tinggalkan saya.." semakin lebat air matanya mengalir.

Perbualannya dengan Aish suatu ketika dahulu kembali bermain di fikirannya.

"Nayra... Kalau ada apa-apa jadi dekat aku, kau jaga diri baik-baik tau."

"Aip kenapa cakap macam tu?"

"Kalau kita berpisah sekalipun, tolonglah lawat aku sekali-sekala," pesan Aish lagi tanpa menjawab pertanyaan Nayra. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.

"Apa maksud awak?" Nayra mula panik. Melihat riak wajah serius Aish, dia takut.

"Nanti, di akhir nafasku lihatlah aku buat kali yang terakhir." Seakan ada maksud tersirat, Aish ungkapkan ayat itu.

"Aish, janganlah cakap macam tu." Tegas Nayra bersuara. Dia tidak suka topik kematian walaupun dia tahu setiap yang bernyawa pasti akan mati juga.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang