Nayraish | 28

45.6K 2.6K 489
                                        

MEREKA menunaikan solat subuh seperti biasa namun dingin saja suasana pada pagi itu. Nayra masih terkilan namun dia tidak ingin merajuk kerana dia tahu Aish tidak akan memujuknya.

Biarlah dia memujuk diri sendiri. Lagipun dia sedar dia bukanlah siapa-siapa dalam hati suaminya itu.

"Aish... Saya nak minta izin nak keluar nan..." belum sempat Nayra menghabiskan ayatnya, Aish segera memintas.

"Pergi jelah. Tak perlu minta kebenaran aku lagi lepas ni." Dingin saja nada suara Aish. Dia masih membelakangi Nayra.

"Erm betul ni?" soal Nayra meminta kepastian. Takut pula nanti dimarah lagi.

"Ya. Mulai hari ni, kita buat hal masing-masing. Aku hanya akan lindungi kau bila kau dalam bahaya. Selebihnya, pandai-pandai lah kau hidup berdikari. Kau bukan budak kecil lagi." Lembut saja Aish bersuara tetapi masih terasa kasar di pendengaran Nayra.

"Saya nak pergi rumah Alya nanti," ujar Nayra sekadar mengisi kesunyian.

"Ada aku tanya ke?" balas Aish dingin.

"Saya bagitahu ja." Nayra tersenyum hambar. Dia sudah terbiasa makan hati setiap hari.

"Tak nak tahu pun."

"Awak nak perang dingin dengan saya ke apa ni?" soal Nayra sedikit geram.

"Bila masa kita berperang? Ada kau nampak aku bawa pedang ke?" balas Aish selamba dengan muka seriusnya.

"Aish, awak masih marah ke?"

"Tak. Aku cuma jaga batas antara kita supaya kau tak perasan," jawab Aish jujur.

"Awak serius dengan ucapan awak semalam?" Nayra berharap semua ucapan Aish semalam itu adalah mimpinya saja.

"Pernah ke aku main-main?" soal Aish kembali.

"Yelah saya nak turun dulu. Nak buat breakfast untuk awak."

Setelah membuka telekung, Nayra melangkah keluar dan bersandar di depan pintu bilik itu. Mulut ditekup menahan sebak di dada.

"Ya Allah, aku tak kuat. Bantulah hamba-Mu ini. Aku tak nak bercerai dengan Aish. Tolong lembutkanlah hati Aish." Hanya berdoa yang mampu dilakukan oleh Nayra.

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

MENDENGAR luahan hati Nayra, Alya turut bersimpati. Sungguh dia tidak menyangka kisah cinta Nayra lebih rumit dari kisahnya.

"Kau tak benci dia?" soal Alya, dia pula yang terlebih emosi apabila mendengar setiap ayat yang Aish lontarkan kepada Nayra itu.

"Aish berjaya buat aku terluka tapi dia gagal buat aku benci dia." Nayra tersenyum sepahit hidupnya. Ketika perasaan cinta lebih besar, maka tiada kebencian yang hadir.

"Nay, aku tak nak kau selalu terluka macam ni. Kau layak bahagia, Nay," kata Alya ingin menyedarkan Nayra agar tak terus mencintai lelaki yang salah.

"Tapi dia sumber kebahagiaan aku, Lya. Dia yang memberi luka, dia juga yang menyembuhkan aku." Dulu Aish sangat baik dengannya namun entah kenapa lelaki itu berubah di pertengahan perkahwinan mereka.

"Aku sayang dia. Terlalu sayang sampai aku pentingkan diri sendiri. Aku tak nak lepaskan dia. Aku nak jadi orang yang buat dia tersenyum." Setiap tutur kata Nayra itu adalah ikhlas dari dalam lubuk hatinya.

"Aku nak sembuhkan semua luka dia tapi aku tak mampu. Aku tak mampu sebab bukan aku perempuan yang dia mahu." Berat mulutnya menuturkan kenyataan pedih itu. Nayra bukan wanita pilihan Aish.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang