Nayraish | 66

51.7K 2.5K 980
                                        

ZIDAD telahpun menyerahkan diri kepada pihak polis sebaik sahaja dia menemui Aish tempoh hari. Dia masih lagi dalam proses menunggu untuk menerima hukuman atas semua kesalahan jenayah yang pernah dilakukannya dulu.

Ziyad hanya mampu pasrah dengan semua hukuman yang akan diberikan pada perbicaraan mahkamah nanti. Kemungkinan besar dia akan dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana telah membunuh dengan niat tapi masih banyak masa sebelum hukuman dijalankan nanti.

Kini Ziyad telahpun berubah ke arah kebaikan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya sempat juga dia bertaubat sebelum dia mati nanti. Semua ini berkat pesanan dari arwah Harith.

"Ya Allah, aku tahu aku tak layak di syurga tapi aku takut dengan seksa api neraka. Tolong terima taubat pendosa sepertiku ini. Aku ingin bertemu semula dengan sahabat akhiratku. Aku nak minta maaf dekat arwah Rith. Berikan lah aku peluang, Ya Allah."

Ziyad mengusap wajahnya sekaligus mengesat air matanya. Semakin dia mendalami agama Islam, semakin dia merasa dirinya jahil. Sepanjang dia berada di penjara itu, dia berguru dengan salah seorang ahli penjara yang agak berilmu dalam agama.

Selama ini ayahnya tidak pernah memberikannya ajaran agama yang mencukupi sehingga mengakibatkan dia menjadi manusia yang tidak berguna.Hal ini kerana ayahnya,Tuan Ilham lebih memberikan masa untuk perempuan simpanan dan anak scandal nya itu tanpa mempedulikan Ziyad.

Sedang ralit Ziyad beristighfar di atas sejadah, seorang anggota polis membuka besi longkap itu lalu dia mengarahkan Ziyad untuk keluar. Ziyad hanya mengikuti arahan tanpa membantah. Mereka pun berjalan menuju ke ruangan melawat.

Langkah Ziyad terhenti apabila dia melihat wajah Aish dan Nayra. Nayra hanya tersenyum tipis kepadanya manakala Aish hanya menundukkan wajahnya memandang lantai.

Ziyad pun mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan berhadapan dengan tempat pelawat. Aish mengumpulkan semua kekuatannya sebelum dia menatap wajah Ziyad.

"Ni Nayra ke?" soal Ziyad seakan tak percaya.

"Haah saya masih hidup." Nayra tak menyalahkan Ziyad atas apa yang terjadi. Dia faham pasti ada alasan di sebalik perbuatan lelaki itu.

"Alhamdulillah. Maafkan saya tau sebab dah langgar awak." pinta Ziyad dipenuhi perasaan bersalah. Nasib baik dia sempat minta maaf dekat Nayra sebelum dia mati nanti.

"Takpa, saya dah maafkan awak."

"Kenapa korang baik sangat dekat aku? Rith, kau dan Nayra. Aku dah aniaya korang but why korang masih layan aku dengan baik?" soal Ziyad dengan sebaknya.

"Sebab aku faham kau. Kita ni hanya manusia biasa. Siapalah kita nak membalas perbuatan sesama manusia? Cukuplah kami doakan semoga kau berubah ke arah kebaikan," kata Aish selembutnya. Dia tidak ingin menyalahkan Ziyad sepenuhnya dan dia sudah merelakan semua yang telah terjadi.

"Kita perlulah saling memaafkan kerana setiap manusia takkan pernah lari daripada melakukan silap dan dosa. Lagipun sedangkan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, takkanlah insan kerdil macam aku ni nak berdendam dengan kau sampai mati kan?" 

Ziyad menundukkan wajahnya seketika. Dia sangat menyesal kenapa telah menganiaya insan sebaik Aish, Harith dan Nayra. Dia paling menyesal kerana telah menyeksa Aish selama ini tapi Aish masih mampu melayannya dengan baik tanpa berniat ingin membalas semua perbuatannya itu.

"Kau masih sahabat aku, Yad." kata Aish menahan sebaknya.

"Maafkan aku, Ray. Banyak dosa aku dekat kau," rayu Ziyad lalu menatap wajah kawannya itu dengan perasaan bercampur baur. Sungguh dia menyesal.

"Takpa, aku dah mula maafkan kau. Selebihnya urusan kau dengan Allah. Minta ampunlah kepada Allah sepuasnya." Hanya mendoakan yang mampu Aish lakukan agar kawannya itu tak makin sesat.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang