AISH berdiri lalu dia mencempung tubuh Nayra. Kaki diatur menuju ke bilik tidur mereka. Setelah tiba di bilik, Aish menutup pintu menggunakan sebelah kakinya lalu dia melangkah ke katil.
Tubuh Nayra didudukkan di birai katil secara lembut. Rambutnya yang jatuh menjuntai menutupi dahi diselak ke belakang. Nayra semakin mencair di tempatnya melihat kekacakan Aish itu.
"Aish..."
"Ulang balik ayat kau tadi," kata Aish yang berdiri di depannya dengan nada tegas.
"Err.. Tak.. Saya gurau jelah." Nayra mula gugup melihat riak wajah tegang sang suami.
"Siapa jantan tu? Kalau kau nak sayang dia, langkah mayat aku dulu." Aish bertanya dengan nada ugutan.
"Aish... Awak dah salah faham." Gelabah teruk Nayra ketika itu.
"Then explain."
"Aqib tu Attah lah." Aish mengangkat keningnya tanda tidak faham.
"Nama penuh dia Fattah Aqib. Salah ke nak sayang anak buah sendiri?" terang Nayra sambil membuat muka comel meminta simpati. Dia tak suka jika Aish marah-marah macam dulu.
"Tak tipu?" soal Aish dengan manjanya.
"Sumpah tak." Nayra turut mengangkat tangan kanannya.
Aish pun duduk di sebelah Nayra. Nayra menatap wajah monyok suaminya itu dengan rasa takut.
"Awak marah ke?" soal Nayra gugup. Aish hanya mendiamkan diri.
"Aish..." Nayra mengusap lembut lengan kekar suaminya itu untuk memujuk namun tiada respons.
"Aish..." Masih tiada respons.
"Aish.." Nayra agak terkejut apabila Aish mula mengalirkan air matanya.
"Aish..Kenapa nangis?" soal Nayra agak risau.
Tanpa menjawab soalan, Aish berpusing menghadap Nayra lalu dia melentokkan kepalanya di ceruk leher isterinya itu. Terasa basah leher Nayra akibat air mata Aish yang mengalir itu. Nayra pun memeluk tubuh Aish sambil mengusap belakang badannya untuk menenangkannya.
"Kenapa ni hmm?" soal Nayra penuh prihatin.
"Aku sayang kau." ucap Aish dengan suara manjanya. Tangannya turut memeluk erat tubuh Nayra.
"Saya pun sayang awak."
"Aku tak nak kau sayang lelaki lain. Aku tak sanggup tengok kau bahagia dengan lelaki lain." kata Aish dengan sebaknya. Semakin menjadi-jadi manjanya.
"Tak pun. Saya gurau jelah tadi," pujuk Nayra dengan lembut.
"Dulu aku terpaksa lepaskan kau dan izinkan kau untuk cari lelaki lain tapi aku tak pernah rela pun nak buat semua tu." Luah Aish sejujurnya. Mungkin sudah tiba masanya untuk meluahkan semua isi hatinya. Kalau bukan sekarang, bila lagi kan? Mana lah tahu hanya ini saja masa yang ada.
"Aku terlalu sayangkan kau sampai aku takut kehilangan kau. Disebabkan tu aku terpaksa beria nak berpisah dulu. Aku tak nak pun berpisah dengan kau." Semakin lebat air matanya mengalir tatkala mengingati peristiwa perpisahan mereka dulu. Cukuplah sekali mereka berpisah, dia tidak ingin berpisah lagi.
"Ya saya faham."
"Aku jealous kalau tengok kau dengan lelaki lain. Aku nak jadi satu-satunya lelaki yang berada di samping kau dan ada di dalam hati kau."
"Haah. Hanya awak yang layak mendampingi saya and hanya awak yang ada di hati saya. Don't worry, baby." pujuk Nayra persis memujuk anak kecil.
"Aku suka, sayang dan cintakan kau. Kau lah wanita terakhirku di dunia dan akhirat." Luah Aish sambil mengeratkan rangkulan di pinggang Nayra. Sayang Nayra ketat-ketat!
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Aish Rayhan | C
Romantika1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...
