SETELAH melarikan diri dari rumah, Aish menghentikan keretanya di tepi jalan raya. Perasaan bersalah mula timbul dalam dirinya. Dia terlalu risaukan isterinya itu sehingga kemarahan menguasai diri tanpa sedar tadi.
"Kasar sangat ke cara aku tegur dia?"
Keluhan terlepas dari celah bibirnya sebelum dia memulakan perjalanannya menuju ke sebuah kedai bunga. Matanya terhenti pada bunga tulip berwarna merah. Tanpa ragu, dia terus membeli setangkai bunga tulip itu.
Bunga itu mengingatkannya ketika awal pertemuan mereka di hospital dulu. Nayra pernah memberinya sejambak bunga tulip merah namun bunga itu layu kerana tidak dijaganya dengan baik.
Sempat juga dia singgah di sebuah bakery untuk membeli sebiji kek red velvet dan air Mocha Shake untuk Nayra. Dia masih ingat Nayra pernah memberitahunya air Mocha adalah air kegemaran isterinya itu.
Setelah siap berbelanja, kereta dipecutkan sampai ke depan rumah barunya. Pintu rumah yang tidak berkunci itu dibuka. Sunyi saja suasana rumahnya ketika itu. Aish terus menaiki tangga menuju bilik tidur mereka untuk mencari kelibat isterinya.
Sebaik saja pintu bilik dibuka, kelihatan sekujur tubuh yang sedang berbaring di atas katil. Penghawa dingin dibuka memandangkan haba bilik itu panas kerana tidak berkipas.
Aish menghampiri katil lalu dia meletakkan bunga tulip di atas meja tepi katil. Punggung dilabuhkan di birai katil. Badan ditundukkan sedikit untuk mendekati isterinya itu.
Wajah Nayra yang sedang lena diperhatikan dengan perasaan bercampur baur. Dia bingung dengan perasaannya. Dahi Nayra yang sedikit berpeluh dilap menggunakan ibu jarinya.
"Macam manalah kau boleh tertidur dalam keadaan panas ni." Aish mengomel sendirian. Kasihan pulak tengok.
Rambut Nayra yang terjuntai di dahi diselitkan ke belakang telinga isterinya itu.
"Aku minta maaf, aku tak patut marah kau macam tu," bisiknya walaupun dia tahu Nayra tidak akan mendengarnya.
"Aku tak tahu kenapa aku risaukan kau,Nayra." Aish mengucup lembut ubun-ubun kepala isterinya tanpa dia sedar.
Merasa ada sentuhan, Nayra celikkan matanya. Dia agak terkejut melihat posisi wajah Aish yang sangat dekat dengan wajahnya. Lekas Aish berdiri dari duduknya. Nayra juga bangun dari perbaringan.
"Bila awak balik?" Kedengaran agak serak suara Nayra akibat menangis tadi.
"Baru ja. Kenapa tak buka aircond tadi?" Lembut saja nada suara Aish kali ini. Nayra berasa lega kerana mood suaminya itu telah kembali seperti biasa.
"Saya lupa nak on. Tak rancang pun nak tidur." Nayra membetulkan rambutnya yang serabai itu. Tidur adalah penyelesaian masalah buat sementara.
"Nah." Aish menghulurkan setangkai bunga tulip merah yang dibelinya tadi kepada Nayra.
"Apa ni?" Nayra mengerutkan dahinya agak pelik. First time lelaki itu bagi dia sesuatu.
"Tahi." jawab Aish selamba.
"Hah?"
"Dah terang lagi bersuluh kan ni bunga nama dia," perli Aish sambil membuat muka menyampah.
"Ya saya tahu tapi untuk apa?" Nayra mengambil huluran bunga itu.Punyalah dia membagi Aish sejambak dulu,sekarang ni setangkai saja Aish bagi dia?Kedekut punya suami!
"Sebagai tanda maaf," jawab Aish sambil menggaru keningnya. Dia juga hairan dengan diri sendiri.
"Jom turun bawah, aku ada belikan kek red velvet and mocha shake untuk kau." Aish segera mengubah topik bagi menghilangkan rasa malunya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Aish Rayhan | C
Romantika1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...
