Nayraish | 15

46K 2.8K 727
                                        

MESKI ragu akan keputusannya, Aish tetap menepati janjinya untuk menikahi Nayra dengan alasan ingin melindungi wanita itu. Kerana simpati, dia rela mempertaruhkan hidupnya demi Nayra.

"Aku terima nikahnya Nayra Adelia Binti Ali Haider dengan mas kahwinnya berjumlah RM300 ringgit tunai." Lancar lafaz akad nikah Aish tuturkan meski dia rasa gugup. Dia bakal menggalas tanggungjawab yang besar selepas ini.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah." Dengan sekali lafaz, Aish Rayhan telah pun sah menjadi suami kepada Nayra Adelia. Takdir telah persatukan mereka meski tanpa rasa cinta.

Riak wajah Aish dingin seakan tak menyukai status sah yang dimilikinya sekarang. Pernikahan ini terlalu mendadak dan cepat untuk diterima namun ini pilihannya sendiri. Kepala ditolehkan ke belakang. Mata terus menangkap gerangan isterinya.

Nayra angkat kepala tatkala perasan akan renungan tajam Aish. Mereka bertatapan mata lama. Jantung Nayra berdebar laju menandakan betapa gugupnya dia ketika ini. Tak sangka lelaki itu akan melafazkan akad nikah untuknya.

Aish bangun lalu dia mengambil tempat duduk di depan pengantin perempuan. Cincin nikah disarungkan ke jari Nayra tanpa rela hati. Lalu, dia hanya memerhatikan tindakan Nayra yang menyarungkan cincin di jarinya dengan tangan yang menggeletar.

'Semoga hubungan kita ini direstui Allah,' bisik hati kecil Nayra seraya mengucup tangan suaminya itu. Dia belum terbiasa bersentuhan namun dia akan cuba.

Aish tatap mata Nayra sebelum dia mengucup dahi isterinya itu sekilas. Dia tetap mahu menjaga batas antara mereka. Dibiarkan saja gambar nikah mereka diambil sebagai kenangan.

"Kamu betul-betul tak nak bersanding ke?" soal Puan Azzahra sambil merangkul lengan anaknya itu. Dia bahagia melihat Nayra sudah temui cinta sejati.

"Betul ma, lagipun bersanding tak wajib kan?" jawab Nayra sambil tersenyum tipis.

"Memanglah tapi Adel tu kahwin sekali seumur hidup ja. Adel tak nak merasa bersanding macam pengantin lain?" desak Puan Azzahra agak prihatin.

"Adel ingat nak buat lain kali ma kalau kami dah ready." Nayra hanya mampu katakan hal itu. Mungkin pernikahan mereka ini hanya sementara waktu. Dia tak mahu berharap.

"Kenapa tak buat sekarang?" soal Puan Nurul pula turut hairan.

"Sebab..." Ayat Nayra tergantung memikirkan alasan. Direnung wajah Aish yang berdiri di sebelahnya untuk meminta tolong.

"Kau nak bersanding ke?" bisik Aish di telinga Nayra.

"Nak tapi bukan sekarang." Nayra turut berbisik kepada Aish.

"Then bila?"

"Bila awak dah cintakan saya. Saya nak senyuman awak pada hari tu adalah senyuman yang paling ikhlas. Lagipun awak langsung tak senyum hari ni." Aish terdiam mendengar ayat Nayra. Wanita itu sudah mula menaruh harapan tanpa sedar.

"Apa yang kamu berdua bisikkan tu?Bagitahu lah ibu juga," sampuk Puan Nurul dengan senyuman mengusik.

"Mama pun nak tahu juga." Puan Azzahra turut tersenyum.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang