Nayraish | 62

44.7K 2.5K 1.3K
                                        

Ziyad menghentikan keretanya setelah dia sudah menjauhi lokasi kejadian.Dia melihat kedua belah tangannya yang menggigil hebat itu.Dia baru sahaja melanggar Nayra tanpa dia sedar.Luruh hatinya melihat keadaan Nayra yang nyawa-nyawa ikan tadi.

"Nayra,I'm sorry.Please,jangan mati." ucapnya dengan suara yang bergetar.Perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya.

Dia tidak dapat mengawal emosinya tadi tatkala melihat Aish tersenyum bahagia bersama Nayra. Disebabkan itulah dia melanggar Nayra tanpa berfikir panjang.

Mengapa Ziyad terlalu bencikan Aish?Alasannya adalah kerana Ziyad terlalu dengki dengan Aish akibat dia selalu dikalahkan dalam setiap aspek.Dari zaman sekolah rendah lagi mereka selalu bersaing dan dia selalu dikalahkan oleh Aish.

Sewaktu mereka mengikuti pertandingan model,dia turut dikalahkan oleh Aish.Sejak itu,ayahnya menyuruhnya untuk berhenti menjadi model dan menguruskan hotel miliknya sahaja.Impiannya menjadi model pun hilang begitu saja dan dia menyalahkan Aish lah puncanya.

Ziyad juga turut cemburu melihat kebahagiaan keluarga Aish.Ibu Ziyad meninggal dunia sewaktu dia masih kecil manakala ayahnya jarang memberikan kasih sayang kepadanya.Hanya kemewahan yang menemani hari-harinya.Boleh dikatakan dia kekurangan kasih sayang.

Setiap hari dia akan ke rumah keluarga Aish untuk menumpang kasih sayang mereka.Dia sangat rapat dengan umi serta walid Aish sehinggakan dia merasa cemburu jika mereka lebih menyayangi Aish dan memberikan perhatian lebih kepadanya.Antara Aish dan Ariq,Aish lebih manja dengan kedua ibu bapanya itu.

Sewaktu Aish mendapat lesen serta kereta baru dari walidnya, dia merasa agak tercabar kerana sewaktu itu dia belum pandai memandu.

Disebabkan sikapnya yang tidak mahu merasa tersaingi, dia mengupah seseorang untuk melanggar kereta yang dipandu oleh Aish. Niatnya hanya untuk mencalarkan kereta Aish serta mencederakan Aish. Dia tidak tahu bahawa umi Aish turut berada di dalam kereta ketika itu.

Dia juga tidak menyangka kemalangan itu akan teruk sehingga meragut nyawa seseorang.Apabila mendapat tahu umi meninggal,dia merasa agak bersalah.Bukan niatnya untuk membunuh tetapi disebabkan dirinya umi meninggal dunia.

Akibat merasa bersalah, dia selalu berada di sisi Aish bagi menebus semula kesalahan. Perasaan benci terhadap Aish juga sedikit berkurang apabila dia melihat sendiri betapa teruknya Aish didera oleh walidnya.

Namun semuanya berubah sejak Aish dan Aireen berkenalan.
Sebenarnya,Ziyad sudah lama memendam rasa cinta terhadap kawan baiknya itu namun hasratnya ingin meluahkan perasaan terbantut apabila Aireen memberitahunya bahawa dia sudah jatuh cinta dengan Aish.

Hari demi hari, Aireen semakin menjauh darinya dan semakin mesra dengan Aish. Dia melihat di depan matanya sendiri betapa bahagianya mereka. Akibat perasaan cemburu dan dengki, Ziyad semakin membenci Aish.

Dia mencuba untuk mencederakan Aish pada 3 tahun yang lalu kerana dia tidak sanggup melihat Aish menikah dengan gadis yang dicintainya itu.

Apabila Aireen menyelamatkan Aish, dia merasa semakin benci dengan Aish. Dia menyalahkan Aish lah yang membunuh Aireen walaupun dia lah punca sebenar Aireen meninggal dunia. Sejak itu dia semakin berdendam dengan Aish.

Ketika dia melihat Aish berbahagia semula dengan Nayra, dia merasa tidak suka. Dia tidak ingin Aish berbahagia atas pengorbanan nyawa arwah Aireen. Disebabkan itulah dia membuat keputusan untuk memisahkan mereka berdua. Namun bukan niatnya untuk membunuh Nayra.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang