Nayraish | 43

47.5K 2.6K 410
                                        

SEPANJANG bekerja, Nayra mengeluh memikirkan tentang hubungannya dengan Aish. Entah sampai bila mereka harus hidup begini. Dia belum siap untuk berpisah dengan suaminya itu.

"Susah sangat ke awak nak buka hati untuk saya?" monolognya sepanjang perjalanan menuju ke pintu utama hotel.

"Nayra!" Kepala ditoleh ke arah Ziyad yang turut menuju ke pintu utama.

"Nak keluar lunch ke?" soal Ziyad apabila dia sudah berdiri di samping Nayra.

"Haah awak pun ke?" balas Nayra sekadar basa basi.

"Ya. Jomlah lunch together."

"Err..." Nayra rasa kekok untuk berduaan dengan Ziyad apatah lagi dia sudah berstatus isteri orang. Nanti, tak pasal-pasal ada orang fitnah dia curang pula.

"Tak apalah, saya nak singgah restoran Aish." Lembut saja cara Nayra menolak agar tak menggores perasaan kawan baik suaminya itu.

"Saya pun nak pergi sana. Tak salah kan makan sama-sama?" ajak Ziyad lagi.

"Don't worry, Mia ikut sekali. Sebab tu saya bawa awak. Takkan saya nak makan berdua dengan Mia pula kan," ujar Ziyad apabila Nayra seakan masih ragu itu.

"Oh yeke? Erm yelah kita jumpa dekat Han Twins Restaurant," ucap Nayra dengan nada pasrahnya. Kalau ditolak, takut jauh hati pula kawan suaminya itu.

"Okay see you." Ziyad memerhatikan saja langkah Nayra yang sudah menjauhinya itu.

"Maaf lambat encik," sapa Mia yang baru tiba di sisi Ziyad.

"Jom."

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

TANGAN lincah memasak namun fikiran Aish telahpun melayang jauh. Rambut depannya sengaja dibiarkan menutupi dahi supaya bekas cakaran tadi tidak kelihatan.

"Ayan!" Aish menoleh ke arah Ariq yang baru berdiri di sebelahnya itu.

"Weh kau kenapa? Habis hangus masakan kau!" Ariq menepuk dahinya tatkala melihat hasil masakan abangnya itu.

Aish mengeluh kecil. Entah kenapa dia tidak dapat fokus dengan kehidupannya sekarang. Pemikirannya sudah kacau bilau. Banyak hal yang difikirkannya.

"Sorry."

"Kau okay ke tak ni? Kalau ada masalah, cerita dekat aku." Prihatin Ariq bertanya. Dilihat dari riak wajah saja, dia boleh tahu kembarnya itu ada masalah.

"Nothing."

"Takpa, kau pergi rehat dulu. Biar aku yang masak ni semula." Ariq tepuk bahu Aish untuk bagi semangat. Dia faham meskipun Aish tak bercerita dan berbohong.

"Takpa, aku boleh buat," tolak Aish rasa bersalah pula nak membiarkan adiknya bekerja sendirian.

"Kau rehat jelah, I know you are not okay right now."

"Thanks, Ahan." Aish berlalu ke bahagian depan restoran.

Langkahnya terhenti apabila mata bertembung dengan mata isterinya yang baru sahaja masuk ke dalam restoran bersama Ziyad dan Mia itu.

"Hai Ray!" sapa Ziyad dengan senyuman lebarnya.

"Hai. Nak makan sini ke?" balas Aish mendatar. Dia agak hairan apabila melihat mereka bersama.

"Haah aku nak harga kawan-kawan tau," sakat Ziyad dengan sengihan. Dia dengan Harith sama saja, suka makan di sini sebab ada potongan harga.

"Mengada betul. Pergilah duduk sana." Ziyad dan Mia pun berlalu ke meja makan.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang