USAI menunaikan solat subuh, mereka bersalaman seperti biasa. Lama Nayra mengucup tangan Aish memandangkan itu adalah solat berjemaah terakhir mereka sebagai suami isteri.
Nayra sudah membuat keputusan yang mungkin terbaik untuk mereka berdua. Dia akan meninggalkan Aish dan jika bercerai adalah jalan terbaik, dia pasrah dengan takdir mereka. Mungkin mereka hanya dipersatukan untuk sementara bukan untuk selamanya.
Aish merenung Nayra dengan sayunya.Jujur,dia tidak ingat apa yang terjadi semalam namun dia yakin dia telah melukakan hati isteri tercintanya itu.Rancangannya untuk meluahkan perasaan juga gagal dan hilang begitu sahaja.Dia kecewa.
Nayra dongakkan kepalanya selepas menyalami tangan Aish. Tubir matanya mula terasa panas namun ditahan. Nayra kuatkan semangatnya agar tidak menitiskan air mata lagi di depan suaminya itu.
"Nayra, pasal semalam--" Nayra segera memintas sebelum Aish sempat menghabiskan ayatnya.
"Saya nak minta maaf sebab dah tinggikan suara pada awak semalam," ucap Nayra agak sebak. Dia sedar dia sudah melampaui batas semalam akibat kemarahan yang menguasai diri.
"Nayra, aku--"
"Saya minta maaf kalau awak terseksa disebabkan kehadiran saya," pintas Nayra lagi dipenuhi rasa bersalah. Dia tak mahu goyah kali ini dengan pujukan Aish.
"Apa yang kau merepek ni?" soal Aish agak hairan.
"Aish, terima kasih sebab sudi jadi imam saya selama ni. Saya bersyukur sangat sebab pernah merasa jadi makmum awak. Awaklah imam teristimewa di hati saya." Mata Aish ditatap ketika mengungkapkan isi hatinya itu.
"Nayra..."
"Terima kasih kerana sudi menjadi suami saya selama ni. Thanks sebab sudi jaga saya walaupun saya ni banyak menyusahkan awak." ucap Nayra dengan sedihnya. Dia masih terasa hati dengan setiap bait ucapan Aish semalam.
"Nayra, why?" Aish turut sebak mendengar ucapan isterinya itu.
"Perasaan saya kepada awak selama ni tulus dari hati saya. Terima kasih untuk segalanya dan saya nak minta maaf sangat-sangat." Setiap bait bicara Nayra buatkan Aish rasa resah seakan ada yang tak kena.
"Nayra, kenapa tiba-tiba?"
"Ampunkan segala dosa saya, Aish. Saya tak nak jadi isteri derhaka. Selama saya jadi isteri awak, saya pernah tinggikan suara pada awak. Saya tak mampu bahagiakan awak dan saya hanya menyeksa hidup awak. Maafkan saya." Perit Nayra ungkapkan isi hatinya yang terluka itu. Dia rasa bersalah.
"Tak. Kau tak pernah derhaka dengan aku pun. Jangan cakap macam tu." Aish mengusap lembut kepala Nayra yang masih disarungi telekung itu.
"Kalau awak nak saya cium tapak kaki awak pun saya sanggup asalkan awak ampunkan semua dosa-dosa saya sepanjang saya jadi isteri awak," tutur Nayra sebak. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh.
"Nayra, jangan cakap macam tu. Kau langsung takda dosa dekat aku. Aku yang patut minta maaf sebab aku yang banyak dosa dekat kau." Lekas Aish gelengkan kepala. Di antara mereka, dialah yang paling menyakiti isterinya itu.
"Saya minta maaf sangat-sangat," pinta Nayra sambil mengeratkan genggaman tangan mereka. Dia sudah lelah.
"Nayra, aku cakap apa semalam?" soal Aish agak hairan kerana tiba-tiba saja Nayra mengatakan ayat umpama perpisahan itu.
"Awak tak ingat?" soal Nayra seakan tidak percaya.
"Tak," jawab Aish jujur. Memang setiap kali dia hilang kawalan ketika hujan, dia akan bercakap tanpa berfikir dan dia akan melupakannya keesokannya. Namun dia akan mengingatnya semula ketika sudah lama peristiwa itu berlalu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Aish Rayhan | C
Romantika1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...
