Nayraish | 33

47.9K 2.7K 725
                                        

Setelah menunaikan Solat Isyak berjemaah seisi keluarga diketuai oleh Tuan Ali sebagai imam, mereka pun masuk ke dalam bilik tidur masing-masing.

Nayra bertapa lama di dalam bilik air. Dia rasa kekok untuk berduaan dengan Aish setelah apa yang terjadi semalam. Nasib baik tadi ada Fattah yang menjadi penghalang antara mereka berdua. Ketukan pintu dari luar itu menyentakkan Nayra.

"Buat apa lama dalam tu?Keras sangat ke tahi tu?" soal Aish dari luar pintu dengan selambanya.

"Amboi siapa cakap saya berak?" soal Nayra sebaik sahaja membuka pintu bilik air. Dasar suami mulut tak reti nak tapis!

"Habis tu buat apa lama-lama dekat dalam tu?" soal Aish agak hairan.

"Suka hati sayalah. Pandai awak berlakon baik depan family saya ek," perli Nayra sekaligus menukar topik perbualan.

"Bila masa aku berlakon baik? Memang realitinya aku baik," kata Aish dengan yakinnya. Wajah polos ditayangkan.

"Eleh mengada. Selalunya, awak tu berkasar kalau cakap dengan saya. Tapi tadi tersayang-sayang pula. Buang tabiat ke?" sengaja Nayra mengutuk suaminya itu depan-depan. Melepaskan geramnya.

"Mulut aku kan. Suka hati aku lah kalau aku nak panggil kau sayang ke baby ke sweetie ke tesoro ke pororo ke mi amor ke my flower ke---" Nayra segera menekup mulut suaminya itu untuk menghentikannya daripada terus merepek. Aish mengangkat keningnya tanda tidak berpuas hati.

"Awak ni gilalah, wahai Abang Ais." Nayra gelengkan kepalanya tanda penat melayan karenah kebudak-budakan suaminya itu.

"Excuse me, cakap lagi?" Aish menundukkan sedikit badannya lalu mengunci badan isterinya yang tersandar di dinding tepi bilik air itu.

"You are crazy, Mr Ice," ucap Nayra dengan beraninya.

"Kau memang nak kena kan!" Aish segera mengeletek perut Nayra sehingga isterinya itu tertawa akibat merasa geli.

"Gelilah Ais... Dahlah!" Tindakan Aish terhenti apabila matanya bertembung dengan mata isterinya itu.

Lama mereka berkeadaan begitu. Jantung Nayra bukan main lajunya akibat gugup. Aish menyelitkan rambut Nayra ke belakang telinganya.

Perlahan Aish mengucup lembut dahi Nayra lama. Nayra agak terkejut dengan perbuatan Aish itu namun dia merelakan saja. Hangat kucupan itu buatkan Nayra rasa nyaman.

Aish menatap mata Nayra untuk meminta izin isterinya itu. Nayra memejamkan matanya, bersedia dengan apapun yang suaminya itu hendak lakukan.

"Ray nak bahagia atas penderitaan Reen ke hah?!" Suara itu mula terngiang-ngiang di fikirannya. Aish segera menghentikan tindakannya untuk terus mengucup wajah isterinya.

"Selagi Ray masih bersama perempuan tu, Reen takkan maafkan Ray sampai bila-bila!" Aish menghela nafas beratnya lalu dia menjauhkan jarak mereka.

Nayra turut membuka matanya apabila tiada sebarang tindakan yang berlaku. Dia menoleh ke arah Aish yang sudah baring di atas katil tanpa mengatakan apa-apa.

'Kenapa? Aku ada buat salah ke?' soal Nayra di dalam hatinya. Suasana mula menjadi kekok, Nayra pula menjadi malu sendirian.

Aish memejamkan matanya sambil menggigit bibir bawahnya. Dia tidak sedar akan perbuatannya tadi. Entah kenapa dia terbuai seketika.

'I'm sorry Reen. Aku tak sengaja.'

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

AWAL pagi lagi mereka sudah pulang ke rumah. Sewaktu Aish sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya, Nayra memberanikan diri untuk menghampiri suaminya itu memandangkan lelaki itu langsung tak bersuara.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang