SELEPAS menguruskan kes Khairul di balai polis, Nayra dan Alya berkumpul di rumah sewa Dian. Akhirnya lelaki itu ditangkap juga atas segala perbuatan buruknya. Mereka juga tak sangka pujukan Alya mampu buatkan lelaki itu menyerah.
"Finally, korang dah bebas dari gangguan dia!" Dian terus memeluk tubuh kedua orang kawan baiknya itu. Syukurlah semua sudah selesai.
"Erm aku harap Khai betul-betul dah menyesal dan berubah jadi lebih baik dalam penjara nanti." Alya bersimpati pada bekas kekasihnya itu namun itulah balasan untuk sikap buruknya selama ini.
"Kau buat apa dekat dia sampai dia dengar cakap kau?" soal Dian agak tertanya-tanya. Kalau tahu ini cara paling senang, sudah lama mereka akan lakukan hal itu.
"Takdalah, aku cuma pujuk macam biasa." Alya berbohong. Dia tidak ingin Nayra merasa bersalah kerana dia melutut di depan lelaki itu.
"Syukurlah, masalah Khai dah selesai," ucap Dian lagi. Nayra pula mendiamkan diri. Dia tidak tahu sama ada itu berita gembira atau sebaliknya.
"Lepas ni aku akan jaga batas dan aku takkan layan kau secara lebih-lebih. Sebaik saja masalah kau dengan jantan tu selesai, aku akan tamatkan hubungan kita." Pesanan Aish itu mula terngiang-ngiang di fikirannya. Adakah sudah tiba masanya?
'Aish akan ceraikan aku tak lama lagi ke?' bisik hati kecil Nayra dengan keluhan kecil.
"Kau okay tak, Nay?" soal Alya yang perasan akan perubahan riak wajah sepupunya itu.
"Okay je." Nayra tersenyum hambar.
"By the way, aku sebenarnya teringin nak bawa korang bercuti. Dah lama kita tak bercuti sama-sama, kan," ajak Alya dengan terujanya. Sekarang mereka tak perlu takut pada apa-apa lagi.
"Bercuti? Nak, nak!" sokong Dian turut teruja.
"Kita tiga je ke?" soal Nayra kurang teruja.
"Taklah. Kita dan pasangan masing-masing." Mendengar ucapan Alya, Dian terdiam di situ. Pasangan? Harith dan dia belum ada hubungan rasmi.
"Erm aku tak rasa Aish nak ikut," kata Nayra lalu mencebikkan bibirnya seketika.
"Alaa kau paksa jelah."
"Susah weh."
"It's okay, nanti aku suruh Harith pujuk husband kau," sampuk Dian dengan rela hati. Ada juga alasan untuk dia menghubungi lelaki itu nanti.
"Erm yelah."
Mungkin percutian itu akan merapatkan semula hubungan Nayra bersama suaminya. Nayra tekad, dia ingin memikat hati suaminya itu kerana saingannya sudah tiada.
"Nak bercuti dekat mana?" Dian memandang Alya meminta jawapan.
"Apa kata Langkawi?" cadang Alya.
"Aku setuju! I like i like!" balas Nayra agak teruja pula kali ini.
"Okay kalau macam tu kita pergi lusa. Sabtu dan Ahad."
"Okay deal!"
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
DENGAN perasaan gugup, Nayra mengambil tempat duduk di sebelah suaminya yang sedang menonton televisyen itu. Aish tidak menghiraukan kehadirannya. Nayra berdehem untuk menarik perhatian Aish namun dia tetap diabaikan.
"Aish..."
"Aish..." Sekali lagi Nayra memanggil apabila tak dilayan.
"Kalau nak cakap, cakap je straight to the point. Tak payah nak manja-manja," sampuk Aish berbaur sindiran.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love, Aish Rayhan | C
Romantika1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...
