Nayraish | 61

45K 2.4K 817
                                        

SIAP melipat pakaian, Nayra menghampiri Aish yang sedang berdiri di balkoni bilik tidur mereka. Aish pula hanya menatap bulan pada malam itu dengan tatapan sayu. Dia diselubungi perasaan kecewa dan bersalah pada masa yang sama.

"Awak dah okay?" Aish hanya menggelengkan kepalanya mendengar pertanyaan Nayra itu.

"Aish..."

"Hmm?"

"Awak boleh tak janji satu benda dekat saya?" pinta Nayra sambil memeluk tubuh suaminya itu dari belakang.

"Apa dia?" Aish mengusap lembut tangan Nayra yang berada di perutnya itu.

"Lepas ni, kalau ada apa-apa jadi dekat saya, jangan salahkan diri awak tau. Saya nak awak tetap kuat dan berjuang teruskan hidup." Nayra memberi pesanan seakan dapat merasakan ada hal buruk yang bakal terjadi.

"Apa yang kau merepek ni?" Agak berubah nada suara Aish mendengar permintaan pelik isterinya itu.

"Taklah, saya cuma pesan."

"Kau ada masalah ke?" Aish segera meleraikan pelukan lalu dia berpusing untuk menghadap Nayra.

"Takda." Nayra meraih tangan Aish lalu digenggam seeratnya. Anak mata hazel suaminya itu ditatap sayu.

"Saya cuma tak nak awak selalu menangis. Saya nak awak tetap kuat no matter what happens in the future." Lembut saja nada suara Nayra namun mampu membuatkan Aish takut.

"Nayra..."

"Saya nak awak tetap berjuang teruskan hidup. Please jangan pernah sesekali cuba untuk bunuh diri lagi. Awak mesti hidup walau apapun jadi," pinta Nayra separuh merayu. Dia tak mahu Aish melalui fasa kemurungan berulang kali.

"Why? Kenapa kau cakap macam tu?" Jelas kelihatan wajah risau Aish.

"Yelah. Saya bukannya 24 jam berada di sisi awak. Saya tak boleh nak pantau keselamatan awak. Saya nak awak tetap kuat walaupun tanpa saya nanti."

"Tapi aku cuma perlukan kau di sisi aku untuk tetap kuat." Tangan kanan Aish naik mengusap pipi isterinya itu seketika manakala tangan kirinya masih teguh mengenggam tangan kanan Nayra.

"Aish, seperti mana yang saya pernah cakap dulu, kita akan berpisah juga suatu hari nanti.." Belum sempat Nayra menghabiskan ayatnya, Aish mula merengek.

"Nayra... Aish tanak pisah dengan Nayra lagi hm." Manja Aish bersuara. Genggaman tangan mereka semakin dieratkan.

"Nayra sayang sangat dekat Aish. Cinta Nayra hanya untuk Aish sampai hujung nyawa Nayra," kata Nayra mengikuti saja rentak manja suaminya itu.

"Aish pun sama. Please don't leave me, Nayra sayang." Aish tayang muka comel meminta simpati.

"Saya tak boleh janji."

"Why? Aku ada buat salah ke hm? Kau tak happy hidup dengan aku?" soal Aish agak panik. Melihat wajah serius Nayra, Aish dapat rasakan sesuatu tak kena.

"Eh taklah. Saya happy sangat." Nayra tersenyum hambar sambil menatap wajah Aish dengan perasaan bercampur baur.

"Habis tu kenapa kau nak berpisah dengan aku?"

"Saya tak cakap pun kan nak berpisah dengan awak." Nayra mengelus rambut Aish yang jatuh menjuntai menutupi dahi itu.

"Tapi ayat kau tadi tu macam nak berpisah je hmm."

"Taklah."

"Hmm."

"Aish kepunyaan Nayra,tolong teruskan hidup walaupun Nayra dah takda nanti." pinta Nayra secara lembut.

Love, Aish Rayhan | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang