BAB 1 - JODOH KE?

1.7K 39 3
                                    


Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang berlangsung selama seminggu akhirnya tamat. Yana menarik nafas lega kerana dia dapat berehat tanpa perlu membaca buku lagi selepas ini. Selesai sahaja tamat peperiksaan, Yana bergegas pulang ke rumah bagi melanjutkan hajatnya untuk tidur sehingga petang bagi menggantikan tidurnya sebelum ini akibat mengulang kaji pelajaran sehingga larut malam.

"Eh, ada orang datang la! Besar betul kereta. Assalamualaikum, ibu.... Adik dah balik."

"Waalaikumusalam, ha dah balik pun, tu pergi salam dengan makngah dan pakngah. Lepastu pergi mandi, solat."

"Hai la, besar dah anak saudara makngah ni. Cantik dah ya sekarang. Lama makngah tak jumpa." Puji makngah. Hai jangan la begitu. Kembang aku hahaha.

Mamat senget ke tu. Lain eh dia sekarang. Maklumla baru balik dari United Kingdom.

"Yana, amboi kau, tengok aku tak berkelip ya mata. Aku tahu la sekarang ni aku makin handsome."

Alamak perasan pula mamat ni. Dia ni sepupu aku, beza umur dengan aku lima tahun. Jadi dia baru balik Malaysia ni pun sebab dia baru habis ijazah sarjana muda la. Untung la dia. Tapi lima tahun lepas, kalau aku jumpa dia mesti akan berperang mulut. Aku pun tak tahu sebab apa.

"Ibu, adik masuk bilik dulu la."

Malam menjelma. "Ibu, adik tidur lambat ya malam ni, adik nak layan drama korea." Dah lebih sebulan ni adik tak layan.


"Eh kejap. Apa kau buat kat sini." Ehh aku tak pakai tudung." Lantas berlari menuju ke bilik mengambil tudung lalu keluar semula berjumpa mamat senget tu. Ish, kalau aku tahu aku pakai tudung dari awal lagi.

"Asal kau tak balik lagi. Malam dah kot betapa lagi dekat rumah orang ni."

"Ala, rumah mak saudara aku bukannya rumah kau. Suka hati aku la."

"Ceh! Menyampah aku. Ril, tadi kan aku ada nampak seorang lelaki ni dengan kau, kawan kau ke? Handsome eh dia. Mana dia?"

"Kau, sepupu handsome depan mata tak naknya dipuji. Dia juga yang kau puji. Kau tak rindu aku ke? Lima tahun tak jumpa ni. Takkan tak rindu sikit pun?"

Haih maut eh soalan dia. Tiba-tiba tanya rindu tak rindu ni. "Tak da maknanya aku nak rindu kau, kau siapa. Dah la serious la, yang tengah hari tadi tu kawan kau ke?"

"Aku sepupu kau la. Okayla kau tak rindu aku, tapi aku rindu kau. Ingat tu." Malas aku jawab soalan kau. Kecil hati aku sepupu depan mata tak di layan.

"Dah la, malas aku layan kau." Aku yang baru berniat untuk meninggalkan sepupu aku dari situ terbatas dek teguran ibu.

"Kenapa ni adik? Ibu dengar riuh rendah." Ibu yang mendengar bunyi bising dari dapur terus bergegas ke ruang tamu.

"Apa yang dia buat dekat rumah kita ni ibu, malam-malam tak balik lagi?"

"Shahril dengan kawan dia tidur rumah kita. Rumah makngah kan dalam proses diubah suai. Jadi, bilik Shahril ni tak siap lagi. Terpaksa la diorang tidur sehari dua dekat rumah kita ni."

"Ha, kau dengar tu." Balas Shahril dengan bangganya.

Eh ingat dah habis exam ni dapat la aku rehatkan badan dan minda ni. Tahu-tahu bala lain pula datang. Kalau kawan dia aku tak kisah. Tapi sepupu dia sendiri turut berada satu bumbung dengan dia. Mahu naik darah setiap hari kalau berborak ni.

"Tadi aku dengar kau nak berjaga malam ni, layan drama korea. Boleh la aku tumpang sekaki. Lama betul aku tak spend time dengan kau." Ehh selamba ja aku cakap macam ni. Padahal aku bukan minat pun layan drama korea nak nak pulak layan dengan si Yana ni. Tapi dah rindu apa pun sanggup.

"Tak payahla. Aku tahu kau tak suka layan drama drama macam ni." Ada hati pula mamat ni. Menyampah pula aku.

"Kau ni sejak pulang dari UK kenapa aku rasa kau lain eh?"

"Ha kau nak cakap aku handsome kan? Aku tau tu!" berdekah Shahril menghaburkan ketawa. 





'''Korang rasa best tak? Kalau best boleh sambung....

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now