BAB 3 - KERJA

521 23 0
                                    

"Maklang...Ril nak nombor telefon Yana boleh tak?" Lantak la kalau dah terpaksa minta dekat mak saundaranya ni. Janji kalau aku dah balik Ipoh nanti, aku tetap boleh berhubung dengan sepupu kesayangannya ini.

"Aik. Kenapa tak minta je dekat Yana sendiri?"

"Bukan tak nak. Nanti mesti dia tak bagi punya. Yana tu dah la anti dengan Ril."

Tiba-tiba telefon rumah berbunyi....

"Maklang angkat telefon dulu ya. Kamu pergi minta dengan abang long. Dia ada dalam rumah. Dah balik kerja tu."

"Along.. Ril nak nombor Yana boleh tak?" Mesti along fikir bukan-bukan ni. Lantak la harap along anggap sepupu je la.

"Aik takkan tak ada nombor Yana kot."

"Yana tukar nombor kan? Dia tak bagi tahu Ril pun. Kalau nak minta dekat dia terus mesti dia tak bagi. Sebab tu la Ril minta dekat abang ni."

Aku yang terdengar perbualan along dan si mamat senget tu hanya diam sahaja. Malas aku nak bergaduh. Baru balik dari kilang rasa letih dia lain macam. Dah la aku ni jenis yang overthinking dengan tak dapat satu line dengan Nia dan Qila lagi la mood aku kurang. Kalau aku berbalah dengan si Shahril tu mau aku marah dia cukup-cukup. Dah la Yana kau masuk bilik je la. Mandi-mandi, solat dan tenangkan diri. Lagi bagus.


Selesai sahaja aku mandi dan solat aku bergegas ke dapur. Yala last makan tengah hari tadi. Sekarang dah malam. Mau tak lapar.

"Ibu mana si Shahril dah balik ke? Dah balik rumah dia ke?"

"Tak dia dah balik Ipoh pun dengan kawan dia petang tadi lepas maghrib. Mula-mula kata tak nak balik, tiba-tiba bagi tahu nak ikut Dany balik Ipoh. Katanya ada benda yang nak dilakukan di Ipoh sana."

"Oh bagusla kalau macam tu. Lega la sikit" tapi kalau nak start layan drama korea mestilah dah hilang mood sebab esok kena kerja. Haih bencinya.


Baru hari kedua kerja baru aku tahu susahnya kerja dengan persekitaran kerja yang toxic. Nak je aku berhenti tapi baru second day. Jangan lemah semangat Yana. Memang kerusi semua ni untuk orang lama ja. Habis yang baru ni. Mak ai dari pagi aku berdiri sampai nak balik. 12 jam kau aku berdiri dengan tak dapat jumpa Nia lagi. Mujurla tadi waktu rehat dapatla aku duduk. Letih betul. Environment dekat kilang ni sumpah aku cakap toxic gila. Aku dah la jenis kena orang tegur dulu. Dah malas nak fikir. Cuba survive la dulu.

Pulang sahaja dari kerja baru dapat aku melihat telefon dan banyak notifikasi yang masuk dan aku tertarik dengan nombor yang memesej aku di WhatsApp dan aku membukanya.

Assalamulaikum ~ nombor tidak dikenali

Cuba teka siapa saya ~ nombor tidak dikenali (ntd)

Waalaikumusalam. Siapa yaa? ~ Y

Saya sepupu cik adik yang handsome ~ ntd

Shahril ke? ~ Y

Ye cik adik. ~ ntd

Haih apa la yang dia nak ni. Tak tau ke aku ada masalah ni lagi nak ganggu. Tapi dia memang tak tau pun. Apa la yang bengap sangat ni Yana. Dah la aku simpan je la nombor dia dan tak payah reply chat dia. Mesti dia dapat agak punya aku tak teringin nak reply.

Cik adik comel ni tak nak balas la pula. Tak apa esok aku ganggu lagi ye.


"Ibu..... adik nak berhenti kerja la. Boleh tekanan kerja situ. Dah la kena berdiri 12 jam lepastu environment toxic dengan tak ada orang nak cakap dengan adik. Stress la macam ni." Sambil menangis aku mengadu dengan ibu.

"Ibu tak kisah tapi lepas ni kamu nak buat apa?"

"Menganggur dulu la bu. Hilangkan tension dulu."

"Abah carikan kerja nak tak? Kerja dekat pasaraya dekat pekan tu.?"

Aku hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Malas sebenarnya nak kerja tu. Tak ada confident. Lain la kalau ada kawan. Susahnya hidup. Nak kembali zaman sekolah balik please!!!!!!!!!!!

Merungut seperti biasa tapi tetapku gagahkan diri berkerja di kilang itu lagi. Dah nak masuk seminggu dan minggu depan dah mula berpuasa. Cepat betul masa berlalu.

Selepas sahaja aku pulang kerja, aku bersihkan diri terlebih dahulu lalu menjamu selera dengan masakan yang telah ibu sediakan. Yelaa dalan bas sempat berbuka dengan hanya minum sebotol air je.

"Ibu nak tanya adik ni. Adik Sabtu dengan Ahad adik ada ot ke?"

"Tak ada rasanya bu. Kenapa tanya?"

"Ibu nak balik kampung nenek malam Sabtu nak berpuasa dekat sana. Kalau adik cuti boleh la ikut sekali."

"Ha ok je bu." ni mesti mamat senget tu ada. Dalam sebulan ni baru aku dapat merasa aman lah nak balik kampung berbuka ramai – ramai mestilah dia ada kan. Lantaklah janji aku dapat jumpa sepupu kesayangan aku yang lain.


"Woii Mawar. Lamanya aku tak jumpa kau. Rindu gila dengan kau." Mawar ni sepupu aku yang muda 4 tahun dari aku tapi aku anggap kawan yang baya umur langsung tak anggap adik. Maklumla sepupu aku yang lain semua muda-muda. Ditambah badan aku yang agak kecil ni apalagi HAHAAHHAHAAH.

"Amboi kau. Balik sini terus woi woi kan aku yee. Dasar tak sopan"

"Alaa relaxla macam tak biasa."

"Ana mana?"

"Ala kau macam tak tau. Dia kerja la. Kan baru habis SPM macam kau tapi kau STPM la."

"Hari Sabtu esok dia ot juga ke? Rindula nak outing kita-kita."

"Aku rasa esok dia cuti. Jarangla dia nak buat ot bagai ni tambah sekarang ni bulan puasa."

"Kalau macam tu cun la tapi korang bawak aku ehh. Aku takut nak bawak motor."

"Aku ok je."

"Ermm si mamat senget tu dah balik sini ke?"

"Dah rasanya pagi tadi sebab makngah pun sampai awai lagi tapi diorang gerak asing-asing la sebab tak silap aku yang si Shahril tu kerja dekat Ipoh sekarang.

Takkan kau tak tau? Bukannya rumah  korang berdua dekat ke? lain la aku ni jauh gila dari korang. Dua jam baru korang sampai sini."

"Eleh banyak cakap pulak kau. Kau ingat aku nak ambil kisah ke pasal si mamat senget tu. Kau pun tau kan setiap kali bertembung ada ja yang dia nak cari gaduh. Eiii bercakap pasal dia buat aku bengang lak. Dah la aku nak masuk rumah nenek dulu. Esok kita sembang-sembang lain yerr. Good night gemok."

"Erghh yelaa selamat malam."





BHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. KORANG SAYA BARU LAGI. MAAF KALAU ADA SALAH SILAP DALAM PENULISAN NI. TERIMA KASIH SUDI SUPPORT. 

JANGAN LUPA VOTE, COMMENT TAU. SAYANG KORANG. 

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now