BAB 7 - IZIN

628 24 0
                                    

"Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Atok harap kamu berdua ikhlas dalam menjalani rumah tangga ni walaupun banyak benda yang tak indah baru saja kamu lalui."

"InsyaAllah tok, Shahril akan cuba untuk menjadi suami yang terbaik buat Yana."

"Mak pun insyaAllah akan cuba terima Diyana ni sebagai menantu mak. Yela sebelum ni jadi anak saudara yang suka menyakat mak tiba-tiba jadi menantu."



"Sayang, lepas ni ikut abang balik rumah abang dekat Ipoh ye. Pasal kerja sayang tu jangan risau. Sayang berhenti je. Abang masih mampu nak tanggung sayang. Bukat setakat mampu tapi terlebih mampu." Kata Shahril.

"Apa sayang-sayang. Geli tahu tak! Panggil je la macam biasa. 'Kau aku' ok apa!"

"Ok ok abang minta maaf, tapi abang tetap akan panggil sayang macam tu sebab abang nak sayang biasa kan diri dengan panggilan tu."

"Apa-apa jela. Hm kau nak balik sana bila? Sebelum gerak Ipoh. Kita singgah rumah aku dulu nak ambil barang-barang aku."

"Ok sayang." Terpancar senyuman bahagia di wajah Shahril.

"Ya Allah, bencinya aku dengar perkataan tu. Sabar jela." kata Yana perlahan.



Dalam kereta menuju ke Ipoh,

"Aku nak cakap dengan kau something boleh?"

"Apa dia sayang?" Dengan nada lembut.

"Ya Allah, sumpah annoying gila dengar perkataan sayang tu. " mengomel Yana sendirian. 

"Kau tahu kan yang result exam aku ok?"

"Ye tahu, kenapa? Tanya Shahril.

"Sebenarnya aku ada dapat tawaran belajar ke luar negara. Kalau aku nak sambung degree aku dekat luar negara boleh? Kau tak kisah kan?" Tanya Yana.

Tiba-tiba kereta diberhenti tepi jalan.

"Hah, sayang betul-betul nak pergi ke? Nak tinggalkan abang?" tanya Shahril dengan nada terkejut.

"Relaxla, bukan lama pun."

"Abang tak izinkan! Keputusan abang muktamad!" jawab Shahril tegas.

"Susahla kau ni. Cuba kalau kita tak kahwin lagi and aku minta izin ayah mesti dia kasi aku pergi."

"Kenapa sampai nak ke luar negara. Dalam negara ni banyak universiti yang bagus-bagus." Cakap Shahril lembut agar isterinya faham keputusan yang dia buat.

"Aku tak kira aku nak pergi juga! Lagi sebulan setengah dah kena daftar dekat sana. Kalau kau tak nak teman aku pergi sana, aku boleh pergi sendiri. FULL STOP."

"Biar abang fikir dulu." Melihat Yana yang tersenyum dengan jawapannya membuatkan dia sedikit bengang.

Lalu kereta Shahril mula berjalan semula di atas jalan raya.



"Bilik aku mana Shahril? Aku nak mandi ni, dah belengas badan aku. Kau tu la. Aku ingatkan nak singgah rumah aku je tapi banyak pulak tempat yang kau singgah"

"Bilik sayang, bilik abang juga kan? Tu dekat atas sebelah kiri, master bedroom. Jom."

"Eh kejap, kita dua tidur satu bilik? Kau biar betul. Tak nak la. Aku nak bilik lain."

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now