BAB 37 - RISAU

371 21 1
                                    

"Itula, abang dah cakap kan stay dekat hotel dulu. Kan dah buang masa pergi sana tapi tak masuk pun." Membebel Shahril.

Aik, aku nak selamatkan dia je, em takpela.

"Maaf la abang, sebab saya abang penat. Dah la penat drive dari Ipoh tak hilang lagi dah bawa saya pergi ladang strawberry tu. Hm sorry abang." Aku macam biasala saja nak berjauh hati sikit. Kita dah tolong dia lari dari Dany tadi alih-alih kena berleter.

Shahril memandang mata aku tepat. Diambil tangan aku dan dicium. Niatnya pada mulanya untuk mulakan pemanduan terbantut dek kata-kata aku.

"Sayang, abang tak kisah pun kalau penat ulang-alik pergi mana-mana untuk sayang. Sungguh abang tak kisah cuma abang risaukan kesihatan sayang je. Sayang tu sejak dua menjak ni abang tengok lain macam. Sayang demam ke?" tanya Shahril untuk kepastian.

Tangan Shahril didekatkan ke dahi. Hm tak panas.

"Abang, sayang okey jela. Mabuk kot duduk dalam kereta lama sangat." Tapi sebelum ni okey je kenapa tiba-tiba je ni.

"Dah la abang. Jom balik hotel. Saya nak tidur kejap. Rasa sakit kepala pulak." Aku menjegilkan sedikit mataku isyarat untuk Shahril bergerak. Bukan boleh dia ni. Dia punya risau tu mengalahkan kita yang perempuan ni.




Begitu juga dengan pasangan yang baru membina mahligai mereka. Setelah kejadian di mana mereka terserempak dengan Shahril dan Yana. Mereka juga mengambil keputusan untuk pulang terus ke hotel. Niat untuk makan tengah hari dibatalkan Dany begitu saja.

"You kata lepas je balik dari ladang strawberry ni nak pergi makan dulu. Ini kenapa tiba-tiba je terus balik hotel ni?" tanya Liya teragak-agak.

"Kau diam boleh tak. Kau tak nampak apa yang aku nampak tadi. Hah. Kau nampak tak?" Dany yang berniat untuk mendiamkan diri terbantut akibat Liya yang menegurnya dahulu. Dah tahu aku tak suka kenapa engkau tanya aku lagi bodoh.

Aksi yang disaksikan oleh Dany tadi amat menyakitkan hatinya. Terlalu mesra mereka berdua. Tika Shahril memarahi Yana, ketika Yana merungut sakit. Sungguh mesra di matanya.

"Kenapa aku dapat isteri macam Liya ni? Kenapa bukan Yana?" di hentak-hentak stereng kereta berkali-kali ketika memandu.

Liya akui perkara yang membelenggu Dany juga amat menyakitkan hatinya. Kenapa dia tak layak dicintai oleh Dany seperti mana Shahril mencintai Yana setulus hati, sepenuh hati. Dunia ini kejam agaknya.

Liya yang mendengar hembusan nafas kasar Dany disebelah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Tidak menjawab seperti selalu. Kini dia berhadapan dengan rintangan yang paling besar iaitu Yana. Bagaimana dia hendak membuat Dany jatuh cinta terhadapnya dan melupakan cinta terhadap Yana yang telah lama pun menjadi isteri orang. Dari apa yang dia tahu lima tahun Dany menyimpan perasaan suka terhadap Yana.

"Dia dah kahwin Dany. Dah kahwin. Kau pun dah kahwin. Kau lupakan jela Yana. Kau fokuskan Liya." Kata Dany bersungguh-sungguh.

Liya yang tidak sengaja lalu di hadapan bilik kerja Dany menolak sedikit pintu dan mendengar rintihan Dany.

"Tak boleh. Aku cintakan Yana. Lima tahun aku tunggu dia. Aku tak boleh cintakan Liya." Menangis Dany disambungkan dengan ketawa.

"Dany ada masalah ke? Dia sakit ke? Lain macam je dia ni." Tertanya Liya tika melihat kelakuan Dany. Sampai macam tu sekali dia cintakan Yana.

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now