BAB 26 - CUCU?

532 25 1
                                    

Lama jugak dia demam kali ni. Acah-acah aje depan aku kuat, dah sihat tapi lepas tu kecundang balik. Setelah seminggu Shahril bercuti sakit akhirnya Shahril perlu masuk semula pejabat dek timbunan kerja yang banyak.

Berat juga hati nak berpisah dengan Shahril. Seminggu dia manja, aku pun turutkan saja tapi bila dia dah nak masuk kerja ni nampaknya sunyi lagi la aku dekat rumah.

"Sayang, mengelamun apa tu? Dah sini, salam abang. Abang dah nak pergi kerja ni. Jangan nakal-nakal tau." Selepas aku menyalami Shahril, dia mencuit hidungku. Ni yang buat aku tak nak lepaskan dia ni tapi tak nak la tunjuk. Malu seh.

"Yelah, kerja elok-elok. Jangan nak stress sangat. Penat tau tak layan manja abang sepanjang abang demam ni." Saja aku kata begitu mahu melihat reaksi Shahril.

"Tapi abang suka sebab abang tak tidur sorang-sorang."

Dia cakap macam tu dia nak aku tidur dengan dia lagi ke malam ni. Tapi perjanjian untuk aku tidur bersama-sama Shahril kalau ikutkan hujung tahun ini. Tak nak la. Biarlah aku nikmati dulu tidur sorang-sorang dalam bilik kesayangan aku tu. Memangla aku suka tidur dengan dia, ada orang peluk, belai tapi untuk tanggungjawab yang satu itu sumpah aku memang aku tak ready lagi.

Aku hanya melihat kereta Shahril menderu keluar dari kawasan perkarangan rumah dan sekarang tinggallah aku seorang dalam rumah.

Nak buat apa eh? Bosan gila terperap je dalam rumah. Nak keluar tapi Shahril bagi izin kalau ada dia je.

Dan setelah itu aku hanya melakukan urusanku yang seringku lakukan seperti biasa.




Majlis yang dirancang berbaki sebulan sahaja lagi. Cadangan yang diberi oleh mama Dany untuk adakan majlis akad nikah dan majlis sanding adalah pada hari yang sama yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Seperti biasa, semua persiapan dilakukan oleh mama Dany dan Liya. Dany memang malas nak masuk campur. Diturutkan sahaja permintaan mamanya itu.

Dany yang terdengar suara yang riuh rendah di bahagian ruang tamu bawah hanya biarkan saja. Malas nak ambil tahu. Semestinya adik beradik mama ada datang untuk tolong apa yang patut. Sudah menjadi kebiasaan sekiranya ada majlis apa-apa yang bakal diadakan mereka awal turut serta. Ditinggalkan kerja yang ada demi masa bersama adik beradik.

Aku malas betul nak turun. Kalau aku tak turun dikatakan sombong pula oleh adik beradik ibu. Walhal mereka yang banyak tolong. Aku bukannya apa, sebab utamanya aku memang tak bersetuju dengan perkahwinan ni. Lain la kalau aku kahwin dengan Yana. Mesti aku bersemangat. Bukan setakat bersemangat tapi kalau boleh esok juga aku nak kahwin dengan dia. Diutarakan luahan Dany kepada dirinya sendiri.

Dengan lemah longlainya, Dany melangkahkan kakinya keluar dari bilik. Soal Yana aku kena rancang macam mana aku nak pisahkan dia dengan Shahril. Jangan ingat, kalau aku dah kahwin dengan Liya aku akan biarkan kau dengan Yana bahagia.




"Assalamualaikum ibu." aku beri salam setelah saja kereta Shahril diparkir elok di hadapan rumah orang tuaku.

Dah lama tak balik sini. Rasanya last aku jumpa ibu masa aku balik dari New Zealand tu lah. Lepastu dah tak sempat nak balik. Yelah, encik suami sibuk bekerja.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah selamat selamat sampai dah kamu berdua. Bilanya nak bertiga?" tanya ibu selamba.

Aku yang masih meletakkan kepala dibahu ibu serta merta mengangkat semula kepalaku. Terkejut dengan soalan spontan ibu tu. Aku memandang Shahril dan Shahril juga memandang aku. Terkelu lidah dengan soalan ibu tu.

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now