BAB 27 - CUCU LAGI?

451 28 3
                                    

"Amboi ayah lambat balik. Tak ingat ke anak bongsu dia sorang ni nak balik sini." Saja aku perli ayah nak tengok juga muka terkejut ayah tu. Jarang aku memerli orang ni.

"Balik awal pun bukannya ada cucu. Kalau ada ayah tak memancing dengan pak cik Ali. Lebih baik ayah main dengan cucu ayah." Aikk aku nak perli ayah, ayah yang perli aku balik. Lagi mendalam ni. Kenapa semua orang sebut pasal cucu ni. Memang kena bagi ke. Aduh aku tak ready la.

Sempat ayah senyum senget sebelum ayah melangkah menuju ke biliknya. Mungkin mahu mandi dan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Aku mati kata bila orang sebut pasal anak ni. Kelu lidah aku. Tak tahu macam mana.

Aku kalih pula pandanganku melihat Shahril yang masih berada di atas sofa ruang tamu. Sangat santai dan ada senyuman penuh makna di bibir.

"Abang tak nak mandi ke? Boleh ikut ayah pergi masjid sekejap lagi." Beritahuku sebelum aku turut sama merebahkan punggungku di atas sofa. Shahril tak membuka langsung mulut tapi senyuman penuh makna masih setia di bibir.

Haih diorang semua ni plan ke nak cakap pasal anak ni? Argh sabar jela.

"Yang tersenyum sorang-sorang tu kenapa? Dah bangun pergi mandi." Aku melempar bantal kecil yang tersedia di atas sofa. Laju saja Shahril menangkapnya. Diletakkan kembali dan bingkas bangun menuju ke bilik tanpa berkata apa-apa.

"Nak kena dia ni dengan aku. Geram betul. Kecik besar kecik besar je dia ni."




Kedengaran bunyi motosikal ayah masuk kawasan perkarangan rumah. Maknanya ayah dan Shahril dah balik. Aku dan ibu sudah siap menghidangkan masakan yang dimasak di atas meja makan. Tunggu nak ngap je. Hari ni ibu masak masakan kegemaran aku iaitu ayam masak merah. Aku memang addicted gila dengan masak merah. Sedap tu.

"Ha Shahril, ayah. Jomlah kita makan. Anak kesayangan ayah ni dah lapar. Dari tadi merungut kata nak makan dulu." Beritahu ibu. Adoi buat kantoi jela ibu ni. Nasib abang tak ada. Mahu kena bahan ni.

"Shahril, dekat rumah, Yana buat perangai macam ni lagi ke?" tanya ibu.

"Takdelah bu, sekarang ni dia selalu tunggu saya balik kerja dulu baru kita orang makan sama-sama. Rasa bersalah juga buat Yana tertunggu-tunggu." Fuhh aku ingatkan dia nak kelentong. Kalau dia buat macam tu habislah sepanjang malam aku kena berleter dengan ibu.

"Ha baguslah macam tu. Kalau sebelum dia kahwin memang begitulah perangainya." Ha satu satu ibu kantoikan zaman anak dara aku tu. Itu dululah ibu. People change. Ha gitu.

"Dah la jom makan. Tak sabar ni. Lama tak makan air tangan ibu." membulat mataku melihat hidangan yang tersedia di atas meja makan. Mengeliurkan.

Shahril hanya menggelengkan kepala melihat tingkahku itu. Faham benar dia. Aku memang suka makan. Lalu dia juga menarik kerusi dan duduk bersebelahan denganku.

Maka kami makan dengan berselera sekali. Tiada siapa yang membuka mulut untuk bersembang. Kata ayah, waktu berhadapan dengan rezeki seeloknya tidak perlulah berseembang benda yang tidak penting. Tapi sesekali ada je yang dibualkan.




"Jadi Shahril dah lima tahun kahwin bila nak bagi ayah dengan ibu cucu. Ayah rasa mak dan abah kamu pun mesti fikir benda yang sama." Keluar soalan spontan dari ayah ketika ayah dan Shahril duduk dibangku luar untuk menghirup udara malam juga minum secawan kopi panas. 

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now