BAB 2 - GADUH TAPI SYG

689 20 1
                                    


"Assalamualaikum, Diyan oh Diyan." Kedengaran suara perempuan dari luar rumah.

"Waalaikumusalam. Ada apa Nia? Tanya aku.

"Ala kau, saja la aku datang sini. Tak boleh ke?"

"Tak ada maknanya tak boleh. Datang la bila-bila pun."

"Aku datang ni nak ajak kau cari kerja! Kau nak tak? Lagipun dan hampir seminggu kita menganggur ni. Kau tak nak ke cari kerja?" Tanya Nia.

"Nanti la aku fikir. Kita dua je ke?" walaupun hati berasa berat untuk membincangkan soal ini aku gagahkan jua untuk menanya.

"Tak kita tiga orang! Qila pun ikut juga. Aku ada jumpa iklan kerja kosong dekat sebuah kilang ni. Kita kerja kilang la dulu sementara nak tunggu keputusan STPM ni!"

"Ha yela. Bila nak pergi tu?" Tapi aku kena bincang dengan ayah aku dulu. Kalau dia kasi. Aku ok je."

"Mesti ok punya. Kau sebut je nama aku dekat ayah kau. Comfirm dia kasi." Berdekah Nia ketawa.

"Hai Yana tak nak kenalkan dekat abang ke siapa sebelah Yana tu?" menyelit Shahril ketika mereka masih berbual.

Ada yang nak kena lempang juga ni dengan aku. Menyimbuk je la mana-mana aku ada situ juga dia ada. "Kau asal ada sini, pergi la balik rumah kau dengan kawan kau tu. Kau tumpang tidur je kan! Dah la pergi sana."

"Hai Diyana. Garangnya. Kenapa? Abang sepupu awak ni ganggu ke? Jahat betul dia! Tak macam abang Dan. Baik hati lagi." Perli Dany.

"Itula abang Dan. Ni Yana kenalkan kawan baik Yana dari tadika sampai sekarang. Nama dia Nia."

"Lama ya berkawan. Abang Dan dengan Shah ni berkawan dalam 5 tahun la. Itu pun sebab satu universiti."

"Tak apala, Yana dengan Nia nak keluar kejap." Tanpa sempat menjelaskan apa-apa terhadap kawannya, motosikal milik Nia meluru keluar dari kawasan perkarangan rumah.

Asal eh dengan si Shahril tu, pelik betul aku tengok perangai dia sejak kebelakangan ni. Senang cerita sejak dia balik kampung la. Kejap-kejap cakap lembut, kejap-kejap cakap kasar. Benci tau tak.

"Diyan....Diyan.....Diyan."panggil Nia panjang. "Kau asal ni mengelamun semacam je? Tiba-tiba je ajak aku keluar. Kenapa kau ni?"

"Tak ada apala, cuma rimas je dengan sepupu aku tu. Sejak dia balik dari UK tu ada je la dia dekat kawasan rumah aku. Aku rasa dah seminggu la dia duduk rumah aku dengan kawan dia tu!" Amboi panjang betul aku membebel dekat si Nia ni! Maunya kena peril balik ni.

"Kau dah duduk dengan abang-abang handsome pun merungut lagi. Patutnya kau bersyukur ada sepupu macam tu. Nampak caring je dekat kau. Lain la aku ni tak ada abang. Adik pun tak ada. Sepupu ada pun jauh sebatu." Membebel Nia panjang.

Aku dah agak dah. Ni kalau aku sambung lagi ni maunya dia membebel sampai esok.Bukannya aku tak tahu kawan aku ni terlebih ramah. Benda tak penting pun nak membebelnya dia. Aku ajak dia belah dari rumah ni pun sebab ni la tak nak aku dia soal jawab sepupu aku dengan kawan dia tu. Nak-nak lagi sepupu aku tu. Ayat manis sedia kalau bercakap. Entah-entah dekat UK tu banyak scandal dia.


"Ibu.... bila diorang tu nak balik. Adik tak boleh la kalau macam ni. Boleh naik gila layan perangai anak saudara ibu sorang tu. Dia suka ganggu adik. Dah dua minggu macam tu. Dia memang tak tahu balik rumah dia ke?"

Belum sempat ibu membalas, ayah turut bercakap terlebih dahulu.

"Adik duduk rumah pun dah dua minggu kan? Tak nak pergi cari kerja dulu ke?" Tanya ayah.

"Ha... adik lupa nak bagi tahu. Nia ada ajak adik pergi cari kerja esok. Kira ni ayah kasi la kan?" dengan malasnya aku bertanya.

"Kalau dengan Nia ok je! Lagi pun kawan baik adik. Senang la kalau apa-apa jadi." Dengan senang hati ayah menjawab.

Betul la cakap Nia. Kalau sebut nama dia mesti ayah bagi. "Ok la kalau macam tu. Adik masuk tidur dulu." Sebelum masuk ke bilik aku menyalami tangan mereka lalu berlalu ke bilik dan sempat memberi jelingan tajam terhadap sepupunya.

"Ibu....adik pergi dulu. Doakan adik dan kawan-kawan adik ya." Selesai bersalaman dengan ibu, kedengaran motosikal milik Nia masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Maklang.... Yana pergi mana tu? Lepas subuh dah siap-siap. Awal betul."

"Diorang pergi cari kerja."

Cis! Dia tak bagi tahu aku pun.

"Maklang dengar kamu nak bertolak ke Ipoh esok pagi? Betul ke?

"Shahril tak pergi rasanya. Dany seorang je kot. Tiba-tiba Shahril ada rancangan lain." Kalau macam ni lagi jauh la aku dengan Yana. Susah hati la macam ni.

"Tak apa la, kalau dah kamu cakap macam tu."


Bagus juga kalau aku dapat kerja ni. Tak ada la aku bertembung dengan mamat senget tu setiap hari. Kurang-kurang kalau aku balik kerja pun dah malam. Tak sempat nak jumpa. "cantik la kalau macam ni."

"Kau kenapa ni Diyan. Tiba-tiba je cakap sorang-sorang?" Tanya Nia.

"Tak ada apa la. Mana Qila ni. Kau cuba telefon dia. Tanya dia dah dekat mana ni. Orang ramai tengah masuk kerja ni."

"Dia tengah dalam perjalanan. Dia kan datang dengan mak dia. Kau pun sabar la."

"Tak la aku tanya je. Aku tengok orang dekat sini pandang kita pelik je."

"Ha tu dah sampai. Dah jom masuk."

"Maaf Diyan, Nia. Aku kena hantar adik aku pergi sekolah dulu. Dah jom masuk."

Harapla dapat satu syif dengan Nia dan Qila. Aku tak boleh la kalau sorang-sorang ni. Jadi lemah semangat.

"Wahh..yeah satu syif. Bagus la. Cuma kita tak satu line la." Dengan perasaan gembira Qila membalas lalu mengajak ke kantin untuk makan tengah hari sebelum pulang.

Untung la satu line. Aku dah la tak boleh berpisah dengan Nia ni. Tapi tak apa. Aku cuba yang aku boleh walaupun hakikatnya niat di hati dah malas nak sambung bekerja di kilang itu. Sudah la baru hari pertama. Buat tak tau je.


"Adik, macam mana dapat tak?

Ayah aku ni tak menyempat je la. Orang dah la tak ada mood ni. "Ha dapat je. Cuma tak sama line dengan Nia la. Dia sama dengan kawan adik."

"Tak apa. Esok dapat la tu kawan baru. Jangan risau. Anak ayah boleh."

Ish.. dia ni ada lagi dekat sini.Dah dua minggu kot. Tak kan dia tak dapat kerja. Graduan ijazah sarjana muda dari luar negara lagi tu. Suka hati la malas dah nak layan. Meluat betul.



BHAAAAAAA!!!!!!!!!!!!! nak sambung lagi ke ni? Asyik bergaduh je kan si Yana dengan Shah ni. Kahwinkan baru tau. HAHHAHAHAHAA. Btw kalau nak next bab comment. 

Thank you support. 

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now