BAB 9 - HATI

477 20 0
                                    

Sudah dua tahun setengah Yana berada di New Zealand. Tidak pernah sekali pun dia tidak menelefon suaminya serta ibu ayahnya.

Panggilan yang dibuat kepada suaminya juga adalah disebabkan janji yang dia pernah buat jika di berada di luar negara namun hatinya masih belum dapat menerima kehadiran sepupunya yang tiba-tiba menjadi suaminya. Sangat sukar.

Yana berhenti mengelamun dek sentuhan kawannya dari belakang.

"Sarah, what are you doing here? Tanya kawannya yang berkulit putih.

"Nothing, I only think of my family in Malaysia."

"I see but why don't you just go back and visit your family there."

"I don't want to because I'm still not ready to meet my husband."

"Okay whatever, now let's go to a cafeteria. I'm hungry." Beritahu Jane.

"Okay, okay. I'm sorry if you're hungry because of me.

"Nothing to worry Sarah. Now, let's go." Lalu Jane menarik tangan aku dah berlalu pergi dari taman itu.

Di cafe, tiba-tiba panggilan berbunyi.

"Assalamualaikum sayang. Buat apa tu?" tanya Shahril.

"Waalaikumussalam, tengah makan ni."

"Ada apa?" tanya Yana.

"Winduuuuuu jer. Kalau abang nak pergi sana boleh? Dua tahun dah kita tak jumpa. Asyik video call je. Nak jumpa depan-depan."

"Tak payah la. Aku sibuk sekarang ni. Kau tak payah datang."

"Ala, takkan tak ada masa langsung kot."

"No! Tak ada." Jujur Yana masih belum bersedia hendak menganggap Shahril sebagai suaminya.

"Tak apa la kalau macam tu. Sayang jaga diri baik-baik dekat sana. Jaga hati sayang untuk abang." Pesanan yang sama yang sering diberikan oleh Shahril. Namun kali ni amat berbeza mungkin kecewa dengan apa yang Yana katakan tadi.

"Kau pun jaga diri baik-baik. I LOVE YOU." Kata yang Yana ungkap tapi semuanya palsu.

Panggilan dimatikan tanpa Shahril membalas apa-apa.

"Susah sangat ke sayang nak terima abang. Abang dah buat macam-macam dekat sayang tapi tak ada satu petunjuk pun yang membuat sayang bukakan hati sayang untuk abang." Mengeluh Shahril yang masih berada di pejabat.


Tokk.tokk...tokkk...

"Masuk." Kata Shahril.

"Encik Shah, ada orang nak jumpa." Kata P.Anya.

"Siapa? Tak apa panggil je dia masuk."

Tidak lama kemudian, ada seorang lelaki masuk.

"Assalamualaikum, bro Shah."

Shahril yang terdengar suara terus berhenti merunung laptop dan matanya beralih ke pintu.

"Waalaikumussalam. Woi kau Dany kan?"

"Ya la. Kau apa khabar. Sihat?"

"Aku terlebih sihat."

"Emm, Yana?"

Aik kenapa perlu tanya pasal isteri aku.

"Aku dengan dia dah tak ada apa-apa." Jawab Shahril selamba.

"Are you serious Shahril?"

Shahril hanya mendiamkan diri tanpa menjawab apa-apa kerana dia agak bengang dengan pertanyaan yang diajukan soal isterinya.

"Ok tak apa, aku faham." Jawab Dany.

"Kalau macam ni, aku chance la nak dekati Yana lagi." Ujar Dany seorang diri.

"So atas urusan apa kau datang sini?" soal Shahril.

"Papa aku suruh datang bincangkan soal projek yang akan dilaksankan. Dia dah berbincang dengan boss kau dan boss kau kata Encik Shahril Iskandar yang akan handle projek ni. Sebab tu aku datang. Tak sangka pula yang aku akan bekerjasama dengan kau."

"Oh ya. Aku hampir terlupa soal itu. Tuan Ibrahim ada maklumkan pada aku minggu lepas.

Itulah, kau lepas je aku dah Yana kahwin terus tak nampak kau. Kau pergi mana Dany?" tanya Shahril. 

"Aku kena uruskan syarikat papa aku dekat luar negara.Ada masalah katanya sebab tu kita dah lama tak jumpa. Aku pun tak sempat nak beritahu kau" kelentong Dany. 

"Oh, tak apa la kalau kau dah cakap macam tu. Kalau macam tu kita bincang sekarang." Lalu mereka meneruskan perbincangan tanpa bercakap apa pun lagi tentang hal peribadi.


"Shahril dah lepaskan kau Diyana. Aku akan pastikan yang kau akan jadi milik aku. Kau tak layak dengan lelaki yang sedikit pun tak pandai nak jaga perasaan kau Diyana. Patutnya masa aku minta untuk kahwin dengan kau. Paklong kau, ayah kau kena setuju. Ini tidak. Kalau tidak, kau tak akan jadi janda Yana. Ini semua salah paklong kau yang bodoh tu. Tak bagi aku masuk campur hal keluarga kau konon. Pergi mampus la." Dany gelak diikuti rasa menyesal yang menguasai diri ketika itu.

Selepas daripada kejadian di mana Shahril dan Diyana ditangkap basah. Dia begitu kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh keluarga Diyana dan Shahril terutama paklong mereka. Tiada sedikit pun kesempatan diberi kepada Dany untuk menjelaskan kepada keluarga mereka yang dia begitu mencintai Diyana. Ya, dia mencintai gadis itu sejak pertama kali mereka bertemu di rumah Diyana di hari maklang dan paklang menumpang Dany dan Shahril.

Dany begitu terpegun dengan kejelitaan yang dimiliki gadis itu. Walaupun perangai gadis itu yang agak kasar namun terdapat sisi kelembutan yang Dany lihat. Namun setelah kejadian yang berlaku dia membawa diri, berjauhan dengan Shahril sehinggakan mereka tidak bertemu dan tiada lagi berita tentang Dany yang Shahril tahu. Dia amat kecewa namun setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat dia sentiasa memikirkan gadis itu. Terlalu cintanya dia terhadap gadis yang bernama Diyana Maisarah sehingga membuatkan dia hampir gila.

Tapi selepas dia bertemu dengan Shahril hari ini dan mendengarkan berita tentang penceraian mereka ya dia nekad untuk mendapatkan semula Diyana Maisarah.


"Aku sebenarnya serba salah dengan apa yang aku dah lakukan kepada Shahril tapi aku tak boleh nak tipu diri aku sendiri yang aku dapat bukakan pintu hati aku untuk dia. Malam berganti malam, siang berganti siang rasa suka aku terhadap Shahril tak pernah muncul walaupun ada aje ayat-ayat manis yang diberikan Tapi aku hanya dapat menganggap dia sebagai seorang sepupu buat masa ni. Macam mana aku nak cuba buka pintu hati aku sedangkan aku pun tak berapa ikhlas dengan perkahwinan ini. Berdosakah aku pada suamiku?" Kata Yana kepada kawannya Ziana yang juga berasal dari Malaysia.

"Itu hanya kau yang tahu Sarah. Aku sebagai kawan kau tak nak la cakap-cakap lebih-lebih. Aku takut kau kata aku jaga tepi kain kau pulak tapi apa salahnya kalau kau cuba untuk buka hati kau perlahan-lahan untuk terima dia, suka dia. Aku dapat lihat bermacam-macam pengorbanan yang dia dah buat untuk kau walaupun dalam tak rela. Contohnya, dia benarkan kau sambung belajar sampai ke New Zealand ni. Suami mana nak berjauhan dengan isteri? tapi sebab sayang dia benarkan kau ke sini. Kau tak serba salah ke biarkan suami kau terkapai-kapai berseorangan di Malaysia sana?" jelas Ziana.

Ketika itu, Yana tak dapat memberi respon apa pun. Dia mengaku dia terlalu ego tapi sampai bila?


BHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SORRY KALAU BAB NI KURANG BEST. AUTHOR AKAN CUBA SEHABIS BAIK.

TERIMA KASIH SUDI BACA. MINTA TOLONG VOTE AND COMMENT SEKALI. JUMPA NEXT BAB. 

SAYANG KORANG. 

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now