BAB 36 - HONEYMOON KEDUA?

393 22 3
                                    

Aku yang telah selesai bersiap sedang menunggu Shahril bersiap. Melihat tingkah lakunya memakai baju. Nak turun tunggu dibawah terasa malas. Selesa berkepit 24 jam dengan Shahril. Bukan dia saja yang suka berkepit dengan aku. Aku pun sama tau. Sejak dua menjak ni aku suka betul bau badan Shahril. Wangi gila.

Hari ini Shahril dah janji nak bawa aku naik Cameron Highland. Dah beberapa hari dah aku mengadu nak makan buah strawberry yang aku sendiri petik dari pokok. Memandangkan Shahril agak sibuk sejak kebelakangan ni, hari ni baru ada masa.

"Abang. Abang rasakan Dany dengan Liya macam mana?" Shahril yang sedang menyiapkan rambutnya di hadapan cermin menoleh ke arah aku dan memandang pelik. Aku hanya menaikkan kening tanda tanya.

"Kenapa yang sayang nak ambil tahu hal diorang ni?" tanya Shahril sebelum bergerak ke arah pintu bilik untuk turun.

Aku yang masih berada dibirai katil bangun membuntuti langkah suamiku. Aku masih berdiam diri setelah kereta juga telah melucur di atas jalan raya.

Seperti biasa tanganku diletakkan di atas peha kiri Shahril. Aku memandangnya lama. Kenapa dia macam sentap eh kalau aku sebut nama Dany atau dia masih takut kalau Dany rampas aku dari dia. Eh Dany tu dah kahwin la.

"Abang. Saya minta maaf kalau pasal nama Dany yang keluar dari mulut saya tu dah buatkan abang tak selesa." Cepat-cepat aku minta maaf apabila melihat reaksi yang sama dari tadi oleh Shahril.

Shahril berpaling ke arah aku sesekali sebelum tersenyum.

"Asal abang senyum ni?" tanya aku pelik. Tadi bukan main lagi cemberutkan muka. Ingatkan cemburu ke apa.

"Abang suka tengok muka serba salah sayang ni. Comel sangat." Tangan kiri Shahril yang tadi masih memegang tangan aku dilepaskan seketika dan memicit pipiku geram dan dipegang kembali tanganku.

"Ish, abang ni. Sakitlah." Aku mengusap pipi kananku dengan tangan kiriku. Mulutku sengaja dimuncungkan tanda merajuk. Alah nak mengada dengan suami sendiri je.

"Comel. Nak abang cium ke mulut tu. Kalau sayang nak, abang berhenti dekat rnr depan tu." Beritahu Shahril sungguh-sungguh.

Aku masih mendiamkan diri. Tahu dah dia akan berhenti juga. Lagipun aku memang nak pergi toilet ni. Nak membuang.

"Okey dah." Setelah tiba di rnr. Cepat-cepat Shahril memberikan ciuman di bibirku.

"Okey abang dah selesai. Sekarang ni saya nak pergi tandas lepastu nak beli buah jambu." Beritahuku sambil turun. Shahril hanya mengikuti. Lebih tepatnya teman aku sampai ke depan tandas perempuan. Eh la orang nak pergi tandas je pun. Setelah aku selesai. Aku mengajak Shahril ke foodtruck yang ada disitu untuk membeli beberapa jenis jajan dan buah-buahan.

Setelah itu, Shahril menyambung kembali pemanduan sehingga sampai ke destinasi.




Pada waktu itu, jam telah menunjukkan pukul sebelas tiga puluh minit pagi. Perjalanan yang hanya mengambil masa hampir dua jam dari Ipoh tidaklah begitu lama. Sebaik sampai kami terus check in di sebuah hotel sebelum keluar semula untuk makan tengah hari. Macam biasalah aku dengan kedegilanku yang ingin ke tempat yang aku mahu dahulu.

"Abang, saya nak pergi ladang strawberry jugak. Nak petik buah. Hm cepatlah bang." Aku yang merengek pada Shahril seakan budak-budak yang tak dapat apa yang diingini. Itulah aku ketika itu.

"Sayang ni. Abang tengok lain macamlah sejak kebelakangan ni." Shahril memandang aku pelik sebelum mula melangkah ke tempat parkir kereta.

Aku pun memandangnya pelik. Apa yang lain? Aku rasa biasa je cuma...

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now