BAB 35 - RENUNGAN

543 26 0
                                    

Aku yang masih berada di meja makan tetamu sangatlah tidak selesa akan renungan Dany dari tadi. Aku akui suatu masa dulu memang aku yang tergedik-gedik mengorat Dany. Tapi takkan disebabkan itu juga dia menaruh hati dekat aku. Padahal setelah dia pulang semula ke Ipoh bersama Shahril, perasaan yang membuak-buak pada mulanya pergi begitu saja.

Teringat kembali di saat aku terserempak dengan Dany di KLIA. Ya renungan yang sama diberi.

Semasa sesi memotong keK pun, hanya nampak segaris senyuman di bibir Dany. Ya senyuman yang dibuat-buat. Bila melihat pula riak isterinya sangat gembira.

"Abang. Abang perasan tak kenapa Dany tu asyik tengok saya je. Jadi tak selesa pula saya. Apa kata isteri dia kalau dia nampak suami dia tengah pandang wanita lain sedangkan dia ada isteri yang cantik dekat sebelah." Beritahuku setelah kami berdua selesai makan. Niatnya selepas ini mahu berjumpa pengantin dan memberi hadiah sebelum pulang.

"Ye, abang perasan. Tak apa lepas ni abang jelaskan eh. Jom kita pergi tegur pengantin." Setelah bangun dari meja aku paut lengan Shahril kuat. Terasa debaran yang kuat memikirkan renungan Dany yang semakin seram. Sekejap renungan yang sayu, sekejap renungan marah. Sukar ditafsirkan dari riak wajahnya.

'Yana.' Satu kata yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran. Isteri disebelah pun Dany tak hiraukan. Sejak dia perasan akan kedatangan mereka berdua, matanya memang tak boleh lari dari memandang seraut wajah yang sering kali diimpikan. Melihatkan dia memakai pakaian seperti itu sangat mengusik jiwa dan raganya. Make up tipis yang dioles ke muka membuatkan dirinya tenang. Tidak seperti memandang isterinya sekarang. Langsung tiada rasa.

Perlahan-lahan Dany membuat-buat riak gembira setelah perasan akan kehadiran pasangan bahagia yang semakin mendekat itu. Dany memegang tangan Liya. Dielus penuh mesra. Liya yang sedari tadi hanya dia yang beria-ria terkejut dengan tindakan suaminya itu. Dia tersentak akibat suara garau yang menegur.

"Dany." Panggil Shahril.

Dany bingkas bangun bersama isterinya dan bersalaman dengan Shahril. Begitu juga isterinya.

"Tahniah Dany. Dah kahwin pun engkau. Semoga bahagia ke anak cucu ya." Kata-kata yang dilontar keluar oleh Shahril bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri pada Dany.

Tatapan dan renungan yang lama singgah di wajah Yana. Andai kau yang berada di sebelah aku. Aku jamin aku akan bahagia sampai akhir hayat. Kata yang berbisik di sudut hati Dany yang paling dalam.

"You." Panggil Liya. Dia sebenarnya tidak suka akan tatapan suaminya terhadap wanita cantik rasanya lebih cantik darinya yang berada dihadapannya ini. Dia bak bidadari. Sempurna pada pandangan matanya juga lelaki yang berada disebelahnya ini.

Dany tersedar dengan panggilan Liya lalu dia berpaling arah kearah Shahril.

"Terima kasih sudi datang. Kalau kau tak datang aku rasa papa aku akan marah aku teruk. Yela, kau kan aku orang yang papa aku paling percaya."

Aku yang berada di situ hanya terdiam. Tidak tahu mahu berbicara tentang apa melainkan ucapan tahniah yang dilontarkan kepada pasangan di hadapannya ini. Disebabkan sikap Dany, aku memilih untuk berdiam dan hanya membiarkan Shahril berbual dengan Dany sebelum beredar.

"Kau Shahril. Jaga isteri kau baik-baik. Dia cantik. Takut ada yang kebas je. Aku pun boleh kebas kalau kau tak jaga dia elok-elok." kata Dany spontan tanpa menghiraukan pandangan orang di hadapan dan disebelahnnya ini. 

Aik kenapa Dany kena cakap macam tu. Masalahnya sekarang ni. Aku dengan Shahril bukannya kekasih haram tapi kekasih halal. Macam ada makna tersirat disebalik tutur bicara Dany. Dia bergurau je kot. Tapi kesianlah dekat isteri dia. Tak jaga hati langsung.

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now