BAB 32 - CINTA

688 47 4
                                    

Makin berani aksi Shahril ni. Seriau aku dengan tindakan dia selepas ni. Aku mandi dengan dia tadi tu nasib pakai kain basah. Kalau tidak bertambah-tambah malu. Ish tak tahu nak sorok muka ni dekat mana. Tapi hadiah yang aku janjikan tu kena bagilah. Macam mana nak bagi kalau keadaan dalam bilik air tadi tu pun dah buat muka aku ni merah tambah hadiah yang nak diberi ni.

"Hai sayang, termenung apa tu? Teringat lagi hal tadi?" tanya Shahril tak teragak-agak. Nampak sengihan gatal dia dekat bibir tu. Tak lekang. Seronok la kita ikut cakap dia.

Aku masib berdiam. Rasa malu dan rasa nak marah datang serentak. Tak tahulah nak ekspresikan muka aku masa ni macam mana.

"Terima kasih sayang sebab mamai tadi. Kalau sayang tak mamai tak dapat lagilah abang mandi dengan makhluk paling seksi depan abang ni. Abang bukakan baju. Pergh dapat tengok wayang free tambah sayang turutkan je tadi. Rasa bahagia gila. Nanti bagi lagi eh."

Uish dia cakap macam tu lagi bertambah merah muka aku ni. Rasanya jelas kalau Shahril tengok muka aku ni. Paling tak tahan dia cakap wanita paling seksi. Yela aku akuilah aku ni seksi. Hah sempat kau Yana.

Kau ni kenapa Yana. Teruk betul mamai kau? Sampai dia ajak kau mandi pun dah tak sedar ni. Gila betul. Aku rasa kalau si Nia dengan Qila tahu tu mahu kena bahan tak habis-habislah.

"Okey okey okey. Kita tutup cerita ni tapi lain kali mandilah dengan abang lagi tau." Sempat dia mencuit hidung aku.

"Hujung minggu ni kawan abang, Dany tu nak kahwin. Sayang teman abang pergi majlis dia eh? Dia buat malam dekat hotel." Beritahu Shahril. Shahril pun sebenarnya terkejut dengan berita yang baru dia dapat pagi tadi di pejabat. Dany sendiri yang datang beri kad jemputan kepada dia. Tapi Shahril tak rasa dia yang rela datang tapi papa dia yang suruh. Macam tak kenal perangai dia. 

Tapi dia kahwin tu atas dasar suka sama suka ke eh? Kalau ye Alhamdulillah. Tak perlulah dia risau isterinya dirampas Dany. Tapi apa-apa pun boleh jadi.

"Shah." Shahril menoleh ke arah si pemanggil. Dany berada di muka pintu pejabat dengan senyuman yang dibuat-buat. Terlalu fake.

Shahril juga mengorak senyuman. Walau pun agak canggung setelah Shahril dapat tahu yang Dany kawan baiknya sendiri suatu ketika dulu mempunyai perasaan terhadap isteri tercintanya sehingga kini. Diharapkan selepas Dany kahwin dapatlah dia lupakan perasaannya itu.

"Wah, long time no see." Balas Shahril. Sungguh lama dia tidak berjumpa dengan Dany. Rasanya kali terakhir dia bersua muka ketika Shahril dan Yana pulang dari Sabah. Itu pun perjumpaan yang agak menegangkan.

Sampul putih dihulurkan kepada Shahril.

"Apa ni Dany?"

"Aku nak kahwin." Beritahu Dany tapi bukanlah dalam nada orang yang nak sangat berkahwin. Shahril dulu walaupun kahwin sebab kena tangkap tapi dia punya happy lain macam tau walaupun Yana tak rela pada mulanya tapi melihatkan Dany ni macam tak ada perasaan.

Dibuka sampul putih itu dan dikeluarkan sekeping kad perkahwin yang agak mewah. Aku dulu tak ada pun macam ni dengan Yana. Getus hati kecilnya. Nama Dany dan Liya tertera di atas sekeping kad yang mewah itu.

Liya? Siapa Liya.

"Liya adik kepada Miya." Beritahu Dany setelah menghempaskan punggungnya ke atas kerusi yang ada dibahagian depan meja kerja Shahril.

"Oh dia ada adik?"

Dany hanya mengangguk. Patutlah nama tersangatlah familiar.

"Kau datang eh, bawa isteri kau sekali. Nanti papa aku bising pula." Beritahu Dany sebelum pamit untuk pulang. Sudah tidak betah dia berada di situ lama-lama. Ini baru sahaja dia berhadapan dengan Shahril sudah sangat menyakitkan hati apatah pula dibayangkan Shahril bermesraan dengan Yana. Lagi menyakitkan mata juga hati.

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now