BAB 30 - HADIAH

629 40 7
                                    

"Jom along, esok pagi kita pergi rumah nek Besah." Beritahu mak selepas kami selesai makan malam. Abah selepas sahaja makan malam terus masuk bilik. Sakit kepala katanya. Biasalah dah berumur.

"Boleh je mak tapi nak buat apa?" Shahril yang menghenyakkan punggungnya ke atas sofa bertanya. Dikerling sekilas aku macam ada janji yang dia nak tuntut. Ha sudah.

"Pergi mengurut isteri kamulah, mana tahu ikhtiar kita kali ni membuahkan hasil. Kamu tak nak anak ke Shahril?"

"Wuish, nak la mak." Jawab Shahril laju. Nak memanglah nak tapi benda yang sat utu pun tak buat lagi mananya nak ada hasil.

Aku yang masih berada di meja makan memandang Shahril. Betul lah dia memang nak sangat.





Aku duduk di birai katil. Termenung. Susah sangatlah kau ni Yana. Kau kata nak buat dia jatuh cinta tapi satu apa pun tak buat.

"Sayang." Panggil Shahril setelah dia juga turut duduk di sebelah aku.

Aku pandang wajah dia lama. Rasa nak nangis pun ada. Hm susahlah macam ni.

"Kenapa sayang?" tanya Shahril sambil mengusap lama tanganku.

Aku tak menjawab malah masih memandangnya. Ikutkan hati nak je aku menangis sekarang ni tapi aku tahankan air mata ni. Tiba-tiba je nak nangis. Apa pasal?

"Masa saya dekat New Zealand, abang rindu saya ke?" tanya aku. Ya perkataan rindu yang banyak disebut oleh mak siang tadi masih bermain dalam fikiran. Rasa serba salah sebenarnya. Dia je beria-ria rindukan kita. Kita tak pun.

"Mestilah rindu, macam nak mati abang rindukan sayang."

"Sampai macam tu sekali?" macam tak percaya je. Dah la kahwin terpaksa. Macam manalah Shahril ni boleh cintakan aku. Tapi aku malas nak tanya soal tu. Nanti-nantilah.

"Habis tu kenapa abang tak pergi sana?"

"Sebab sayangkan sibuk, abang tak nak ganggu sayang." Jawab Shahril lemah. Macam kecewa pun ada.

"Eleh." Ya aku tahu kenapa dia bagi alasan macam tu, sebab aku yang halang dia dari pergi sana.

"Betul, lagi satu abang takut kalau abang pergi sana mengejut nanti sayang tak suka dan makin jauhkan diri dari abang. Itu yang abang tak nak. Jadi abang rela tahan rindu abang. Cukuplah dengar suara sayang, tengok muka sayang dekat skrin laptop."

Aku pandang lama anak matanya, ada sinar kecewa dekat situ, kecewakah dia dengan aku? Nak tanya tapi takut lain pulak jadi, bukan makin mendekat tapi takut masing-masing menjauhkan diri. Ya aku jujur yang aku dah mula sayangkan dia. Aku pun tak tahulah kalau dia tinggalkan aku satu hari nanti hidup aku mungkin tak ada guna rasanya.

Aku mengeluh sebelum membuka kembali bicara.

"Abang nak hadiah tak?"

Shahril menunjukkan reaksi pelik dengan kedua-dua keningnya berkerut kebawah.

Aku tanya lagi. "Abang nak hadiah tak? Saya tanya ni."

"Hadiah apa?" tanya Shahril pelik. Yelah selalunya aku yang bagi hadiah dekat isteri tersayang ni. Ini sangat mencurigakan.

Belum sempat aku sambung, Shahril memotong percakapanku.

"Sayang nak tinggalkan abang ke?" timbul wajah kerisauan di muka Shahril.

Sudah dia syak bukan-bukan pulak. Jauh betul pemikiran Shahril ni.

"Ye, saya nak tinggalkan abang. Tak payah la saya susah-susah lahirkan anak abangkan?" saja aku nak menguji. Dah alang-alang pemikiran dia tu melalut. Asyik kenakan aku je kan.

JATUH CINTAWhere stories live. Discover now